Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 8, 2024 @ 1:11pm

Tersipu Malu Kongsi Tentang Kekasih Hati, Johan As’ari Rahsiakan Tarikh Pernikahan – “Saya Nak Buat Kejutan”

Pelakon, Johan As’ari sehingga kini masih mengunci mulut berkenaan identiti wanita yang bertakhta dihatinya iaitu ‘Miss N’.

Sebelum ini, Johan terpaksa menangguhkan majlis pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 3 Disember lalu atas beberapa masalah peribadi.

Bagaimanapun, Johan memilih untuk merahsiakan tarikh pernikahan baharu dan akan mengumumkan perkara tersebut pada waktu yang sesuai.

“Saya nak ucapkan terima kasih kerana mengambil berat. Insya-Allah, akan ada kejutan dan akan beritahu bila sampai masanya nanti.

“Saya tak akan sorok, wajah bakal isteri juga akan saya dedahkan selepas berkahwin nanti. Terima kasih atas doa baik-baik diberikan,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, aktor drama rantaian popular Juvana menerusi watak Botak ini menafikan dakwaan enggan barkongsi gara-gara bimbang terhadap penyakit ain.

“Bukanlah sebab takut dengan penyakit ain. Lagipun pada zaman media sosial ini, lebih bagus rasanya kalau saya ambil langkah berhati-hati,” ujarnya lagi.

Johan berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan dan sesi ramah mesra bersama pelakon drama rantaian, Menanti Senja di Sentul, pada Selasa.

Dalam pada itu, Johan meluahkan rasa syukur atas peluang untuk memegang watak utama dalam drama Menanti Senja menerusi slot Samarinda, TV3 serta memuji kesungguhan pendatang baharu dalam bidang lakonan.

“Pelakon baru mereka ni semua ada aura positif dalam diri. Bila di set penggambaran, mereka buat sehabis baik.

“Saya sokong kehadiran mereka dalam industri dan kena sentiasa beri peluang. Kita perlu saling menyokong antara satu sama lain,” tuturnya.

Sekadar info, selain Johan, drama Menanti Senja terbitan Anomali Media & Production turut dibintangi oleh Trisha Ooi, Faizal Hussein, Khatijah Tan, Kodi Rasheed, Natasya Mahyan, Sherie Merlis dan ramai lagi.

Artikel Berkaitan: Empat Tahun Sembunyikan Kisah Cinta, Johan As’ari Bakal Akhiri Zaman Bujang Hujung Tahun Ini

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Tindak Balas Johan As’ari Yang Hampir Terpeluk Afifah Nasir -“Masih Tetap Jaga Batas…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Dec 2019

Empat Protege Mara Ke Final Mentor Milenia 2019, Tahniah!

Tahniah buat semua protege yang berjaya ke pentas final Mentor Milenia 2019!

Hiburan Wed, 6 Dec 2017

余文乐结婚啦!彭于晏搞笑P走新娘献祝福

余文乐5日晒出婚礼现场照宣布结婚,与台湾“皮带大王”千金王棠云(Sarah)走入婚姻殿堂!他好友也是外界戏称的「绯闻男友」彭于晏也飞到墨尔本见证婚礼。

Drama Sat, 20 Apr 2024
Hiburan Fri, 25 Jul 2025

“Mata Tiba-Tiba Merah, Hidung Berdarah Di Set” – Zarif Ghazzi Tepis Dakwaan Kena Penyakit Ain

Kerap sakit sebelum mula shooting, Zarif Ghazzi tepis dakwaan kena penyakit ain

Hiburan Fri, 21 Nov 2025
Hiburan Tue, 13 Nov 2018

Betul! Fasha Sandha Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat

Marilah kita sama-sama tunggu gambar terbaharu dari Fasha dan Aidil okay!

Hiburan Sun, 2 Jun 2019
error: Content is protected !!