Euforia Bola 2026
Trending By: Syamir Shafie January 24, 2024 @ 2:56pm

Gadis Tingkatan 4 Dakwa Dirog*l Dalam Kereta, Disyaki Perbuatan Sarjan Polis

Seorang gadis berusia 16 tahun mendakwa dirinya diperkosa di dalam kereta sebanyak dua kali.

Akibat tidak sanggup merahsiakan perbuatan terkutuk itu, gadis malang tersebut akhirnya memberanikan diri untuk membongkar jenayah seksual tersebut kepada ibunya.

Rupa-rupanya, mangsa mendakwa perogol tersebut ialah pegawai rendah polis berpangkat sarjan.

Setelah laporan polis dibuat, pelaku tersebut berdepan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Menurut mangsa, kejadian berlaku di hadapan balai polis dan di kawasan parkir pasar raya di daerah Perak Tengah, pada September dan Oktober tahun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, polis sudah memanggil mangsa bersama ahli keluarganya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah untuk dirakam keterangan masing-masing mengikut Seksyen 112 kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

“Identiti suspek dikenal pasti berdasarkan nombor telefon yang terpapar dalam telefon bimbit mangsa.

“Polis juga merampas dua telefon bimbit, masing-masing milik remaja berkenaan dan suspek,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, laporan terhadap kes berkenaan telah diterima pada 20 Januari.

“Pihak polis sedang menunggu serahan laporan kesihatan oleh pihak hospital.

“Hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati tiada kecederaan luaran pada mangsa,” katanya.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 31 Jan 2026

Tahniah! Shuib, Watie Bakal Terima Kehadiran Anak Perempuan

Tahniah, Shuib dan Watie bakal dapat baby girl!

Hiburan Tue, 11 Oct 2022
Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Hiburan Mon, 22 Apr 2024

“Salah Orang Nampak, Tapi Kena Ingat Diri Kita Juga Tak Baik…” – Ibu Shila Amzah

Dalam bahasa mudah, kena cermin diri kita dulu dalam apa jua situasi 🙂‍↔️

Featured Sun, 8 Aug 2021

Kelonggaran Pergerakan 2 Dos Vaksin Bermula Selasa, Ini Senarai Kemudahan Penerima Vaksinasi Lengkap

Umum maklum, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin hari ini mengumumkan beberapa kelonggaran pergerakan buat mereka yang telah menerima vaksinasi lengkap. Difahamkan, kesemua kemudahan ini akan berkuatkuasa bermula Selasa, 10 Ogos 2021 untuk negeri-negeri yang berada […]

error: Content is protected !!