Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 1, 2024 @ 7:32pm

‘Masihkah Ada Rasa Itu?’ Buah Tangan Terbaru Misha Omar Buai Emosi Peminat

Penyanyi bersuara lunak, Misha Omar melancarkan single terbaharunya berjudul ‘Masihkah Ada Rasa Itu?’ (MARI) hasil sentuhan komposer terkenal, Sharon Paul.

Setelah empat tahun tidak tampil dengan lagu baru, Misha atau nama lengkapnya Samihah @ Aisah Omar sekali lagi membuat peminat ‘merintih’ menerusi bait-bait lirik tulisan Que Afiq.

Pelantun lagu popular Sampai Bila ini berkongsi berita gembira berkenaan menerusi hantaran di Instagram pada Jumaat.

“Alhamdulillah , lagu terbaru Kak Mitch (panggilan mesra Misha Omar) ‘Masihkah Ada Rasa Itu?” sudah boleh kalian dengar di seluruh platform digital.

“Besarlah harapan Kak Mitch mudah-mudahan karya olahan terbaru Sharon Paul dan Que Afiq ini melekat di hati kalian dan mengubat rindu kita bersama setelah empat tahun rilisnya Tanpa Rela.

“Sekali lagi terima kasih untuk sokongan kalian yang sangat menggalakkan setakat ini .. semoga supportnya berterusan ya…,” tulisnya.

Misha Omar

Menceritakan lebih lanjut, pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33 ini berkata MARI adalah sebuah lagu berkisar tentang pasangan kekasih yang sudah berpisah, namun antara mereka masih dihantui perasaan cinta saat sedang cuba untuk melupakan.

“Projek kali ini adalah kerjasama dengan Sharon Paul dan diarahkan oleh Datuk Syafinaz Selamat.

“‘Masihkah Ada Rasa Itu?’ ini tentang satu perasaan bergulir seolah-olah sudah move on tetapi dalam proses itu masih teingat terhadap cinta terindah antara mereka,” katanya dalam platform broadcast message di Instagram.

Sementara itu, Misha berkata buat masa ini pihaknya belum berpeluang untuk merakam muzik video lagu MARI demi memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak sulung, Muhammad Adam Emir kini sedang menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Single ‘Masihkah Ada Rasa Itu?’ buah tangan terbaru Misha boleh dimuat turun di iTunes, Apple Music, Spotify, Deezer, KKBoz dan juga boleh distrim menerusi YouTube.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

Artikel Berkaitan: Emosi Misha Omar Terkesan, Hati Robek Atas Nasib Menimpa Palestin… – “Tak Boleh Tidur, Hampir Deactivate Akaun”

Artikel Berkaitan: “Salahkan Saya, Jangan Kecam Misha Omar” – Persembahan Dikritik Terlalu Mesra, Naqiu Mohon Maaf Tak Jaga Sensitiviti

Artikel Berkaitan: Misha Omar Tak Mahu Kongsi ‘Journey’ Rawatan IVF, Mahu Jaga Sensitiviti Pasangan Tiada Zuriat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Dec 2019

回忆杀!温拿五虎明年2月再合体登云顶开唱

1970年代香港最具代表性的著名乐队温拿将于2020年2月22日再度回归云顶云星剧场开唱!

Trending Mon, 22 Aug 2022

Kes Dadah Yasin Sulaiman, Mahkamah Tetapkan Perbicaraan Bermula Mac Tahun Depan

Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan perbicaraan terhadap penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman atas tiga pertuduhan dadah, didengar selama 15 hari bermula Mac tahun depan. Hakim Jamaludin Mat menetapkan tarikh-tarikh perbicaraan pada 6 hingga 10 […]

Featured Tue, 9 May 2023
Hiburan Sat, 29 Sep 2018

Lepas Aliff Syukri Nyanyi Nasyid, Sajat Pula Nak Bina Masjid

Alhamdulillah, semoga masjid yang dibina ini mampu menyucikan hati-hati netizen diluar sana

Featured Sat, 28 Jan 2023
Featured Tue, 19 Dec 2023

Alami Jangkitan Jantung & Paru-Paru, Isma Aliff Terpaksa Ditidurkan

Moga dipermudahkan semu urusan abang Isma Aliff💗

error: Content is protected !!