Euforia Bola 2026
Konsert By: Maya Basir February 5, 2024 @ 5:59pm

Sajikan Dengan Pelbagai Kejutan, Konsert Lovechestra Mahalini Live in KL Buat Penonton Terpukau!

Konsert Lovechestra Mahalini yang diadakan di Megastar Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur mendapat sambutan meriah daripada penonton, pada Sabtu.

Tema konsert ‘Lovechestra’ (love & orchestra) ini diiringi oleh kumpulan orkestra seramai 20 orang pemuzik profesional tempatan yang terpilih dan pengarah muzik khas dari Indonesia iaitu Ronald Steven, Adrian Kitut, Raymond Aditya dan Dennis Nusi.

Kemeriahan dapat dirasai dengan nyanyian bersama daripada penonton menerusi lagu-lagu hits Mahalini antaranya Sisa Rasa, Melawan Restu, Kisah Sempurna, Bohongi Hati dan Sial.

Tidak dirancang, Mahalini menjemput penyanyi Aisha Retno yang berada di bahagian penonton untuk berduet bersamanya di atas pentas.

Penonton juga terpukau dengan persembahan Mahalini di atas buaian dan tergantung di udara dengan berlatarbelakangkan video pertunangannya bersama Rizky Febian menerusi lagu Kisah Sempurna.

Bukan itu sahaja, konsert Lovechestra ini diserikan lagi dengan jemputan khas penyanyi Rizky Febian mendedangkan beberapa lagu dan berduet bersama Mahalini.

Meskipun mengalami sedikit masalah teknikal, keserasian dan kemesraan pasangan ini mendapat sorakan riuh daripada penonton.

Pada malam itu, Mahalini menyanyikan lagu yang ditujukan kepada mendiang ibunya, Ni Nyoman Serini menerusi lagu Sisa Rasa membuatkan penonton di dewan Megastar Arena mengalirkan air mata.

Selain itu, penonton dikejutkan lagi dengan kemunculan Mahalini di bahagian kerusi vvip dan vip dengan mempersembahkan lagu terakhirnya yang berjudul Sial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Konsert Lovechestra yang berlangsung selama dua jam ini sememangnya meninggalkan kenangan yang indah buat penonton-penongon yang hadir pada malam itu.

Kredit foto: Joeprcpublicist

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Aug 2024
Drama Thu, 25 Aug 2022
Featured Wed, 8 Jan 2025
Featured Wed, 3 Dec 2025

Bapa Tiri Shila Amzah Titip Ucapan Penuh Kasih Buat Isteri – “Thank You Sayang Sentiasa Menemani Dalam Setiap Usaha”

Shila Amzah sekali lagi menyorot perhatian ramai apabila menitipkan ucapan penghargaan dan kasih buat isterinya menerusi hantaran di media sosial.

Featured Thu, 12 Mar 2026

Terima 236 Juta Penstriman, Lagu ‘Masing Masing’ Ernie Zakri & Ade Govinda Diiktiraf Asia Book Of Records

Karya hit ‘Masing Masing’ nyanyian Ernie Zakri terus mencatatkan sejarah apabila berjaya meraih lebih 236 juta penstriman menerusi paltfrom Spotify.

Trending Mon, 15 Feb 2021

Orang Awam Kini Boleh Mendaftar Vaksin Covid-19 Menerusi 5 Kaedah Ini

Okay gaisss, dah boleh semak apakah kaedah yang perlu dilakukan…

Trending Wed, 28 Oct 2020
error: Content is protected !!