Hiburan By: Padin February 7, 2024 @ 1:33pm

Hasrat Gabung Pemuzik 3 Negara Tak Jadi Nyata, Osem Han Teruskan Supernova Secara Solo

Selepas kejayaan single lagu pertama, Pilihanku, penyanyi kelahiran Singapura, Osem Han tampil pula dengan single lagu kedua berjudul Supernova.

Supernova diciptakan oleh Osem bersama temannya yang juga seorang gitaris, Alif Putra mengisahkan tentang semangat perjuangan diri untuk tidak mudah berputus asa dalam kehidupan.

Menurut Osem, Supernova begitu istimewa buat dirinya kerana ia sebuah nasihat dan motivasi yang berguna buat semua lapisan masyarakat.

“Seperti makna Supernova iaitu api yang paling panas dan cahaya yang paling terang, api itu adalah semangat dan cahaya itu harapan. Dan ia sesuai untuk seluruh lapisan masyarakat. Kerana itu juga terdapat kanak-kanak dalam babak muzik video Supernova.

“Selain motivasi pemberi semangat, sisi lain lagu ini juga ada unsur-unsur persahabatan dan realiti kehidupan masa kini,” katanya.

Muzik video Supernova diarahkan oleh Amylea Azizan.

Dalam pada itu, Osem mendedahkan dia sepatutnya menjayakan Supernova secara berkumpulan membabitkan dua lagi ahli muzik popular dari negara Malaysia dan Indonesia.

Namun, kerana kegagalan memenuhi komitmen tertentu, Osem meneruskan Supernova secara solo.

“Ketika mencipta Supernova, saya membayangkan lagu ini dipersembahkan secara berkumpulan dan ahli kumpulan saya ketika itu juga bukan calang-calang orangnya.

“Siap dah bikin muzik video bersama lagi, tetapi nak buat macam mana kan, kerana komitmen masing-masing sehingga sukar menguruskan jadual untuk disatukan bersama, kami mengambil langkah untuk tidak meneruskan hasrat tampil berkumpulan.

“Muzik video yang sudahpun siap untuk ditayangkan juga terpaksa disunting semula agar ia bersesuaian dengan konsep persembahan solo,” tuturnya.

Tahun lalu, selepas 30 tahun terbabit dalam dunia seni muzik, Osem memberanikan diri tampil dengan single pertamanya berjudul Pilihanku.

Pilihanku berjaya menembusi carta Radio Ria Singapura menduduki tangga kesembilan. Malah Pilihanku masih lagi diputarkan di radio-radio Singapura sehingga kini.

“Sejujurnya saya sendiri tidak sangka single pertama saya mendapat sambutan yang sangat baik di Singapura tanpa sebarang promosi.

“Pada mulanya saya tidak yakin ia mampu menjadi hits dan sambutan yang menggalakkan itu buatkan saya lebih yakin untuk meneruskan ciptaan single lagu kedua pula iaitu Supernova,” ujarnya.

Sementara itu, Supernova sudah boleh dimuat turun di semua pelantar digital termasuklah di youtube Seventeen Eleven yang kini berjaya meraih kira-kira hampir 60,000 tontonan sejak dilancarkan 19 Januari lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 7 Jul 2022
Featured Wed, 29 Jun 2022

“Saya Bukan Jenis Berdendam” – Bekas Suami Lufya Nafi Terlibat Dalam Kes Pukul & Cubaan Culik Anak

Selagi tak ada bukti yang kukuh, jangan suka-suka je fitnah orang, kang tak pasal-pasal kena saman!

Selebriti Tue, 17 Oct 2023

“Ustaz Zaman Kini Ada Yang Aneh-Aneh” – Isu Akad Nikah Tak Sah, Fasha Sandha Pertahan Sabri Yunus, Angeline Tan

Diorang dah bernikah. Apahal kamu nak menuduh-nuduh pula ni – Fasha Sandha

Hiburan Tue, 11 Jun 2019

Universal Music Malaysia Ungguli Carta Muzik Malaysia Aidilfitri Ini

Universal Music Malaysia (UMM) ungguli carta muzik Malaysia pada musim raya ini dengan lagu hit terkini & lagu raya klasik nyanian lagenda seperti Tan Sri P Ramlee, Saloma, Sudirman, M.Nasir, Sharifah Aini & Faizal Tahir.  […]

Hiburan Wed, 3 Jan 2024
Featured Mon, 28 Mar 2022

Sah Jadi Isteri, Natasha Hudson Mohon Doa Kesejahteraan Perkahwinan Kali Ini

Alhamdulillah, Tahniah Natasha! Kita doa yang baik-baik ya.. 😍