Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi January 17, 2024 @ 3:06pm

“Menang Award Ke, Nama Tengah Gah Pun.. Tak Ada Lah Cecah RM10,000” – Isu Gaji Penyampai Radio, Linda Onn Kongsi Realiti Sebenar

Bekas penyampai radio dan selebriti, Linda Onn mendedahkan dirinya tidak pernah menerima gaji mencecah RM10,000 ketika bergelar penyampai radio suatu ketika dahulu.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Linda yang juga bekas penyampai radio popular, Kool FM menyifatkan penyampai radio kini bertuah sekiranya menerima gaji mencecah RM50,000 sebulan.

“Haish.. pandai-pandai je awak cakap gitu. Bestnya lah hai kalau betul dapat gaji gitu. Mana Linda pernah dapat gitu… Sampai ke sudah pun tak pernah dapat tinggi gitu.

“Dulu menang award pun… nama tengah gah pun… gaji takdelah sampai 10k. Bertuah penyampai radio zaman sekarang.. sampai jejak 50k – 100k-150k sebulan.

“Kalaulah bakatku dihargai dulu sampai dapat sebegitu. Bestnya,” tulisnya.

Tambah Linda, dia juga berpendapat kualiti dan kehendak industri kini berbeza dengan zamannya.

Malah, Linda turut menceritakan pelbagai cabaran yang dilaluinya untuk menerima kenaikan gaji.

“Kita faham juga. Maybe penyampai zaman sekarang kualitinya berbeza, approachnya berbeza, kehendak pendengar berbeza, kehendak stesen pun berbeza berbanding dengan zaman Linda dulu.

“Tambahan pula orang yang dah ada nama dipanggil jadi penyampai radio. Lagilah berharga.

“Dulu nak dapat naik gaji pun kena lalui appraisal..tengok KPI.. tengok performance sebagai penyampai dan tengok komitmen kita untuk on ground event bagi stesen tu. Bukan senang eh,” kongsinya.

Dalam pada itu, Linda meluahkan rasa gembira apabila gaji penyampai radio kini dikatakan mencecah ratusan ribu.

“Yelah.. back to.. zaman dulu lain.. Maybe juga zaman dulu ada yang dapat 40k – 100k. Tapi nope, Linda tak dapat . Why why why?  Kita terima je lah. Mungkin standard Linda tak sampai tahap tu.

“Happy juga dengar gaji penyampai dah ratus ribu sekarang…wow.. MasyaAllah banyaknya!

“Kadang terfikir.. kenapa dulu Linda tak dapat gitu eh? Haa…Itu maknanya… Sudah tertulis rezeki ku sebegitu saja. Kepada penyampai sekarang yang dapat gaji sebulan 50k – 100k -150k, tahniah!,” tutup Linda.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila isu gaji penyampai radio menjadi topik bualan ramai.

Lebih hangat, pelakon veteran, Datuk Fauziah Nawi mendedahkan ada penyampai radio stesen swasta menerima gaji mencecah RM150,000 sebulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Terima Nasib Sama, Ini Pesanan Linda Onn Buat Tyzo – “Terpeleot Sikit, Bye! Menang ABP 7 Kali Pun Gantung Pada Kontrak…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Nov 2022
Trending Fri, 2 Feb 2024

“Mommy Bangga Dengan Abang” – Dijemput Hadir Ke Majlis Konvokesyen, Ucapan Ibu Zayn Rayyan Meruntun Hati Netizen

Semoga terus diberikan kekuatan 🤲🏼 Tahniah buat arwah adik Zayn Rayyan! Al-Fatihah

Hiburan Tue, 19 Sep 2023
Featured Mon, 28 Jul 2025
LIFESTYLE Thu, 12 Jul 2018

Opps! Dulu Lain Sekarang Lain, Kami Senaraikan Lima Tanda Suami Sedang Curang

Bila si suami dah menunjukkan tanda ‘Dulu Lain, Sekarang Lain’, maka berjaga-jagalah ya kaum isteri. Untuk si suami pula, jangan pula ambil kesempatan pula. Awas! dah kahwin, buat cara dah kahwin ok?

Trending Fri, 5 Jul 2019

罕见「长四只耳朵」的猫咪

就算你不是嗜猫如命的猫奴族,在现在各大社群平台上充斥的各种可爱猫咪的照片、影片的情况下,你很难避免被这些猫咪给萌的不要不要的。

Hiburan Tue, 22 Apr 2025
error: Content is protected !!