Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir February 4, 2024 @ 10:41am

Titip Rasa Syukur, Sharifah Amani Umum Bakal Timang Cahaya Mata Pertama!

Pelakon Sharifah Amani dan suami, Ahmed Faris berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.

Menerusi hantarannya di Instagram, Amani menyatakan rasa syukur ke atas rezeki zuriat yang dikurniakan.

“Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.

Di dalam video tersebut, Amani dan suami berkongsi momen-momen ketika memberitahu tentang kehamilannya kepada ahli keluarga, rakan-rakan artis dan sahabatnya.

Rata-rata mereka kelihatan terkejut dan gembira setelah mengetahui berita baik itu.

Namun, Amani atau nama sebenar Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 37, tidak berkongsi secara terperinci tentang kehamilannya.

Meninjau di ruangan komen, pelakon filem Sepet ini dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti dan peminatnya.

Malah, mereka juga turut mendoakan agar urusannya dipermudahkan sepanjang proses kehamilan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharifah Amani (@sharifah_amani)

Untuk rekod, Amani dan Ahmed Faris mendirikan rumah tangga pada 10 September 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Trending Tue, 12 Jun 2018

Netizen Berang, Kisah Sebenar Awek Dipukul Kekasih Durjana Viral!

Kisah sebenar video itu didedah oleh rakan baik lelaki berkenaan. Lantas, membuatkan netizen naik berang dengan alasan yang diberikan.

Featured Tue, 8 Nov 2022
Events Tue, 12 Dec 2017

CHECK OUT MALAYSIA’S VERY FIRST PASTRY FESTIVAL!

If you love all things bread, cake, pie and pastry, then get your butt over to the Academy Pastry Festival Malaysia 2017.

Trending Tue, 16 Feb 2021
Hiburan Fri, 24 Nov 2017

“NAK KAHWIN TAK?” FATTAH AMIN

semua sedia maklum bahawa Fattah Amin dan Fazura telah mengumumkan yang mereka telahpun mengikat tali pertunangan pada 13 November lalu sebelum kedua-duanya berangkat untuk menunaikan ibadah Umrah bersama keluarga.

Trending Sun, 25 Aug 2019

Duit USD101,500 Disamun Sewaktu Pertukaran Wang

Bukan setakat cedera kerana bertumbuk, duit pula disamun sewaktu kejadian

error: Content is protected !!