Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 8, 2024 @ 2:21pm

Marissa & Aslam Kahwin 27 Disember lalu, Norman Hakim & Abby Abadi Tak Beri Restu?

Berita perkahwinan anak kepada pasangan pelakon popular, Norman Hakim dan Abby Abadi kembali hangat diperkatakan apabila timbulnya dakwaan mengatakan Marissa Dania Hakim telahpun berkahwin dengan kekasih hatinya, Ahmad Aslam pada 27 Disember lalu, di Songkhla, Thailand.

Memetik sumber kepada mStar, Aslam dan Marissa telah melangsungkan perkahwinan secara senyap ketika isteri pertamanya sedang melakukan ibadah umrah.

Tambahnya, perkahwinan tersebut terjadi apabila Marissa mengajak Aslam untuk menghalalkan hubungan mereka selepas lelaki itu kembali rujuk bersama Misya dalam tempoh idah seperti yang tular sebelum ini.

“Mereka bernikah pada 17 Disember ketika Misya berada di Makkah. Sehari selepas Misya pulang, Aslam ada bertemu dengannya.

“Aslam juga sudah memberitahu Misya bahawa dia dan Marissa mahu berkahwin.

“Marissa yang mengajak mereka untuk berkahwin selepas Aslam rujuk semula dengan Misya pada Oktober tahun lalu,” katanya.

Sumber menambah, perkahwinan yang berlangsung secara senyap itu bagaimanapun diketahui pihak keluarga kedua-dua belah pihak.

Malah, Abby dan Norman juga sudah bertemu empat mata dengan keluarga Aslam danberbincang mengenai perkahwinan tersebut.

Bagaimanapun, pasangan pelakon itu tidak bersetuju dan meminta anak mereka untuk  berpisah.

Difahamkan juga, Aslam dan Marissa masih belum mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah di Malaysia.

“Ada perjumpaan keluarga selepas dapat tahu mereka bernikah di Thailand.

“Keluarga Marissa tidak bersetuju dengan pernikahan itu dan meminta mereka untuk berpisah.

“Bagaimanapun, Aslam dan Marissa tidak dapat menerima cadangan itu dan enggan berpisah seperti yang diminta,” ulasnya.

Sementara itu, hubungan Aslam dan isteri pertamanya didakwa kembali rentak selepas perkahwinan tersebut.

“Bagaimanapun Aslam dan Misya masih bergelar suami isteri yang sah, sekaligus Misya dan Marissa kini berstatus madu.

“Bahkan dikhabarkan, hubungan Aslam dengan isteri pertamanya tidak seperti sebelum kehadiran Marissa,” jelasnya.

Setakat ini, Marissa, Aslam, Norman dan Abby dilihat masih mengunci mulut mengenai kontrovesi yang timbul.

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 16 Jul 2020
Hiburan Sun, 14 Oct 2018

RESPECT! Bila Konduktor Muzik Terkenal Bongkar Rahsia Khai Bahar Yang Orang Lain Tak Tahu

Saya kata dasat hang Khai. Depa kenai hang dan tahu bila hang sampai sini. Banyak paparazi ni…Itulah kuasa laman sosial.

Featured Sat, 24 May 2025

Pempengaruh Ditahan Polis Hantar Mesej L*cah Pada Remaja Bawah Umur

Lelaki berusia 22 tahun itu ditangkap bagi membantu siasatan.

Trending Fri, 11 Jun 2021
Featured Wed, 15 Feb 2023
Trending Wed, 27 Nov 2019

#CantixGiveaway Do You Know That Centella Asiatica Is Actually A Fancier Name For ‘Pegaga’?

So the current raved about skin care ingredient Cantella Asiatica is actually something that we’ve so accustomed to?

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Heroin Winter Sonata, Choi Ji Woo Bakal Timang Cahaya Mata Pertama!

Lama tak nampak kemunculan Ji Woo di kaca tv kan?

error: Content is protected !!