Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi February 21, 2024 @ 4:26pm

Didakwa Hina Islam & Promosi S*ft P*rn, Ustazah Asma’ Harun Minta Jangan Tengok Filem La Luna 

“La Luna. Filem yang memberi persepsi buruk kepada agama Islam”. Demikian kenyataan pendakwah popular, Ustazah Asma’ Harun mengenai filem La Luna.

Menerusi kenyataan di Facebook (FB), Asma’ membuat kenyataan dengan menyatakan filem arahan M. Raihan Halim itu bertentangan dengan syariat Islam di negara ini.

“Ia mengisahkan watak seorang wanita Melayu Islam (Watak: Hani Abdullah) yang membuka kedai pakaian dalam wanita di sebuah kampung.

“Selain itu, turut diketengahkan beberapa watak lain yang membawa babak berbentuk kebebasan bersuara (freedom of expression), babak separa lucah (s*ft p*rn) yang banyak, ada dialog-dialog yang mempunyai unsur menghina syariat Islam, merendahkan agamawan serta memberi persepsi buruk terhadap agama Islam,” tulisnya dalam sebuah kenyataan.

Tambah Asma’, beliau turut menjelaskan mengapa filem tersebut dikatakan menghina syariat Islam. Antaranya:

“Watak Hani yang membuka kedai pakaian dalam wanita di sebuah kampung.

“Babak seorang remaja lelaki yang ditangkap kerana melakar lukisan lucah dan apabila ditanya mengapa melakukan perkara tersebut, lalu dijawab, “Ini adalah art (seni).

“Watak ketua kampung, Tok Hassan yang digambarkan dengan watak orang alim, berjubah, berserban, berjanggut dan perokok tegar tetapi bersikap tertutup, tidak menjaga adab ketika membuang air kecil, perasuah dan pendengki.

“Watak pasangan suami isteri, Enah dan Ayub yang digambarkan melakukan hubungan senggama suami isteri, dan ada juga babak anak mereka terlihat perbuatan tersebut.

“Watak Azura, remaja perempuan berumur 16 tahun yang bergurau meminta ayahnya membelikan ‘pregnancy test’.

“Babak orang kampung (lelaki dan wanita) bergotong-royong membina semula kedai pakaian dalam milik Hani yang sudah terbakar.

“Ia secara halus memberi gambaran bahawa, akhirnya watak agama dikalahkan oleh watak yang membawa fahaman liberal. (Minit 1:45:27)

“Allahu Akbar, banyak lagi babak l*c*h, menghina Islam dan jauh daripada norma Melayu Islam secara teks dan subteks yang digambarkan dalam filem ini dan tidak perlu saya sebutkan di sini. Sungguh ia sangat memalukan,” jelasnya.

Filem La Lu

Dalam pada itu, Asma turut membuat kesimpulan dengan meminta penggiat seni mengambarkan sesebuah karya dengan unsur positif dan beradab.

“Jika benar ada ‘seni’ yang ingin disampaikan, pastikan ia digambarkan dalam bentuk yang positif dan penuh adab, bukannya menzahirkan sisi yang boleh mengundang prasangka buruk dan fahaman yang mengelirukan.

“Moga segala usaha dalam memastikan filem dan drama di negara ini benar-benar ditapis dan ke arah patuh syariah dipermudahkan,” tutupnya.

Filem La Luna telah ditayangkan di pawagam pada November lalu dan kini mendapat sambutan di platform penstriman Netflix.

La Luna dibarisi oleh para pelakon hebat tanah air seperti Shaheizy Sam, Sharifah Amani, Wan Hanafi Su, Hisyam Hamid, Nadiya Nisaa, Nam Ron, Farah Ahmad, Iedil Dzuhrie Alaudin dan Wafiy Ilhan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Sep 2019

Rizman Akhirnya Tamatkan Zaman Bujang Dengan Pilihan Hatinya

Ikan di laut, asam di darat..di dalam kuali, bertemu jua..

Featured Fri, 22 Aug 2025
Hiburan Sun, 5 May 2019

Sedih Tak Dapat Berniaga, Caliph Buskers Reda

Cuma, ia lebih kepada rasa sedih sebab selain berlumba-lumba mempertingkatkan pahala beribadat, Ramadan juga dianggap sebagai bulan bagi menambahkan rezeki.

Featured Thu, 27 Oct 2022

Walau Dah Berpisah, Ziana Zain Titip Pesan Pada Anak-Anak Untuk Jaga Kebajikan Bapa – “Mama Tak Akan Marah..”

Sayunya dengar luahan hati penyanyi hebat Ziana Zain untuk anak anak 🥺🥺🥺

Events Thu, 9 Jan 2020

李心洁自认与角色相符!若年轻30岁张艾嘉会抢演角色

李心洁自认与《夕雾花园》角色相符!张艾嘉自嘲若年轻30岁,会与李心洁抢演角色。

Hiburan Fri, 4 May 2018

“I Lost Passion for Dancing…” Taemin Tells the Truth

SHINee’s Taemin is known as the dancing machine so this is heartbreaking to hear.

Hiburan Tue, 13 May 2025

Mengaku Bersalah Langgar Lari, Pemandu Nissan Navara Dipenjara 30 Hari & Denda RM12,000

Pemandu Nissan Navara langgar suami isteri didenda RM12,000

Filem Wed, 20 May 2026

Ini Respons Siti Khadijah Halim Bila Aweera Beri Ucapan Romantik – “Saya Tak Mahu Panjangkan Perkara Ini”

Siti Khadijah Halim tidak pernah mengambil serius terhadap segala perkongsian dibuat Aweera, termasuklah ucapan romantik.

Events Fri, 12 Oct 2018
Featured Mon, 12 Jun 2023
error: Content is protected !!