Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 15, 2024 @ 2:51pm

Lebih Setahun Tanggung Derita, Nadia Annuar Kongsi Perit Melalui Fasa Kehilangan Anak – “Dia Hidup, Tapi Saya Langsung Tak Boleh Jumpa…”

Bekas pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI), Nadia Annuar berkongsi pengalaman perit berdepan konflik kehilangan hak penjagaan anak, Mohamad Aaron Erwin daripada perkahwinan pertamanya.

Jelas Nadia, dia menanggung kesedihan lebih setahun sehingga fikirannya terganggu dan terpaksa bergantung kepada ubat tidur.

Lebih menyayat hati, Nadia berkata dia tidak dibenarkan sama sekali untuk berjumpa bahkan tidak dapat menyentuh anaknya itu, malah langsung tidak mengetahui tentang kehidupan Aaron.

“Bagi saya, kehilangan paling besar dalam hidup adalah kehilangan anak. Bukan sebab meninggal dunia, tapi penceraian. Saya tak dapat bawa anak saya bersama dan terpaksa meninggalkannya pada waktu itu.

“Saya menanggung derita lebih setahun. Dia hidup tapi saya tak dibenarkan untuk jumpa dia, tak dapat peluk,, sentuh dia.. Saya langsung tak tahu apa-apa khabar mengenai diri dia.

“Itu adalah kehilangan terbesar dalam hidup sehingga saya tak boleh tidur malam sebab terlalu banyak berfikir,” katanya dengan linangan air mata.

Mengulas lebih lanjut, Nadia menjelaskan fikirannya terganggu gara-gara memikirkan tentang keselamatan anaknya.

“Saya risau sekiranya anak saya terjatuh tangga atau tak ada orang tengokkan, beri makan dan saya tertanya boleh ke orang sayang dia seperti mana saya sayang dia?

“Saya juga terpaksa ambil ubat tidur. Orang luar ingat fasa ini mudah, lebih lagi, anak saya baru berusia tiga tahun. Saya tak boleh mengambilnya atas beberapa sebab yang saya tak boleh sebut.

“Saya tak ada kuasa. Tapi, apa yang berlaku banyak memberi pengajaran kepada saya. Kini, saya gembira fasa itu sudah pun berlalu, anak saya pun dah besar,” ujarnya menerusi sebuah podcast dikendalikan oleh selebriti, Mimi Fly.

Sementara itu, Nadia bersyukur anaknya yang kini berusia 16 tahun sama sekali tidak pernah menyalahkannya, malah dia amat memahami keputusan ibunya itu.

Anak kepada usahawan Zaiton Hassan atau lebih mesra disapa Kak Ton itu berkata dia tidak pernah mendedahkan penderitaan tersebut kepada umum kerana berpegang teguh kepada prinsip untuk kekal positif.

“Anak saya tak pernah salahkan saya kerana tahu apa yang berlaku. Dia cakap kepada saya, jika dia berada dalam kedudukan saya, dia pun akan lakukan perkara yang sama.

“Anak minta saya tak risau kerana kehidupannya baik-baik sahaja. Selama ini, saya tak kongsikan perkara ini secara terbuka kerana lebih suka menunjukkan kehidupan positif.

“Bagi saya, apa yang terjadi dalam hidup pasti ada bahagian positif kerana itu memang menjadi prinsip hidup saya.

“Macam sebiji telur, saya hanya bagi orang nampak bahagian elok sebab saya nak orang belajar benda positif,” katanya lagi.

Terdahulu, Nadia mendirikan rumah tangga bersama Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyasdi, namun mereka berpisah pada Oktober 2010.

Nadia kemudian mendirikan rumah tangga bersama Hafiz Salleh pada November 2015.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Dya Naylaa, 8, namun jodoh mereka tidak panjang dan berpisah, tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Tak Mahu Dilabel Penyondol, Nadia Annuar Tolak Lelaki Berstatus Suami Orang – “Boleh Faham Kepedihan Isteri Bila Suami Dirampas”

Artikel Berkaitan: Cermin Kereta Dipecah, Nadia Annuar Dirompak Dua Individu Menaiki Motorsikal – “Saya Sangat Terkejut… Tak Sempat Buat Apa”

Artikel Berkaitan: “Tak Semua Perkahwinan Berakhir Sebab Salah Satu Pihak Jahat!” – Nadia Annuar Kesal Dituduh Diri Bermasalah Punca Bercerai Kali Ke-2

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Jul 2019
Trending Mon, 20 Apr 2020
Replicated Draft Fri, 8 Mar 2024

Sambil Shopping Raya Pun Boleh Jana Pendapatan Sampingan Dengan GM Klang. Bestnya!

Menjelang bulan Ramadhan mesti ramai yang dah merancang nak buat persiapan untuk raya betul tak? Takut nanti dah mula berpuasa tak larat nak beriya sangat shopping kan?. Buat korang yang dah mula tercari-cari tempat untuk […]

Trending Tue, 17 Apr 2018

Terlebih Lena Dalam Teksi, Polis Terpaksa Kejut Penumpang ‘Tidur Mati’!

Selepas beberapa minit cuba mengejutkan lelaki itu, pemandu teksi mengambil keputusan membawanya ke Balai Polis Sikamat kerana dia tidak tahu alamat rumahnya. 

Featured Tue, 30 Jan 2024
Trending Fri, 10 Aug 2018

Tular Video Datuk Seri Aliff Syukri Menghukum Anaknya

Dato Aliff kongsikan video menunjukkan beliau menghukum anaknya kerana tegas mendidik untuk kebaikan mereka.

Hiburan Thu, 23 Mar 2023

Khas Ramadan Ini: Seleksi Rancangan Wajib Tonton Untuk Seisi Keluarga

Masa bersama keluarga dengan hiburan berkualiti!

Hiburan Wed, 12 Jul 2023

Mat Tudung Begins, Filem Pertama Arahan Fizz Fairuz

Mesti kelakar terbahak bahak ni