Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 4, 2024 @ 2:29pm

AJL38: Alami ‘Panic Attack’ Usai Keputusan Diumumkan, Aisha Retno Syukur Rangkul Gelaran Naib Juara & Persembahan Terbaik

Penyanyi Aisha Retno mengalami gangguan ‘panic attack’ ketika sesi sidang media usai keputusan Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) diumumkan malam tadi.

Menurut Aisha, serangan yang dialaminya itu berlaku mungkin kerana penat memandangkan dirinya menjalani proses persiapan yang panjang.

“Apa yang saya boleh katakan, kita tidak tahu apa yang berlaku pada badan kita. Mungkin sebab saya penat. Tapi, saya rasa itu bukanlah satu alasan. Kalau Allah kata benda tu akan jadi, maka jadilah dia,” katanya.

Dalam pada itu, Aisha sempat berkongsi rasa syukurnya selepas berjaya memenangi gelaran Naib Juara dan anugerah Persembahan Terbaik di malam berprestij itu semalam.

“Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sangat dapat berada sebaris dengan idola saya, Aina Abdul dan Amir Jahari untuk AJL kali ini. Saya juga berterima kasih kepada pasukan saya yang bertungkus lumus dari awal saya diumum untuk AJL kali ini.

”Ini pertama kali saya berada di AJL dan dinobatkan sebagai Naib Juara. Jadi, saya berterima kasih sangat pada pihak juri. Insya-Allah, jika ada rezeki lagi saya akan sertai lagi AJL ini.

”Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada komposer bersama lagu Sutera, MFMF yang melayan kerenah saya sepanjang menghasilkan lagu ini,” jelasnya.

Mengakui tidak sangka dirinya menerima Anugerah Persembahan Terbaik, Aisha turut bersyukur dirinya mempunyai tulang belakang yang sangan kuat.

Dalam pada itu, Aisha juga sempat mengulas mengenai aksi terbang setinggi 30 kaki ketika membuat persembahan di AJL38, malam tadi.

”Sejujurnya, saya sukakan ketinggian dan tidak suka dengan kelajuan. Bila pasukan produksi kata nak tarik saya sampai hilang, saya kata jangan laju-laju. Kalau laju baik naik roller coaster,” ujarnya.

Sebagai Naib Juara, Aisha telah berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000 berserta trofi.

Manakala untuk Anugerah Persembahan Terbaik, Aishah berjaya menerima wang tunai berjumlah RM12,000 dengan trofi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Mon, 9 May 2022

Andi Bernadee Kini Lebih Selektif

Kerjaya Andi Bernadee Makin Kukuh

Featured Tue, 14 Sep 2021

Memang Bahaya! Buat Pendedahan di Instagram, Caprice Dakwa Terima Lebih 60 Ugutan Bunuh

Memang bahaya dan menakutkan! Semenjak terpalit dengan pelbagai isu kontroversi, penyanyi rap, Caprice mendedahkan dirinya berdepan dengan lebih 60 ugutan bunuh. Menurut Caprice, perkara terbabit diterima dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini. “Saya minta maaf […]

Featured Mon, 23 Mar 2026

Setahun Tak Berani Lalu Terowong Sunway Pyramid, Muaz Zabir Imbau Trauma Kehilangan Ayah Tercinta

Kata Muaz, meskipun sudah 7 tahun perisitiwa hitam itu berlaku, namun kehadiran susuk itu masih dirasai kerana bapanya adalah figura penting dalam keluarga.

Featured Wed, 24 Dec 2025

Nadia Annuar Beri Nasihat Pilih Pasangan Berkemampuan, Tegur Lelaki ‘Kuat Mimpi’ Tapi Tak Ada Kerja Tetap

Kata Nadia, isu kewangan tidak wajar dipandang remeh, terutama apabila melibatkan lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap namun,  ghairah mengejar impian bergelar ‘bos’.

Featured Wed, 14 May 2025
Trending Mon, 22 Aug 2022

“Kan Comel Pakai Tudung” – Usop Mohon Doa Agar Isteri Berhijab Dengan Sempurna

Penyanyi, Usop yang bergelar suami kepada Nur Fatihah Md Hasim pada Februari lalu kini dilihat semakin bahagia bersama isteri tercinta lebih-lebih lagi bakal menerima orang baru dalam hidup. Terbaharu, selebriti yang menempa nama menerusi rancangan […]

Trending Fri, 22 May 2020
Hiburan Wed, 30 Jul 2025
Hiburan Sat, 20 Sep 2025
error: Content is protected !!