Hiburan By: Fatin Nurain February 2, 2024 @ 4:15pm

‘Ritma & Rima’ Beri Magis Buat Akim, Stacy Untuk Terus Berkarya

Pasangan penyanyi, Akim dan Stacy kembali dengan single terbaharu mereka yang berjudul, Ritma dan Rima.

Meskipun mempunyai fahaman  muzik yang berbeza, Akim dan Stacy (Hang Nadim dan Bunga Cantik) tetap meneruskan magis dalam lagu duet mereka yang dicerna sehabis baik demi memenuhi selera pendengar.

Menurut Stacy, lagu yang turut menerima sentuhan Freddy itu cukup istimewa kerana dihasilkan dari hati, selain melalui proses rakaman yang sangat teliti.

“Idea tercetus apabila saya mendapat inspirasi melodi korus lagu ini dan kemudian menggarap ilham bersama Akim. Manakala, Freddy pula berperanan sebagai ‘arranger, lagu ini.

“Selepas tampil dengan lagu Aku Kau Dan Muzik, kami memang merancang untuk meneruskan momentum magis yang dicipta menerusi duet pertama kami dan akhirnya bertemu arah tuju bahawa muzik yang menyatukan berbezaan kami.

“Lagu ini bercerita mengenai komunikasi kami dengan alam semesta yang mana liriknya menghubung kait dengan fauna, flora, awan dan semua hidupan yang bergerak mengikut rentak serta irama.

“Kelebihan lagu ini kerana alunan setiap bait melodi mengikut tempo dan ritma alam sekali gus menyuntik elemen segar yang mendorong kita agar lebih menghargai hidupan di sekeliling,” kata Stacy.

Lebih menarik lagi, lagu itu juga diterbitkan syarikat mereka, Rhythm & Rhyme Entertainment (R&R Entertainment).

Tambah Akim, dia dan Stacy tidak sangka hasil karya terbaharu mereka itu memberikan nuansa baharu dalam jalur muzik mereka.

Malah, Akim juga sempat berkongsi proses pembikinana muzik video lagu tersebut yang dijalankan di Sik, Kedah pada tahun lalu.

“Stacy ternampak lokasi penggambaran muzik video ini di Tik Tok yang mana bertepatan dengan konsep dan lirik lagu ini. Perjalanan ke Sik, Kedah mengambil masa enam jam dan hendak mendaki kawasan itu pula sekitar sejam.

“Seawal jam 6 pagi lagi kami sudah berada di lokasi kerana ingin merakamkan momen matahari sedang terbit. Anak-anak pun turut serta dan melihat bagaimana kami bekerja.

“Malah, pengalaman hendak sampai ke puncak pun bukan mudah namun hasilnya sangat memuaskan hati.

“Oleh itu saya berharap lagu dan muzik video ini diterima ramai. Saya juga bersyukur dengan sokongan tanpa henti peminat buat kami berdua,” jelasnya.

Sementara itu, Akim turut mengakui kolaborasi kolaborasi terbaharunya ini membuatkan dia dan isterinya, Stacy lebih selesa untuk bekerjasama sebagai komposer.

“Sejujurnya, keserasian menggandakan keselesaan untuk bekerjasama dengan lebih kerap lagi untuk projek seterusnya apatah lagi kami dapat meluangkan masa bersama.

“Proses buat lagu juga bukan mudah, memerlukan masa untuk mendapatkan idea. Jadi, ada ketika kami akan bercuti dan berkaraoke mencari inspirasi. Apabila dapat idea, kami akan bergabung,” katanya.

Single Ritma Dan Rima boleh didengar dan dilanggan di platform digital muzik, manakala lirik video rasmi lagu boleh ditonton di saluran YouTube Rhythm & Rhyme Entertainment.

Dalam pada itu, muzik video lagu itu juga sudah mencatatkan 67,000 tontonan sejak dilancarkan 18 Januari lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 11 May 2021

Nak Duit Raya? Jom Menabung…. PTPTN Tawarkan Duit Raya RM200,000 Buat 500 Pemenang!

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini kembali dengan Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2021. Kempen ini layak untuk semua pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dengan tawaran hadiah lebih menarik untuk dimenangi. Pengerusi PTPTN […]

Trending Wed, 17 Jun 2020

Cukup Sayu, Cucu Bagi Bantuan CPR Demi Selamatkan Nenek Dijangkiti Covid-19

Semoga yang baik-baik sahaja buat keluarga pemuda ini.

Featured Wed, 22 Mar 2023
Trending Thu, 4 Nov 2021

Hazman Al-Idrus Kembali Dengan Aura

Penyanyi dan pelakon Hazman Al-Idrus melancarkan single terbaharu berjudul Aura sebagai ‘comeback’ dan juga hadiah buat peminat yang setia menantinya kembali aktif ke dunia nyanyian. Lagu Aura yang berentak rock ini adalah seratus peratus hasil […]

Hiburan Wed, 19 Dec 2018

Popular Sekelip Mata Di Indonesia, Nissa Sabyan Masih Terkejut

Dengan pengikut seramai lebih 8 juta di Instagram, populariti Nissa sebagai penyanyi lagu dakwah dikagumi ramai.

Trending Tue, 17 Jul 2018

No More GST but SST to Make Comeback

The Sales and Service Tax will be back soon.

Hiburan Mon, 4 Dec 2023

Didakwa Malu Guna Bahasa Melayu Dalam Lagu, Hilang Jati Diri? Dolla Ada Misi Tersendiri

Tak baik cakap macam tu! Dah cukup bagus dah Dolla harumkan nama Malaysia 🇲🇾🇲🇾

Featured Mon, 25 Oct 2021
Trending Fri, 17 Jul 2020