Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 18, 2024 @ 5:57pm

[VIDEO] Terkejut Nama Anak Dipanggil, Siti Sairah Bangga Umairah Nyanyi Sepentas Dengan Cakra Khan

Penyanyi, Siti Sairah Tarudin meluahkan rasa bangga terhadap anak perempuannya, Umairah yang tampil berani untuk menyanyi duet bersama penyanyi terkenal Indonesia Cakra Khan di konsert A Decade Cakra Khan Kuala Lumpur 2.0, semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram, adik kepada biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini tidak menyangka maestro popular, Datuk Ramli MS atau mesra disapa Tok Ram akan memanggil anaknya untuk menjadi pasangan duet bagi menyanyikan lagu Seluruh Cinta nyanyian Cakra bersama ibu saudaranya.

“Serius… Terjekut juga bila Tok Ram sebut nama Umai untuk nyanyi  berduat dengan Cakra Khan.  Umai datang sebagai penonton dan peminat abang Cakra Khan,” katanya.

Sementara itu, Sairah juga berkata duet tersebut berlaku secara spontan, malah dia juga tidak dimaklumkan apa-apa mengenai perkara tersebut.

“Semua ni secara spontan. Dalam konsert besar, semuanya kena persediaan. dan saya pun tidak diberitahu apa-apa. Tapi kejutan yang tak sangka. Ibu bangga dengan kakak,” katanya lagi.

Kejutan tersebut berlangsung ketika Cakra bertanya kepada penonton sekiranya ada dalam kalangan mereka mahu menjadi pasangan duet untuk membawakan lagu Seluruh Cinta, namun Tok Ram memetik nama Umairah yang merupakan protegenya.

Malah, ketika sidang media berlangsung usai konsert Cakra berkata dia juga terkejut kerana pada awalnya sudah merancang untuk menyanyikan lagu tersebut secara solo.

Cakra bagaimanapun memuji Umairah mempunyai vokal yang sangat luar biasa

“Duet dengan Umairah satu kejutan kerana awalnya saya dah bersedia untuk menyanyi sendiri. Kami tak ada reharsal..

“Luar biasa suaranya. Saya sangat terkejut, tiada dlama perancangan kami. Tapi Alhamdulillah, semuanya sukses!,” katanya pada malam tersebut.

@xtra_my

Replying to @Mr A Mestilah ada! Cakra & Umai tak rehearsal pun tau tapi dua dua hebat 😭 Bravo Umai! 👏🏻 #fyp #cakrakhan #seluruhcinta #seluruhcintasitihurhaliza #xtramy #sembangentertainment #konsertcakrakhan #cakrakhanliveinkl

♬ original sound – XTRA – XTRA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga meluahkan rasa kagum terhadap gadis berbakat besar berusia 13 tahun ini atas kejayaan membawa lagu Seluruh Cinta dengan baik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 7 Nov 2020
Featured Fri, 20 Jan 2023

Miliki 1.3 Juta Followers, Nadin Amizah Tidak Rasa Zaman Muda Sia-Sia – “Lebih Banyak Berkat Dan Rezekinya…”

Ayu dan bijak berkata-kata.. Tak sabar nak tengok Nadin Amizah beraksi esok!

Featured Thu, 18 Dec 2025

Kamal Adli Dakwa Isteri ‘Tak Waras’, Uqasha Senrose Tampil Pertahan Diri – “Macam-Macam Saya Kena! Saya Hanya Dibenar Duduk Dalam Bilik Sebab…”

Pelakon Uqasha Senrose akhirnya tampil bersuara bagi mempertahankan diri susulan kenyataan suaminya, Kamal Adli, yang mendakwa dirinya tidak waras.

Hiburan Mon, 12 Feb 2018

MALUKAN MALAYSIA, ALIFF SYUKRI DIMINTA JANGAN JADI BODOH!

Aksi itu seterusnya menimbulkan kemarahan sesetengah pihak yang menganggap Dato Aliff Syukri hanya memperbodohkan diri beliau tiap kali berada di luar negara

Hiburan Fri, 28 Sep 2018

Apa Lagi Elfira Loy Nak?

Wah, El memang cantik pun

Hiburan Thu, 30 Aug 2018

HaHa Under Fire For Making Extremely Rude Gesture on Live Broadcast

The gesture he made is far worse than the middle finger!

error: Content is protected !!