Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 19, 2024 @ 1:22pm

[VIDEO] Netizen Dakwa Beli Rumah Baru Pakai Duit Bekas Keluarga Mentua? Puteri Sarah Liyana Tampil Beri Respons

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana terkejut apabila timbul gosip liar mendakwa rumah baharunya hasil pemberian keluarga mentua, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.

“Gosip je lah. Katanya bekas keluarga mentua belikan rumah,” kata netizen itu.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Puteri Sarah menafikan dakwaan tersebut sekaligus mempertahankan diri mengatakan dia membeli rumah tersebut hasil titik peluh mencari rezeki selama ini.

“Hah? Kenapa pulak bekas mentua nak belikan saya rumah? Diorang dah tak ada kena mengena dengan saya dah. Saya beli sendiri dengan duit sendiri.

“Kita kerja, ada duit sendiri kenapa nak kena harapkan orang. Siapa yang gosip tu tak baik tau.. penat kita kerja siang malam, tidur tak cukup. makan tak kenyang mandi tak basah,” katanya.

Sementara itu, aktres jelita drama rantaian Suri Hati ini berkata dia sedang mencari rumah ‘landed’ yang berdekatan dengan mamanya, Paridah Puteh.

Jelas bekas isteri pengarah sensasi, Syamsul Yusof ini dia tidak boleh berjauhan daripada mamanya kerana Paridah juga membantu dalam menguruskan anak-anak Puteri Sarah.

“Sekarang saya duduk di condo, tapi dalam masa sama nak cari rumah landed, guarded and gated.

“Saya pindah ke rumah yang leibh besar, selesa. Ada rezeki lebih sikit, tujuannya memang nak bahagiakan anak anak.

“Saya nak cari rumah yang dekat dengan rumah mama saya. Ada di kawasan itu cuma mahal sikit. Tapi tak apa, perlahan-lahan. kita naikkan bisnes dulu, kumpul duit. berjimat.

“Saya tak boleh jauh dari mama saya sebab kadang pergi shooting balik lambat, jadi mama la yang tolong ambil dan hantar ke sekolah, bawa diorang ke rumah mama,” katanya.

@xtra_my

Ini penjelasan Puteri Sarah ❤️ #fyp #xtramy #puterisarahliyana #beli #rumah #baru #duit #bekas #mertua #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Puteri Sarah berkata demikian dalam video siaran langsung TikTok yang disunting ke aplikasi YouTube, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: “Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya”- Puteri Sarah

Artikel Berkaitan: “Alamak! Ini Salah Faham Besar” – Isu Komen Puteri Sarah Bakal Kahwin, Nurul Shuhada Perjelas Situasi Sebenar

Artikel Berkaitan: Tunjuk Koleksi Tudung, Cincin Di Jari Manis Puteri Sarah Pula Curi Perhatian… Netizen Dakwa Hadiah Dari Teman Istimewa? – “Dah Kena Lamar Ke?”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Menangis Dikritik Gelaran Janda, Andi Arsyil Pujuk Beri Kata Semangat! – “Tolong Jangan Hina, Buli..”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 Oct 2023

“Ijazah Terbaik Datang Dari Jalanan” – Ajak Shiro Nafi Kelayakan Akademik Untuk Bergelar Pengarah

Ilmu ada di mana-mana! Yang penting, keinginan dan pengorbanan untuk belajar!

Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Did BTS’ Jin Lose a Bet? WTF is He Wearing?!

Big Hit Entertainment even released a statement regarding his outfit!

Featured Sun, 22 Dec 2024
Featured Tue, 2 Feb 2021
Hiburan Mon, 21 Jul 2025
Hiburan Thu, 30 Aug 2018

Ikhwan Mengaku Rindu Nak Masuk Konti

Dalam perkembangan lain, Ikhwan kini aktif dalam bidang lakonan di mana dia sedang bersiap sedia untuk masuk ke set penggambaran sebuah drama.

Hiburan Sun, 1 Dec 2019

首次来马开唱!莫文蔚「绝色」演出

曾多次举办巡回演唱会,莫文蔚对于首次正式将演唱会移师大马感到非常兴奋,直呼这个第一次来得有点太晚!

error: Content is protected !!