Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 18, 2024 @ 6:45pm

Mufti Pulau Pinang Gesa Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza Ditunda Demi Hormati Bulan Ramadan, Ini Respons Pihak Yayasan Nurjiwa

Susulan laporan media sebelum ini berhubung gesaan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor agar penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menunda konsert solonya yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mac 2024 ternyata menarik perhatian Yayasan Nurjiwa.

Justeru, menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh  Datuk Seri Khalid Nurjiwa selaku pengasas yayasan tersebut berkata, pihaknya berlapang dada menerima gesaan dan teguran tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

 

Bagaimanapun, penganjuran konsert tersebut harus dilaksanakan sesuai tarikh yang telah ditetapkan sebelum ini memandangkan segala persiapan telahpun dibuat.

Malah, dengan menunda konset tersebut hanya akan memberi implikasi terhadap dana yang ingin disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

“Pertama sekali, Yayasan Nurjiwa secara khususnya dengan penuh keinsafan dan berlapang dada menerima gesaan dan teguran Sahibus Samahah Datuk Seri Mufti. Keprihatinan serta pandangan Datuk Seri amat-amat kami hormati dan hargai. 

“Pada 8 Januari 2024 lalu, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan secara rasmi penganjuran Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

“Pada sidang media itu juga sudah dimaklumkan, sejak mula diberikan tarikh penganjuran konsert oleh pengurusan Perbadanan Stadium Nasional, kami di Yayasan Nurjiwa dan pihak Siti Nurhaliza sedia maklum tarikh 9 Mac 2024 menghampiri 1 Ramadan.

“Kami di Yayasan Nurjiwa juga telah diberitahu oleh pengurusan Perbadanan Stadium Nasional bahawa 9 Mac sahaja tarikh kosong yang ada untuk sepanjang 2024 yang boleh ditawarkan kepada kami.

“Untuk pengetahuan semua, pihak kami sudah mula membuat tempahan dengan Perbadanan Stadium Nasional sejak awal tahun 2023 lagi, namun tarikh yang sepatutnya tidak dapat kami laksanakan dan mohon penangguhan dengan mendapatkan tarikh baharu,” katanya dalam kenyataan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

 

Dalam pada itu, bagi memahami matlamat dan objektif utama penganjuran Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza membuatkan pihak yayasan mencapai keputusan secara konsesus untuk meneruskannya.

“Izinkan kami untuk sekali lagi menjelaskan Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza bukan dianjurkan atas kepentingan perniagaan dan keuntungan. Yayasan Nurjiwa adalah sebuah badan amal yang ditubuhkan sejak tahun 2006.

“Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza telah sering menyebut tujuan Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza adalah untuk mengutip dana bagi menampung lima kluster kerja-kerja kebajikan iaitu, kebajikan, kemanusiaan, keagamaan, pemdidikan dan Bantuan Khas Palestin.

“Kesemua kluster berkenaan menjadi keutamaan Yayasan Nurjiwa dan bagi meneruskan kerja-kerja kebajikan itu, ia memerlukan dana yang mencukupi dan segala hasil kutipan tiket daripada pementasan Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza akan disalurkan ke lima-lima kluster berkenaan.

“Dalam masa sama, Yayasan Nurjiwa akan meneruskan kerja-kerja kebajikan lain seperti tradisinya setiap kali kehadiran bulan Ramadan Syawal dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Inilah matlamat yang kami ingin lakukan memandangkan selepas konsert, bulan Ramadan dan Syawal adalah bulan aktif bagi aktiviti amal yang telah kami lakukan sebelum ini,” jelasnya.

Bertitik tolak daripada matlamat itu juga, Yayasan Nurjiwa terfikir ada baiknya pementasan Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza diteruskan.

Dalam masa sama, Yayasan Nurjiwa menegaskan bahawa, penundaan konsert tersebut hanya akan memberikan implikasi yang besar kepada banyak pihak khususnya, pihak produksi serta pengurusan Perbadanan Stadium Nasional.

Bahkan, apa yang kami gusarkan sekiranya penundaan konsert dibuat, maka dana yang sewajarnya tidak disaluran dalam kadar segera kepada golongan yang sudah dikenal pasti sebagai penerima terutamanya mangsa perang di Palestin.

“Kita tidak mampu untuk menunda bekalan makanan dan bahan asas untuk saudara-saudara kita di Palestin. 

“Komitmen kami kepada mangsa-mangsa perang di Palestin perlu diteruskan sejak kami memulakannya pada Oktober lalu. Terlewat sehari dua saja boleh mengundang malapetaka lain buat mereka. Oleh itu, Yayasan Nurjiwa berpendapat, ada baiknya konsert diteruskan demi untuk mencari dana,”ujanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Nov 2025

Raja Azura & Shiha Zikir Ganding Tenaga Hangatkan Malam Kemuncak ABPBH 37

Undian finalis masih dibuka sehingga 11.59 malam, 9 Disember 2025

Featured Wed, 6 Oct 2021

Semak Syarat Layak Mohon Bantuan RM10,000  One Off Buat PKS Bermula Esok

Menerusi Pelan Pemulihan Nasional (PPN), kerajaan Sarawak telah melancarkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 7.0 berjumlah lebih RM800 juta bagi memperkasakan aktiviti perusahaan dan perniagaan. Terbaru, pendaftaran BKSS 7.0 berjumlah RM5,000 (Fasa1) akan mula dibuat […]

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

郑欣宜来马任《看见你的声音》来宾「他们都靠不住」

郑欣宜于近日来马为《看见你的声音》担任大来宾;节目中安排的“音痴搜查团” 她笑说他们都「靠不住」,反而是现场观众给了很多意见来协助她。

Featured Wed, 9 Nov 2022

Aksi Sweet Farhan Mazlan Usik Isteri Buat Netizen Cair – ” Cantiknya Perempuan Belakang Dia?”

Pempengaruh terkenal Farhan Mazlan kembali mecuri perhatian warganet apabila video dia bersama isteri, Syafiqah Zambry yang sedang makan di sebuah retoran tular di media sosial. Farhan yang cuba mengusik isteri tercintanya dengan cuba memuji kecantikkan […]

Hiburan Tue, 11 Jun 2019

‘Kekasih Luna Yang Mana Ya?’- Luna Maya Respon ‘Sindiran’ Baim Wong

Luna tidak berseorangan kerana percutian itu turut disertai oleh beberapa sahabat mereka.

Hiburan Sat, 23 Dec 2017

Dato Vida Pengumpul Tudung LV Terbanyak Di Dunia

Saya mengisytiharkan saya memiliki crumple shawl LV terbanyak didunia. Memang banyak tak terkira. Saya beli je. Tapi dah macam kain buruk.

Trending Sat, 2 Jan 2021

Akhmal Nazri Selamat Bernikah 31 Disember Lalu

Wah, Jibam dah kahwin.. Tahniah!

Hiburan Sun, 19 Dec 2021

“Anak Dia Tengah Tak Sihat, Dia Tinggalkan Nak Hantar Bantuan Makanan” – Turun Padang Bantu Mangsa Banjir, Netizen Puji Siti Nurhaliza

Tindakan penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang membantu mangsa banjir bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerima pujian netizen. Siti bersama suami menggerakkan bantuan serta turun padang mengharungi banjir di […]

error: Content is protected !!