Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir January 18, 2024 @ 5:48pm

Didakwa Bakal Berkahwin Tak Lama Lagi, Ini Respons Sean Lee – “Saya Tak Berhutang Apa-Apa Dengan Anda Semua…”

Pelakon dan pengacara, Sean Lee menafikan dakwaan dirinya bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Menurutnya, dia tidak mahu kehidupan peribadinya menjadi bahan bualan orang ramai dan lebih suka berahsia.

“Saya tidak pasti sekiranya akan berkahwin, saya akan umumkan. Bergantung kepada mood ketika itu. Lagipun saya tak pernah hutang kamu semua apa-apa dalam hidup.

“Jujurnya, saya rasa mahu rahsiakan kehidupan peribadi hanya untuk diri sendiri. Baik orang jangan masuk campur mengenai kehidupan peribadi saya.

“Orang tidak kisah pun, mereka hanya mahu bercakap. Saya tidak mahu kehidupan peribadi saya dipermainkan di luar sana,” ujarnya semasa ditemui di sidang media pengumuman Top 5 Gempak Most Wanted Awards 2023 di Dadi Cinema Pavilion, semalam.

Diminta untuk mengulas lanjut tentang gerangan wanita yang didakwa bakal menamatkan zaman bujang, dia sekali lagi menafikan perkara tersebut dan berteka-teki.

“Saya tidak kenal wanita yang dikatakan. Mungkin pada mata semua saya tidak berpunya,” katanya.

Bagaimanapun, Sean menyatakan memang mempunyai hasrat untuk berkahwin pada usia muda.

“Perkara ini bukan dalam kawalan saya dan serahkan kepada Tuhan. Biarkan Dia putuskan apa yang terjadi dalam kehidupan saya.

“Ada perancangan nak kahwin sebab memang dari awal saya merancang untuk nikah muda. Kalau ada rezeki, semuanya berjalan lancar saya akan berkahwin.

“Tidak pasti sama ada tahun ini ataupun tidak. Banyak benda yang terjadi dalam hidup saya,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

Fathia Latiff Tak Setuju Wany Hasrita Menang Artis Paling Popular?

Suara pun macam katak ada hati nak menang nampak sangat RASUAH. FACE THE REALITY LISTEN TO HER SONG CAREFULLY!

Featured Thu, 24 Apr 2025

Artis Nasyid Terkenal Curang? ‘Kantoi’ Jalan Pegang Tangan Persis Suami Isteri

Penyanyi tersebut dipercayai memiliki latar belakang pendidikan tinggi.

Hiburan Wed, 14 Nov 2018

Bekas Suami Serina Redzuawan Bebas Tuduhan Khalwat

Akhirnya, selesai sudah kes kontroversi melibatkan Serina dan bekas suami

Hiburan Wed, 23 May 2018

Kilafairy Dikecam Kerana Berpakaian Ketat, Nak Tayang Apa Tu?

Gambar tersebut juga seterusnya menimbulkan perbalahan apabila Kilafairy turut membalas komen netizen dalam bentuk sindiran

Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Featured Tue, 15 Oct 2024

Ahli Kumpulan Hijjaz Nafi Bakal Nikahi Ina Naim

Orang tu dah anggap Ina macam adik sendiri tau… Tak baik!

error: Content is protected !!