Figura By: Khairil Khusyairi January 31, 2024 @ 2:45pm

Selesai Lafaz Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Ini Biodata Sultan Ibrahim

Berikut ialah biodata rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim yang dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office).

Sultan Ibrahim diputerakan pada 22 Nov 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor dan merupakan putera sulung kepada Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail dan Almarhumah Enche’ Besar Khalsom Abdullah.

PENDIDIKAN

Seri Paduka Baginda mendapat pendidikan asas di Taman Didikan Kanak-kanak Tunku Ampuan Mariam di Johor Bahru sebelum memulakan pendidikan di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1), juga di Johor Bahru.

Pada 1968 hingga 1970, Sultan Ibrahim melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Sydney, Australia sebelum meneruskan pelajaran menengah di English College (Maktab Sultan Abu Bakar) dari 1971 hingga 1975 serta mendapat pendidikan agama di Sekolah Agama Ayer Molek, Johor Bahru.

Bagi menjadi seorang raja yang berwibawa dan dihormati, Seri Paduka Baginda meneruskan pengajian di Fletcher School of Law and Diplomacy di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat dan melengkapkan dua kursus – Southeast Asian Strategic Studies dan International Law of the Seas.

KETENTERAAN

Seri Paduka Baginda mula mendapat latihan ketenteraan di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA) di Kota Tinggi, Johor dan kemudian mengikuti latihan ketenteraan pegawai muda di Fort Benning, Georgia, Amerika Syarikat, serta menjalani latihan airborne dan ranger untuk pegawai infantri.

Semangat ketenteraan yang tinggi dan tertanam dalam jiwa Sultan Ibrahim, mendorong Seri Paduka Baginda meneruskan latihan American Special Forces dan Pathfinder, dan Sultan Ibrahim telah membuat 19 terjunan payung terjun, lapan daripadanya pada waktu malam.

Sultan Ibrahim kemudian dipilih dan ditauliahkan sayap, seterusnya mendapat pengiktirafan sebagai seorang komando selain turut ditauliahkan sebagai anggota pasukan SEAL (tentera darat, laut dan udara).

Sebelum ditauliahkan sebagai ahli kehormat Komando Pasukan Khusus (KOPASSUS), Indonesia, Seri Paduka Baginda telah melakukan beberapa penerjunan di Bandung, Indonesia.

Bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sultan Ibrahim telah menjalani latihan juruterbang helikopter dan dikurniakan serta menerima sayap pada 26 April 1982 daripada Almarhum Sultan Iskandar.

Selain itu, Seri Paduka Baginda turut menjalani latihan tentera laut di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, sekali gus melengkapkan Seri Paduka Baginda sebagai pegawai tentera darat, laut dan udara yang berkemahiran.

PERKHIDMATAN DENGAN KERAJAAN NEGERI

Sultan Ibrahim pernah berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Johor dan ditempatkan di pelbagai jabatan bagi mempelajari aspek-aspek pengurusan serta pentadbiran negeri.

PELANTIKAN SEBAGAI TUNKU MAHKOTA JOHOR

Seri Paduka Baginda dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981.

PELANTIKAN SEBAGAI PEMANGKU RAJA JOHOR

Pada 25 April 1984 hingga 25 April 1989, Seri Paduka Baginda dilantik sebagai Pemangku Raja Johor semasa Almarhum Sultan Iskandar diangkat sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Jan 2010 selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar, dan dimahkotakan pada 23 Mac 2015.

ISTERI DAN ANAK-ANAK

Pada 22 Sept 1982, Seri Paduka Baginda mendirikan rumah tangga bersama Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah dan dikurniakan lima putera dan seorang puteri iaitu Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.

MINAT DAN HOBI

Sultan Ibrahim, yang juga kakanda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan seorang yang meminati pelbagai jenis masakan dan pandai memasak.

Seri Paduka Baginda juga mempunyai banyak kemahiran, terutama dalam permotoran dan aktiviti air.

Sultan Ibrahim

KEPERIBADIAN

Sifat Sultan Ibrahim yang suka mendekati rakyat mendorong Seri Paduka Baginda mengilhamkan program Kembara Mahkota Johor sejak menjadi Tunku Mahkota Johor lagi.

Ketika berlaku bencana terutama banjir, Seri Paduka Baginda juga antara yang terawal turun padang untuk melihat sendiri situasi sebenar, serta mengambil berat terhadap kesulitan yang melanda rakyat Johor.

Sultan Ibrahim turut lantang bersuara berkenaan isu-isu seperti kebersihan dan alam sekitar, dan sering menghulurkan bantuan kotak makanan dan kampit beras kepada golongan miskin kerana prihatin dengan peningkatan kos sara hidup yang meresahkan rakyat.

Dalam menyantuni rakyat jelata, Seri Paduka Baginda juga dilihat sering singgah di gerai dan kedai makan di setiap daerah di Johor.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Oct 2022

Rizky Billar Cerai Talak Satu, Dakwa Lesti Kejora Bukan Isteri Yang Baik

Kisah keganasan rumah tangga membabitkan selebriti popular Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar nampaknya masih mendapat perhatian ramai pihak. Peguam Rizky, Adek Erfil Manurung berkata, Rizky dikatakan pernah melafazkan talak satu kepada Lesti ketika mereka […]

Hiburan Sun, 16 Oct 2022
#BabyXTRA Fri, 7 Apr 2023

#BabyXTRA: Hamil Anak Kedua Buat Emma Maembong Lebih Matang… Elak Sifat Boros!

Semoga selamat bersalin anak kedua Emma! 🥰❤️

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Gaya Neelofa Di KLFW 2018 Dikritik Netizen?

Namun apa yang menarik perhatian, kemunculan Neelofa di pentas KLFW 2018 telah mengundang kritikan sebahagian besar netizen di media sosial.

Hiburan Tue, 14 May 2019

‘Sakit Ini Peringatan’- Pita Suara Bermasalah, Hael Husaini Mahu Rehat

Sakit ini memberi peringatan supaya tidak mengabaikan diri.

Hiburan Thu, 9 Jun 2022

Aishah Azman Idamkan Lelaki Ada Pendidikan, Pandai Selesaikan Masalah

Aishah Azman mahukan lelaki yang berpendidikan supaya boleh selesaikan sesuatu masalah.

Events Fri, 25 Feb 2022
Featured Fri, 23 Dec 2022

Syamsul Yusof Nak Saman JAWI RM10 Juta, Puteri Sarah Desak Minta Jujur – “Kebenaran Akan Terbongkar!”

‘Benda macam ni tiberrr nak muncul. Benda baik umumkan dari timbul fitnah’ – Puteri Sarah Liyana

Hiburan Fri, 4 Oct 2019

Abby Abadi Kongsi Nama Penuh ‘Baby D’

Umum tahu kisah bayi pramatang pelakon Abby Abadi dan suaminya Faizal Zakaria yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selepas terpaksa dilahirkan melalui pembedahan, semasa kandungannya baru berusia 6 bulan. Baca: Abby Abadi Selamat Lahirkan […]