Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 27, 2024 @ 12:40pm

Memang Mega! Sambut Menantu, Haliza Maysuri Belanja RM3.5 Juta Majlis Resepsi Anak Sulung

Usahawan popular, Haliza Maysuri membelanjakan RM3.5 juta untuk majlis menyambut menantu.

Majlis resepsi anak sulung pengasas jenama Bawal Exclusive, Zuhairi Syazwan yang diadakan di Hotel St Regis Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu juga menyaksikan mereka mengenakan busana mewah yang bertatahkan batu Swarovski.

Pada majlis gilang gemilang terbabit, isteri Zuhairi Syazwan yang dikenali sebagai Sarah memakai busana mewah rekaan Rizman Ruzaini yang dihiasi 189,936 biji batu-batuan Swarovski yang dibawa khas dari Austria yang menggabungkan lima jenis batu dan warna bernilai RM300,000.

Lebih istimewa, penampilan Sarah turut diserikan dengan tiara Swarovski dengan 233 kristal lutsinar direka khas untuk acara Vienna Opera Ball yang merupakan acara tari menari terkemuka Austria.

@xtra_my Wow! Mega sungguh majlis sambut menantu pengasas Bawal Exclusive, RM3.5 juta tu! #xtratonton #xtramy ⁣⁣⁣⁣⁣#artismalaysia #xtra #viral #beritaterkini #tonton #motifviral #malaysia #makcikbawang #tontonmy #trending #news ♬ original sound – XTRA

“Tiara itu sangat berharga kerana ia merupakan hadiah daripada pihak Swarovski khas buat menantu kesayangan saya. Hanya saya sahaja yang memiliki tiara tersebut memandangkan ia bukan untuk dijual.

“Tiara itu direka oleh Pengarah Kreatif Global Swarovski Giovanna Engelbert, inspirasi daripada perhiasan kekaisaran Austria dan perhiasan keluarga Mesmera Swarovski.

ARTIKEL BERKAITAN: Berharga RM250,000 Dengan Hiasan 83,900 Butir Swarovski… Busana Mewah Jutawan Tudung Bawal Ini Ambil Masa Setahun Untuk Siap!

“Setiap potongan dibuat dengan teliti dari 233 kristal jernih. Batu kristal tiara itu diatur dengan elegan dan bersinar dengan setiap gerakan.

“Sebagai tradisi yang memiliki tempat ikonik dalam warisan Austria dan Swarovski, tiara ini menjadi simbol keahlian unik milik Austria dan sejarahnya yang berusia 129 tahun,” katanya.

Sementara itu, Haliza juga mengenakan busana mewah rekaan dihiasi 72,000 biji batu-batuan Swarovski yang dibawa khas dari Austria bernilai RM170,000.00.

“Busana yang saya gayakan pula diserikan dengan enam jenis saiz dan bentuk batu Swarovski malah fabriknya pula ditempah khas Eropah.

“Rekaan ini menggunakan teknik ruching draping untuk menghasilkan cape dress, selain menggabungkan tiga padanan warna,” katanya lagi.

Busana mega rekaan Faizul Surani itu dibuat dengan teliti dan mengambil tiga bulan untuk disiapkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 15 Mar 2025

Sebak! Peniaga Bazar Ramadan Terharu, AG Hot FM Bantu Habiskan Jualan Makanan -“Jelas Wajah Gembira Mak Saya”

Penyampai radio popular, Hot FM, AG mencuri perhatian apabila bertindak memborong kesemua juadah yang dijual oleh seorang peniaga wanita di bazar Ramadan.

Hiburan Thu, 10 Jul 2025
Hiburan Wed, 18 Jun 2025
Featured Thu, 23 Apr 2020

Tiada solat tarawih dan majlis berbuka puasa di masjid mahupun surau

Umat Islam perlu bantu putuskan rantaian COVId-19

Hiburan Mon, 15 Jun 2026

Siti Nurhaliza Titip Semangat Buat Individu Wanita Alami Keguguran Kandungan 19 Minggu – “Reda Kerana Anakanda Menanti Di Syurga”

Susulan itu, Siti meninggalkan komen di ruangan hantaran tersebut dengan mengingatkan individu tersebut setiap perkara yang berlaku ada hikmahNya, dan mempercayai perancangan Allah sentiasa terbaik. 

familuv Tue, 1 Nov 2022

“Saya Akan Kembali Pada Ex” – Pesanan Cinta Aliff Syukri Raih Pujian Warganet

Tular sebuah video usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri ditemu bual oleh seorang pempengaruh TikTok yang membahaskan isu berkenaan hubungan percintaan. Dalam video berdurasi 53 saat yang dikongsikan oleh @asrikamarudin, Aliff ditanyakan mengenai soalan adakah dia […]

Featured Fri, 23 Apr 2021

Kadar Fidyah Di Selangor & Pembayaran Secara Online

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah Tibanya bulan Ramadan tahun berikutnya. Justeru, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memperkenalkan pilihan bayaran fidyah […]

error: Content is protected !!