Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops November 27, 2018 @ 11:00am

Supermodel Antarabangsa Bella Hadid Bikin ‘Havoc’ Ketika Menemui Peminat Di Malaysia

Kita selalu nampak dia menghiasi runway jenama pakaian terkenal, iklan digital ataupun majalah-majalah fesyen antarabangsa.

Jadi siapa sangka Bella Hadid, salah seorang supermodel yang paling hot sekarang, akan singgah ke Malaysia?

Ya, dia betul-betul ada di sini semalam! Tujuannya adalah untuk membuat penampilan di kedai Tag Heuer di The Gardens Mall, Kuala Lumpur, dua tahun selepas menjadi duta jenama jam eksklusif itu.

Wanita Amerika berketurunan Palestin ini tersenyum manis sambil memakai blazer dan mini skirt berkilat di acara rasmi tersebut.

Foto: NSTP/Aziah Azmee

“Saya memang bertuah kerana dapat peluang untuk menjadi duta kepada Tag Heuer,” katanya kepada media Malaysia dan Singapura.

“Dengan ini, saya dapat melancong ke tempat-tempat menarik seperti Malaysia. Saya cuma berkesempatan untuk berada di sini hingga esok (27 November) tapi saya tetap akan datang lagi dan tinggal lebih lama.”

Bella, 22, berkata lagi yang memandangkan dia sering ke sana-sini untuk melunaskan tanggungjawabnya sebagai seorang supermodel, dia selalunya akan tidur dan ‘recharge’ di dalam pesawat.

“Saya sering travel; saya tidur di atas kapal terbang dan bangun untuk bekerja. Saya suka luangkan masa untuk diri sendiri di dalam pesawat dengan mendengar muzik dan segarkan semula kulit.”

Bella yang telah terbang ke Malaysia daripada Dubai kelmarin, akan terbang pula ke Tokyo pada pagi ini.

Foto: NSTP/Aziah Azmee

Walaupun penampilannya sekejap, Bella nampak excited untuk berjumpa dengan peminat-peminatnya di Malaysia.

Dan mestilah peminat Bella pun seronok juga! Ramai yang terkejut dengan kemunculannya, lebih-lebih lagi kerana last minute barulah berita ini tersebar.

Mereka yang sempat ke pusat beli-belah itu segera berkerumun di kedai Tag Heuer untuk melihat selebriti ini, dan kalau ada peluang, mestilah mereka nak tangkap selfie dengan wanita jelita ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Bella Hadid Updates (@bhadidnews) on

Sebahagian daripada acara Tag Heuer ini juga, Bella telah menghadiri majlis makan malam rasmi semalam. Jika anda mengikuti akaun media sosial Neelofa, anda pasti boleh lihat bagaimana pelakon dan hos Malaysia ini cuba memperkenalkan nasi lemak kepada Bella. Cayalah!

Mereka yang tak sempat berjumpa dengan Bella pula kebanyakannya merungut sedih di laman media sosial.

Alololo, kesian. Tak apa, tak apa. Kita tunggu dia datang lagi sekali, ya!

Sumber: New Straits Times

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Oct 2021

“Kami Masih Lagi Buat Persiapan” – Kamal Nafi Kahwin Dalam Masa Terdekat

Pelakon, Kamal Adli menafikan bahawa dia akan berkahwin dengan tunangnya, pelakon Uqasha Senrose dalam masa terdekat. Menurut Kamal semasa diwawancara dalam program Lagu Cinta Kita Musim Ke-3 (LCK3) yang diadakan secara maya baru-baru ini, dia […]

Hiburan Fri, 14 Feb 2025

Bakal Beraksi di Pentas Berprestij DFP, Slam Imbau Kenangan Pernah Dilabel Band Kampung

Slam bakal melakar sejarah dengan mengadakan konsert pertama mereka di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas.

Featured Fri, 30 Jul 2021

Pdp Pelajar Asasi, Diploma Bermula Ogos

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan, universiti awam (UA) boleh mempertimbang kemasukan pelajar asasi dan diploma ke kampus secara fizikal bermula Oktober depan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) pelajar baharu program asasi dan diploma […]

Selebriti Mon, 15 Feb 2021
Featured Wed, 19 Nov 2025

Jadi Tahanan Tentera Isr**l, Haroqs Akhirnya Potong Gelang Penjara 

Haroqs, akhirnya mengambil keputusan untuk memotong gelang penjara yang dipakaikan kepadanya ketika menjadi tahanan tentera penceroboh pada Oktober lalu.

Hiburan Fri, 20 Oct 2023
Trending Fri, 29 Jan 2021
Hiburan Sun, 30 Nov 2025
error: Content is protected !!