Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 30, 2024 @ 4:30pm

[VIDEO] Walau Kualiti Camera 3GP, Ramai Terubat Rindu Dengar Linda Onn Jadi DJ Di TikTok Live – “Segment Petang, Nama Radio Ni L.O FM”

Bekas penyampai radio terkenal dan selebriti Linda Onn mengerujakan ramai pihak apabila membuat percubaan menjadi deejay (DJ) radio menerusi siaran langsung di TikTok.

Berdasarkan siaran tersebut, meskipun kualiti kamera yang dipakai tidak begitu bagus, Linda berkata dia membuat ‘setup’ atau persediaan menjadi DJ tersebut secara sendiri.

Dalam masa yang sama, Linda memohon maaf kepada peminatnya yang menonton siaran langsung tersebut atas kualiti kamera dikatakan seperti ‘3GP’.

“Saya start siaran langsung tadi pata pukul lima petang. Ini hanyalah test drive, percubaan untuk tengok macam mana percubaan.

“Setup studio ini saya buat sendiri, saya bukan seorang audioman yang baik, tak pandai menjaga kualiti kamera.

“Asalkan penonton dengar suara saya dan lagu okay syukur Alhamdulillah,” katanya.

Dalam pada itu, Linda menjelaskan dia tidak terikat dalam mana mana syarikat radio buat masa ini.

Menjengah ke ruangan komen siaran langsung tersebut, ramai peminatnya yang meluahkan rasa rindu mendengar Linda menjadi DJ di radio.

Malah, rata-rata netizen memberi nama bagi radio tersebut antaranya L.O FM, Onns FM, Linda FM dan banyak lagi.

Artikel Berkaitan: Pernah Terima Nasib Sama, Ini Pesanan Linda Onn Buat Tyzo – “Terpeleot Sikit, Bye! Menang ABP 7 Kali Pun Gantung Pada Kontrak…”

Artikel Berkaitan: “Menang Award Ke, Nama Tengah Gah Pun.. Tak Ada Lah Cecah RM10,000” – Isu Gaji Penyampai Radio, Linda Onn Kongsi Realiti Sebenar

Artikel Berkaitan: Linda Onn Sifatkan Gandingan Tyzo & Shiera Serasi – “Mereka Berdua ‘Ngam’… Itu Mahal”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 24 Nov 2020
Hiburan Mon, 21 Aug 2023
Hiburan Wed, 19 Mar 2025
Featured Mon, 14 Nov 2022

Band K-Pop Popular Korea EPEX Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Pada 6 Januari 2023, Harga Tiket Bermula Dari RM288!

Wow wow wow! Kpop fans where yall at? Jangan lepaskan peluang ini gais 🤩🤩🤩

Featured Wed, 31 Jan 2024
Hiburan Fri, 30 Jun 2023
Hiburan Tue, 11 Jun 2019

‘Kekasih Luna Yang Mana Ya?’- Luna Maya Respon ‘Sindiran’ Baim Wong

Luna tidak berseorangan kerana percutian itu turut disertai oleh beberapa sahabat mereka.

error: Content is protected !!