Selebriti By: Atiqah Johari February 28, 2024 @ 3:47pm

Dikritik Netizen Sebab Seakan Menafikan Hubungan Dengan Amelia, Sharnaaz Ahmad Beri Penjelasan – “Aku Rasa Ampa Salah Faham Ni”

Pelakon Sharnaaz Ahmad tampil menjelaskan mengenai kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini berkaitan hubungannya dengan pelakon Amelia Christie Lim.

Artikel Berkaitan: Didakwa Sharnaaz & Amelia Putus Cinta, Noor Nabila Tak Mahu Masuk Campur – “Kita Tak Boleh Nak Melawan Takdir”

Susulan itu, Sharnaaz menyatakan bahawa ramai warganet tersalah faham dengan kenyataannya.

Dia menyatakan dia tidak pernah mengiyakan bercinta atau pun tidak dengan pelakon tersebut adalah kepada wartawan.

“Salam. Aku rasa ampa salah faham ni. Yang aku jawab tu untuk wartawan. Bukan ampa di luar sana. Dari awal pun aku tak pernah iyakan pada wartawan pasal aku and Amelia.. Camana nak kata putus?

“Jadi pada yang tau dah nampak aku dengan Amelia, yang tau tau cukup lah takat tu. Nak canang macam gendang bukan cara aku dah. Wartawan tanya, aku cuma jawab sehabis bermoral pada semua..

“Nak marah pun tak sampai hati, depa wartawan ni pun makan gaji saja pun, ada mak ayah nak kena sara, anak bini lagi.. dan aku harap benda ni stop takat sini saja naa,” jelasnya.

Dalam pada itu, Sharnaaz juga memohon orang ramai untuk mendoakan yang baik-baik buat dirinya, Amelia dan orang sekeliling.

“Doa baik baik pada aku Amelia dan semua orang kita. Dok elok elok mamu dan mami semua. Salam,” tulisnya lagi.

Sharnaaz Ahmad

Artikel Berkaitan: Didakwa Sharnaaz & Amelia Putus Cinta, Noor Nabila Tak Mahu Masuk Campur – “Kita Tak Boleh Nak Melawan Takdir”

Artikel Berkaitan: Kongsi Momen Bawa Jebat Jayden Bercuti Di Jepun Bersama Noor Nabila & Amelia Christie, Sharnaaz Ahmad Dipuji

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Gong Hyo Jin Chooses Favourite Character She’s Played

And it’s not what most of us expected.

Trending Mon, 29 Aug 2022

“Kalau Jumpa Saya Waktu Siang, Nampak Elok Kerana…” – Ustaz Kazim Bakal Berubat Di Arab

Sampai ke Arab ye cari penawar! Apa-apapun semoga Ustaz kembali sihat!

Hiburan Mon, 6 May 2019

‘ Saya Mula Suka Dengan Dia Sejak Minggu Pertama’- Juara Lagu Cinta Kita Tidak Tolak Jodoh Bersama!

Kalau bertemu jodoh pun apa salahnya kan, dua-dua pun single lagi!

Featured Wed, 24 May 2023

Elfira Loy Berharap Dihindari Individu Talam Dua Muka – “Jangan Jadi Fake Depan Saya”

Min setujuu! Takut eh dengan orang talam dua muka ni 😢😢

Featured Fri, 19 Feb 2021

Pengasas Aplikasi Sugarbook Direman 7 Hari

Masih dalam siasatan pihak polis

Trending Thu, 22 Jul 2021