Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 19, 2024 @ 5:24pm

Kental Digelar Band Kampung, Slam Bakal Beraksi Di DFP 8 Jun Ini!

Kumpulan Slam berkongsi rasa teruja untuk beraksi di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) buat julung kali, pada 8 Jun ini.

Menurut Zamani selaku vokalis kumpulan itu, konsert tersebut turut dianggap sebagai penghargaan sepanjang lebih tiga dekad dalam industri muzik.

“Bila pihak DFP beri kepercayaan untuk Slam beraksi di pentas berprestij ini, maksudnya mereka menerima konsep muzik yang dibawakan,” katanya.

Selain Zamani, Slam turut dianggotai Shah (gitar), Eddie (keyboard), Man (dram) dan Lili (bass).

Sebelum ini, Zamani turut berkongsi mereka tidak kisah digelar sebagai band kampung atau ‘leman’ kerana selaras dengan konsep lagu yang disampaikan sejak dulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gelaran ‘Kampung’ Tak Beri Kesan Pada Slam – “Itu Maksudnya Peminat Faham Konsep…”

Sementara itu, Zamani juga sempat berkongsi perkembangan terkini kesihatannya yang dikatakan dalam keadaan baik.

Pelantun lagu Gerimis Mengundang itu turut menyatakan dia telah menjayakan dua konsert selepas menjalani pembedahan tulang belakang sebelum ini dengan lancar.

Malah, vokalis kumpulan itu juga yakin segalanya akan berjalan lancar kelak dan bersiap sedia sekiranya ada sesuatu berlaku ketika sesi latihan nanti.

“Alhamdulillah, kesihatan saya baik setakat ini dan saya harap semuanya okay pada malam konsert nanti. Namun, saya akui keadaan kesihatan tidaklah berada pada tahap 100 peratus baik tapi bolehlah.

“Setakat ini, semuanya okay sahaja kerana saya juga menyanyi setiap hari jika tidak susah nak cari momentum itu semula.

“Stamina perlu ada tapi kalau dibantu dengan aspek teknikal yang baik, insya-Allah semua boleh,” katanya.

Slam bakal menyampaikan sebanyak 16 lagu di mana separuh darinya tidak pernah dipersembahkan sebelum ini seperti Suratan, Warna Kehidupan, Malam & Semalam, Rahsia Alam dan sebagainya.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket konsert dengan harga bermula dari RM188 hingga RM548 di laman sesawang  www.dfp.com.my.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Oct 2022

“Ada Yang Akan Pantau Saya” – Selepas Dikejarkan Ke Hospital Ogos Lalu, Ako Mustapha Kongsi Keadaan Terkini

Pelakon dan penerbit, Ako Mustapha berkongsi keadaan terkini kesihatannya selepas dikejarkan ke hospital kerana kekurangan insulin dalam badan pada Ogos lalu. Menghidap penyakit diabetis sejak 2016, Ako mendapatkan rawatan kerana saraf serta otot tidak dapat […]

Featured Thu, 27 Nov 2025

Remy Ishak Tegur Peminat Jual Nama Saudara Mara Minta Izin Nak Ambil Gambar – “Kalau Minat Biar Mereka Datang Jumpa Saya”

Remy Ishak menegur segelintir peminatnya apabila ramai yang ‘menjual’ nama saudara-mara mereka setiap kali mahu mengambil gambar bersamanya.

Trending Wed, 6 Jul 2022

Mira Filzah Sedih Berjauhan Dengan Anak, Bakal Bekerjasama Dengan Neelofa

Mira Filzah sukar berjauhan dengan anak, kongsi bakal bekerjasama dengan Neelofa.

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

#Mentor7 : Akur Pilihan Siti Nordiana, Mimi Mahu Cuba Nasib Lagi Tahun Depan

Syamimi juga merupakan anak didik penyanyi Amir Ukays di mana dia sering mengadakan persembahan bersama di majlis-majlis perkahwinan.

Featured Tue, 6 Aug 2024
Trending Tue, 16 Mar 2021
Hiburan Sat, 2 Mar 2019

Ameer Forteen Kini Berstatus Suami, Selamat Pengantin Baru!

Semoga bahagia hingga ke Jannah, Amin!

error: Content is protected !!