Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 5, 2024 @ 5:30pm

Isu Perebutan Anak, Erra Fazira Nekad Ketepikan Ego Demi Kebahagian Engku Aleesya – “Saya Dibesarkan Ibu Tunggal Dan Tak Dapat Kasih Sayang Bapa”

“Salah seorang juga kena mengalah dalam hal yang membabitkan soal penjagaan anak ini supaya tidak beri tekanan kepada mereka,”

Demikian respons pelakon, penyanyi dan pengacara, Erra Fazira ketika diminta mengulas pisu perubatan anak yang berlaku dalam kalangan selebriti tempatan.

Katanya ketika ditemui XTRA, Erra atau nama penuhnya,  Fazira Wan Chek, 49, berkata, dia juga berdepan dengan isu hak penjagaan anak ketika bercerai dengan bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin sebelum ini.

Bagimanapun, dia mula mengalah kerana tidak mahu memberi tekanan kepada anak tunggal mereka, Engku Aleesya.

“Bila bercerai keadaan memang tegang bila babitkan soal anak dan nasihat saya kepada pasangan yang bercerai, sebagai orang dewasa, kita letakkan ego ke tepi dan kena fikir lebih soal anak.

“Salah seorang juga kena mengalah dalam hal yang membabitkan soal penjagaan anak ini supaya tidak beri tekanan kepada mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Erra berkongsi bahawa dia yang dibesarkan ibunya yang berstatus ibu tunggal mahu anaknya mendapat kasih sayang yang lengkap dari kedua ibu dan bapa.

“Saya dibesarkan ibu tunggal dan tidak dapat kasih sayang bapa sebab itu saya nekad mahu anak dapat kasih sayang kedua-duanya sekali ibu kerana tidak mahu menggangu proses pembesarannya,”ulasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai trend selebriti meluahkan isu pergaduhan rumah tangga di media sosial, Erra menjelaskan,  tidak semua perkara boleh dikongsi kepada umum memandangkan orang luar tidak perlu mengetahui isu pergaduhan sesebuah rumah tangga di media sosial.

“Susah dan senang kita tak perlu tunjuk pada orang kerana media sosial ini bagaimana cara kita menggambarkan diri kepada orang luar. Contohnya, kebahagiaan dan kesakitan kita tak perlu pun satu dunia tahu,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Sekadar info, Erra pernah mengalami kegagalan rumah tangga sebanyak dua kali.

Kali pertama, Erra pernah berkahwin dengan komposer dan anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada 2003 tetapi bercerai pada 2006.

Setahun kemudian, Erra berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 15 tahun.

Namun, Erra dan Emran bercerai selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Dalam perkembangan terkini, Erra Fazira juga merupakan salah seorang hos bagi program populRa terbitan TV9, Nasi Lemak Kopi O.

Selain Erra, antara selebriti lain yang turut memeriahkan program bual bicara itu adalah,  Fizo Omar, Fakhrul Radhi, Heliza Helmi, Barr Zaizan, Affizza Azmi, Saree Abdullah, Irfan Ali, Syamira Nazir dan Qila Shahirah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kes Mahkamah Tue, 29 Aug 2023
Trending Wed, 25 Jul 2018
Hiburan Mon, 7 Oct 2024

“Bangkit Untuk Mulakan Hidup Baru” – Sherry Ibrahim Harap Fattah Amin Tabahkan Hati 

Mereka pernah rapat, mungkin Sherry tahu apa yang terbuku di hati Fattah. Kita doakan yang terbaik

Featured Mon, 17 Oct 2022
Trending Mon, 4 Jun 2018

Mulut Tempayan Punya Hal, Selebriti Tak Diundang Ke Perkahwinan Meghan Markle

Putera Harry jarang memberitahu Meghan apa yang perlu dilakukan tapi kali ini, dia tegas dengan pendiriannya terhadap Millie.

Selebriti Wed, 26 Jun 2024
error: Content is protected !!