Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie January 28, 2024 @ 8:57pm

“Sebelum Ini Tiada Lagi Perdana Menteri Sebegini” -Jalil Hamid Terharu Terima Sumbangan Anwar Ibrahim

Pelakon veteran, Jalil Hamid sukar menggambarkan rasa gembiranya atas jasa baik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan sumbangan kepadanya semalam.

Menurut Jalil, dia amat terharu dan berterima kasih atas keprihatinan Anwar yang mengambil berat akan kesusahan yang ditanggung oleh kebanyakan penggiat seni veteran.

“Ia satu benda yang sangat baik dan bermakna. Terima kasih sekali lagi kepada beliau (Anwar) kerana sama-sama menolong, membantu dan mengenang jasa artis-artis kita.

“Sebelum ini, saya dapat juga sumbangan daripada beberapa pihak lain seperti Pusat Zakat Selangor (PZS).

Ia termasuklah ada juga pihak tertentu beri sumbangan beras dan makanan.

“Namun, sumbangan daripada Anwar agak istimewa.

“Syukur masih ada yang ingatkan kita yang sudah berumur dan tidak lagi mampu bekerja,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, pelantun lagu Ayam itu dan rakan artis lain berbangga kerana memiliki pemimpin tertinggi kerajaan yang ingat jasa-jasa mereka.

“Sebelum ini, tiada lagi Perdana Menteri sebegini yang memberikan tanggungjawab kepada suatu badan atau persatuan.

“Macam inilah, Perdana Menteri yang ada rasa prihatin terhadap penggiat seni. Semoga usaha ini diteruskan lagi. Sekarang pun kita dalam keadaan yang payah, jadi berbanyak terima kasih diucapkan.

“Saya tak mampu nak cakap apa-apa lagi. Namun, dalam kepayahan kita, masih ada yang tolong. Alhamdulillah,” luahnya.

Dalam pada itu, bertanya mengenai tawaran lakonan, Jalil ada menerima lamaran tetapi perlu mempertimbangkannya baik-baik lantaran memikirkan faktor kesihatannya.

“Baru-baru ini, saya berlakon di bawah arahan Aziz M Osman untuk dua tiga babak drama. Ia macam kawan-kawan beri peluang.
“Dia pun risau juga nak bagi berlakon, kalau kita sakit dalam masa ‘shooting’ dan jadi serba salah pula.

“Namun tawaran ini diberikan sebagai sokongan moral. Untuk bawa watak besar memang payah juga.

“Kalau ‘shooting’ filem agak lama, manakala drama pun kadangkala makan masa berminggu juga.

“Apa yang boleh ialah saya ambil yang kecil-kecil saja. Kita pun faham keadaan kesihatan sendiri dan tak nak menyusahkan mana-mana pihak,” ujarnya.

Sumber : Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Nov 2022

Didakwa Riyak Kerana Sumbat Wang RM2 Juta Dalam Bonet Lamborghini, Usahawan Ditempelak Netizen – “Van Jenazah Lagi Luas”

Seorang usahawan dan juga pempengaruh teruk dikecam oleh warganet akibat memuat naik video bersama kereta mewah Lamborghini miliknya. Usahawan itu memberitahu kepada wargamaya bahawa kereta mewah itu mempunyai bonet yang kecil dan tidak boleh memuatkan […]

Hiburan Tue, 21 Jan 2025

CSOIAM: Jimi Hargai Doa Yusry Untuk Bersaing Di Pentas AJL, Rancang Keluar Single

Persembahan duet bersama Misha Omar di CSOIAM dipuji, Jimi rancang strategi masuk AJL

Hiburan Tue, 25 Oct 2022

Impian Syamel & Ernie Zakri Tercapai Di Konsert Aku Cinta

Konsert Aku Cinta Syamel Ernie memang terbaik

Hiburan Tue, 1 Oct 2019
Trending Sun, 22 Nov 2020
Featured Thu, 1 Jul 2021

Moratorium Automatik : Tiada Faedah Terkompaun & Penalti Lewat Bayar, Tarikh Permohonan Dibuka Mulai…

Moratorium automatik selama 6 bulan bermula Julai telah diumumkan oleh Perdana Menteri untuk semua peminjam Individu B40, M40 & T20 di bawah Pakej Bantuan PEMULIH hari ini. Moratorium 6 bulan diberikan kepada semua peminjam individu, […]

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

Haneesya Hanee Juara Dewi Remaja 2018/2019, Tahniah!

Tahniah si cantik manis, you deserved it girl!

Events Sat, 22 Jan 2022
error: Content is protected !!