Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: SGMS Faida June 28, 2018 @ 7:09am

Jangan Bazir Makanan, Alam Flora Kutip 22,000 Tan Sisa Makanan!

Wow! Alam Flora Sdn Bhd mengumumkan sebanyak lebih 22,000 tan metrik sisa domestik, pukal dan kebun dikutip dalam tempoh 10 hari pertama bulan Syawal.

Tiga lokasi yang terlibat adalah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Zain Hassan berkata jumlah kutipan sisa berkenaan turut mencatat penurunan hampir 1,700 tan metrik berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.


“Daripada jumlah keseluruhan sampah yang dikutip, hampir 70 peratus adalah sisa makanan yang menjadi penyumbang terbesar, manakala selebihnya sisa pukal dan sisa kebun.

“Penurunan kutipan mungkin disebabkan ramai warga kota masih menyambut Aidilfitri di kampung masing-masing dan jumlah kutipan dijangka meningkat pada minggu berikutnya apabila aktiviti rumah terbuka giat berlangsung terutama pada hujung minggu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tabiat pembaziran semasa menghadiri majlis rumah terbuka dapat dielakkan sekiranya masyarakat mengamalkan konsep 5R iaitu Refuse (menolak), Reduce (mengurangkan), Reuse (guna semula), Recycle (kitar semula) dan Recovery (pemulihan/diperbaharui).

Contohnya, tuan rumah dinasihat menggunakan pinggan mangkuk yang boleh dicuci dan diguna semula serta memastikan anggaran jumlah makanan yang disediakan kepada tetamu tidak berlebihan.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Alam Flora di talian 1-800-88-7472 yang beroperasi setiap hari bermula 8.00 pagi hingga 8.00 malam untuk sebarang aduan atau berkongsi maklumat mengenai tahap kebersihan di kawasan masing-masing. – Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 27 Apr 2019

Bella Daly Teruja Tunai Umrah Dengan Suami

Arif seorang yang “easy going”.

Featured Fri, 29 Aug 2025
Featured Tue, 15 Nov 2022
Featured Sat, 1 Mar 2025
TECH Thu, 3 May 2018

Instagram Bakal Perkenal Sokongan Panggilan Video & Reka Bentuk Semula Laman Explore

Apakah Instagram bakal realisasikan panggilan video seperti yang dirancang . Jika ye pastinya menjadi applikasi kegemaran anak muda

FESYEN Fri, 8 Nov 2019

‘Selangor Modest Fashion’ Martabat Hab Fesyen Busana Santun

Acara ‘Selangor Modest Fashion’ ini merupakan kolaborasi bersama antara Yayasan Raja Muda Selangor, Selangor Youth Community, Entrepreneurship Selangor dan Royale Demure.

Featured Wed, 13 Aug 2025

Peguam Anna Jobling Dedah Kronologi Dakwaan Ibu ‘Dikunci’ Dalam Kereta

Menerusi perkongsian video, ibu Anna tidak disentuh atau dikeluarkan dari kereta.

Featured Wed, 16 Nov 2022

Berbadan Sasa, Norman Hakim Nafi Ambil Ubat Steroid

Badan sado tak semestinya ambik steroid kan..

Hiburan Sun, 4 Nov 2018
error: Content is protected !!