Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 17, 2024 @ 7:19pm

“Selebriti Usah Terburu-Buru Beri Respons Terhadap Krisis, Jangan Dipengaruhi Emosi” – Neelofa & Awal Ashaari

Selebriti popular, Neelofa dan Awal Ashaari sependapat artis tidak perlu terburu-buru untuk memberikan respons sekiranya berhadapan dengan krisis.

Menurut Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 35, artis harus mendapatkan pandangan orang lain sebelum memberikan maklum balas terhadap sesuatu isu atau kontroversi.

“Sebagai selebriti, kita tak lari daripada kontroversi namun kita harus tahu jalan terbaik untuk mengendalikan krisis. Sebelum menjawab atau memberi respons, saya selalunya akan mendapatkan pandangan orang lain.

“Saya kena bertindak mencari jalan terbaik dan tidak boleh memberi maklum balas secepat mungkin. Jika saya pantas menjawab, mungkin ia akan dipengaruhi emosi sendiri, jadi pandangan pihak lain sangat diperlukan,” kata Neelofa.

Awal yang memberi pandangan sama turut mengakui di zaman media sosial ini, selebriti perlu lebih berhati-hati.

“Sebagai selebriti, kita menjadi perhatian ramai. Artis perlu memberikan contoh baik dan artis juga mempunyai imej yang harus dijaga. Jangan terburu-buru untuk menyelesaikan krisis kerana jika silap langkah, pastinya ia akan memburukkan reputasi.

“Bertanya kepada orang sekeliling atau mereka yang lebih pakar. Seperti saya sendiri, saya akan sering merujuk kepada isteri, Scha Alyahya. Selain itu, saya juga merujuk kepada rakan-rakan wartawan yang lebih arif,” kata Awal.

Neelofa dan Awal ditemui pada acara Program Bual Bicara: Menangani Krisis, Membina Reputasi anjuran Pelajar Sarjana Pengurusan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Bangi pada Isnin.

Menjadi ahli panel untuk program terbabit, Neelofa dan Awal turut ditemani oleh Raqim Ahmad selaku Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro.

Kehadiran Neelofa, Awal dan Raqim dalam program bual bicara ini untuk melengkapkan keperluan kursus Komunikasi Krisis pelajar Sarjana Pengurusan Komunikasi.

Majlis turut dihadiri oleh Prof Dr Kadaruddin Aiyub selaku Dekan FSSK dan Dr Ammar Redza Ahmad Rizal selaku pensyarah kursus Komunikasi Krisis merangkap Penyelaras Strategi FSSK.

Memberikan komen dari sudut organisasi, Raqim dan pasukan mempunyai cara tersendiri sekiranya berhadapan dengan krisis.

“Ada krisis yang memang dalam jangkaan, ada juga isu yang timbul di luar jangkaan. Sekiranya situasi yang memang kita jangka itu berlaku, sebagai organisasi, masalah perlu diselesaikan dengan pantas dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

“Namun, jika situasi luar kawalan terjadi, masa yang tepat perlu diambil menjawab atau menyelesaikan sesuatu krisis. Maklum balas yang diberikan tidak boleh terlalu cepat dan tidak boleh juga terlalu lambat.

“Jika terlalu awal, mungkin ia dipengaruhi emosi dan mungkin semua aspek belum diteliti. Jika terlalu lambat pula, mungkin polemik lain akan timbul di laman sosial, lebih-lebih lagi di zaman telefon pintar ini. Jadi, pentingnya komunikasi berkesan untuk menyelesaikan krisis agar reputasi selalu terjaga,” kata Raqim.

Selain Neelofa, Awal dan Raqim, majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Kaka Azraff selaku penyanyi jemputan menyampaikan lagu Bawa Aku Pergi.

Majlis turut dimeriahkan dengan pameran Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 5 Jun 2026

“Jangan Gebang Acah Sangat, Nanti Kena Juga” – Ammar Alfian Titip Pesanan, Akui Kifarah Itu Benar

Ammar mengakui dia juga tidak terlepas daripada melalui pengalaman yang mengajarnya tentang hakikat kehidupan.

Events Thu, 9 Jan 2020

Kenapa Netizen Kecewa Dengan Noh Hujan?

Semoga apa yang berlaku dijadikan iktibar!

Hiburan Wed, 29 May 2024
Hiburan Mon, 30 Mar 2026

Potret Keluarga Aliff Aziz Raih Tumpuan, Netizen Dakwa Wajah Bella Astillah ‘Ditutup’?

ibu kepada penyanyi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahi meraih tumpuan ramai selepas didakwa ‘menutup’ wajah bekas menantunya, Bella Astillah. 

Featured Thu, 25 Jun 2026

Sheila Rusly Kongsi Pesanan Arwah Ayah Mentua, Minta Cucu Tak Tinggal Solat Subuh

Sheila Rusly berkongsi momen menyentuh hati apabila mengimbau kembali pesanan arwah bapa mentuanya kepada cucu-cucunya sebelum ini.

Featured Tue, 30 Aug 2022
Hiburan Thu, 29 Aug 2019
Featured Wed, 13 Nov 2024

Masih Mencari Cinta Sejati, Nadia Brian Anggap Lelaki Tak Tinggal Solat & Bertanggungjawab Seksi

Penat selalu menjadi pilihan kedua dalam hubungan, Nadia Brian mahu lelaki yang bertanggungjawab.

error: Content is protected !!