Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Khairil Khusyairi January 20, 2024 @ 4:30pm

Terpaksa Buat Dua Sesi, Lebih 12,000 Jemaah Hadir Solat Subuh Di Johor

Tular di media sosial hari ini apabila dilaporkan lebih 12,000 jemaah hadir menunaikan solat Subuh di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru.

Menerusi perkongsian di Facebook (FB), akaun Masjid Sultan Iskandar tersebut memuat naik foto jemaah yang hadir bagi mengimarahkan masjid tersebut.

Lebih membanggakan, dikatakan ia pertama kali solat fardhu Subuh terpaksa dilaksanakan dua sesi di masjid tersebut kerana terlalu ramai jemaah yang hadir.

“Pada pagi ini, dianggarkan lebih 12,000 jemaah solat subuh yang hadir dalam program #semaraksubuhjohor di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn.

“Sejak penubuhan, ini adalah kali pertama solat subuh dilaksanakan dua sesi kerana terlalu ramai jemaah yang hadir. Alhamdulillah.

“Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada jemaah yang hadir, penyumbang-penyumbang dan sahabat-sahabat pempengaruh yang menjadi antara pencetus bagi program ini,

“Mudan-mudahan, segala usaha kita diberkati Allah. Semoga kita semua istiqamah dalam menunaikan solat berjemaah di masjid.” tulis dalam satu kenyataan.

Program #SemarakSubuhJohor itu turut dihadiri oleh dif-dif kehormat seperti YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi (Menteri Besar Johor) dan barisan pimpinan kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi turut merakam penghargaan kepada semua yang hadir dan pihak yang teribat.

“Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pihak penganjur, penyumbang-penyumbang, Saudara Jalil Razak, Acad Rajalawak, Shahrol Azizie Azmi dan rakan-rakan pempengaruh lain serta pihak pengurusan masjid yang menjayakan program hari ini.

“Semoga kita terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan agama Allah SWT,” tulisnya dalam satu hantaran di FB.

Kempen #GengSubuhMacamJumaat semakin mendapat perhatian ramai apabila usaha murni itu kini turut menjadi ikutan di seluruh negara termasuklah di negara jiran.

Solat Subuh Solat Subuh

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar Terharu 3,000 Jemaah Sertai #GengSubuhMacamJumaat, Siap Buat Larian… Menteri Pun ‘Join’ & Puji 

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau Jangan Rasa Diri Kau Paling Betul” – Yusuf Bahrin Selar Tindakan Individu Persoal Kempen #GengSubuhMacamJumaat

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Merdunya Laungan Azan Taufik Batisah… Inisiatif Anak Muda, #GengSubuhMacamJumaat Jadi Ikutan Di Singapura

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 Feb 2023
Fab Foodies! Wed, 3 Apr 2019

Dine on the Finest Grass-Fed Black Angus Steaks at Chambers Grill

The mouth-watering goodness is to die for!

Hiburan Mon, 13 May 2019

Percutian Mewah Zahiril Adzim Dan Shera Aiyob Di Perth, Australia Confirm Buat Korang Jealous!

Wah! bestnya tengok Zahiril Adzim sekeluarga bercuti di Perth, Australia

Featured Tue, 10 May 2022

Nasi Goreng Kosong Dengan Telur Punca Pergaduhan Di Restoran

Pasal nasi goreng pun boleh bawa gaduh ke?

Trending Fri, 26 Jun 2020
Featured Thu, 29 Sep 2022

Individu Bongkar Status ‘Datuk Seri’ Suami Heliza Helmi Didakwa Palsu? – “Tiada Rekod Dalam Istiadat”

Alamak, biar betul status ‘Datuk Seri’ suami Heliza Helmi palsu? Ada bukti menunjukkan tiada dalam sistem istiadat 🤭

Hiburan Wed, 5 Feb 2025

Angkat Isu Keganasan Rumah Tangga, Hazreen Amreena Muncul Dengan Single ‘Yang Ku Punya’

Hazreen Amreena muncul dengan single baharu berjudul Yang Ku Punya.

error: Content is protected !!