Featured By: Salma Syahbuddin January 22, 2024 @ 9:37pm

Shakilla Khoriri Rasa Maruah Dipijak! Mohon Fizi Ali Berhenti ‘Claim’ Isu Larikan Anak – “Daddy Ameena, Rumah Saya Sentiasa Terbuka Untuk Awak Datang Berjumpa Anak”

Susulan enggan mengulas lanjut isu hadanah yang difailkan oleh bekas suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini, pelakon dan pengacara sensasi, Shakilla Khoriri akhirnya tampil membuat kenyataan panjang lebar berhubung isu kontroversi tersebut.

Katanya, dia tegas dengan pendirian untuk tidak menjawab atau mempamerkan sebarang bukti diatas setiap keputusan yang diambil, memandangkan ia melibatkan anak tunggalnya, Ameena Sofia.

Malah, dia tidak menafikan hak Ameena sebagai seorang anak untuk mendapat perhatian dan kasih sayang daripada kedua belah pihak, sekaligus menolak dakwaan kononnya selama ini dia mahu memutuskan hubungan silaturrahim antara anaknya itu dan  bekas suaminya.

“Assalamualaikum. Cukuplah provokasi dan spekulasi tentang kisah kami. Cerita kami bukanlah ‘hidangan’ atau platform untuk kalian keruhkan lagi keadaan.

“Saya menghormati KERJA kalian untuk menulis tapi menulis lah baik-baik. Saya tak mampu untuk halang kalian menulis tapi berjaga-jagalah dengan setiap penulisan kalian. Kerana KOTA semua manusia. HEBAT jika antara kita tak lakukan kesalahan atau kesilapan.

“Saya tak perlu jawab apatah lagi pamer bukti atas setiap keputusan yang saya buat untuk ANAK saya.Anak saya lebih penting buat masa sekarang tetapi saya tak menafikan hak Ameena untuk mendapat perhatian dan kasih sayang from both side. Apa lagi untuk memutuskan silaturahim antara anak dan bapa. NEVER CROSSED MY MIND,” katanya.

Sementara itu, Shakilla menjelaskan, selama ini dia berusaha semampu yang boleh untuk menyatukan keluarga kecil mereka, namun pelbagai jemputan telah ditolak oleh Fizi sendiri sehinggalah dia merasakan maruahnya dipijak apabila sering dilabel tidak ‘move on’.

“All this while saya bersusah payah untuk menyatukan kami bertiga sebagai Ibu dan ayah kepada Ameena.

“Berkali-kali jemputan yang berkaitan dengan Ameena ditolak kerana tidak mahu ada masa BERTIGA. Setiap kali saya yang dulu rendahkan diri demi Ameena.

“Usaha demi usaha sampailah saya rasa maruah saya dipijak malah dituduh tidak MOVE ON sebab sering kali mencari. Kisah saya dan dia sudah berakhir dan saya pun dah lama redha dengan semua tu,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Shakilla meminta agar segala dakwaan dan provokasi yang dilemparkan terhadapnya dihentikan segera memandangkan dia sudah cukup penat.

“Cukuplah dengan kenyataan saya tak bagi jumpa anak. Cukuplah dengan provokasi dan media sosial. Cukuplah dengan cerita peribadi. Saya PENAT.

“Beri saya ruang untuk merangka satu perjalanan yang terbaik untuk anak kesayangan kami. Berlapang dadalah dengan apa yang terjadi. Tugas saya berat sebagai seorang ibu kandungnya,” ulasnya lagi.

Justeru, menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram miliknya sebentar tadi, Shakilla kelihatan menitipkan pesanan buat bekas suaminya itu seolah-olah mahu perkara ini ditamatkan segera.

“Daddy Ameena,rumah saya sentiasa terbuka untuk awak datang bila-bila masa untuk berjumpa dengan anak awak. Tidak ada istilah menceroboh sebab awak sebahagian dari hidup Ameena.

“Kami sentiasa tunggu video call dan text awak untuk berjumpa. Awak tak MENCARI Ameena so stop cakap saya larikan anak awak. STOP IT !Please comunicate dengan saya secara baik dan tenang. We can do this Daddy Ameena,” ujanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

 

Terdahulu, Shakilla memilih untuk mengunci mulut daripada memberikan apa-apa komen yang bersangkut-paut terhadap isu panas yang berlaku.

Manakala, Fizi gagal menahan sebak apabila meluahkan rasa rindu setelah dua bulan tidak bertemu anaknya, Ameena.

ARTIKEL BERKAITAN:“Maaf Korang, Sorry Bye-Bye Semua” – Terus Masuk Kenderaan Tanpa Sebarang Komen Selepas Selesai Prosiding, Shakilla Khoriri Kunci Mulut Isu Tuntutan Hak Jagaan Anak

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada Niat Mahu Merampas, Cuma Ingin Berikan Kasih Sayang… Fizi Ali Hadir Mahkamah Perjuang Hak Penjagaan Anak

ARTIKEL BERKAITAN:“Bapak Dia Kau Elak Jumpa, Dengan Boyfriend Bawa Siap Pimpin Tangan… Bullsh*t! – Fizi Ali Hilang Sabar, Dakwa Shakilla Khoriri Penyondol

ARTIKEL BERKAITAN:“Umi Hanya Melindungi & Pertahan Hak, Maruah Anak Umi… Tak Mungkin Rampas Kebahagiaan Awak” – Shakilla Khoriri

ARTIKEL BERKAITAN: “Risau Sakit, Dia Alah Dengan…” – Individu Dedah Punca Shakilla Khoriri Halang Fizi Ali Jumpa Anak?

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Rindu Anak, Shakilla Khoriri Sifatkan Hantaran Fizi Ali Sebagai Murahan… Enggan Berurusan Dengan Orang Ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Hari-hari Doa Untuk Umi” – Anak Shakilla Khoriri Tanya Bila Nak Kahwin Lagi, Perbualan Dua Beranak Ini Buat Ramai Sebak!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 10 Aug 2019

Intan Najuwa Serik Dengan Lelaki Gila Duit?

Intan Najuwa tekad menjadi pembantu rumah untuk menyiasat calon suaminya!

Hiburan Fri, 18 Jan 2019

Khai Bahar Ingat Kan Diri Sendiri?

Semoga rezeki Khai Bahar semakin murah hendaknya.

Hiburan Thu, 5 Oct 2023
Hiburan Thu, 14 Mar 2024

“Bella Seorang Yang Ceria Tapi Banyak Sembunyi Masalah – Puteri Sarah

Puteri Sarah juga mohon Bella beri fokus pada anak-anak

Events Mon, 22 Apr 2019

Here’s All the Activities You Can Do to Celebrate Parents’ Day at Resorts World Genting

You’re in for a lot of fun and games for the whole family!

Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Nazim Othman Dilamun Cinta?

Rata-rata memberikan komen gembira sekiranya Nazim benar-benar sudah berpunya. Tidak kurang juga yang mendoakan agar Nazim bahagia dengan cinta barunya.

Trending Thu, 22 Apr 2021

Lebih Banyak Beli, Lebih Jimat Belanja… Sempena Syawal, Courts Sedia Tawarkan Rebat Melebihi RM3.8 Juta!

Kita sudah memasuki minggu kedua bulan Ramadan dan itu menandakan Syawal bakal menjelma tidak lama lagi. Sambutan Hari Raya Aidilfitri seharusnya diraikan dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan. Biarpun kita masih terkesan dengan wabak Covid-19, […]

Trending Mon, 11 Jan 2021