Hiburan By: Khairil Khusyairi March 12, 2024 @ 2:47pm

Aina Abdul Teruja Jadi Penyanyi Pembuka Tirai Konsert Ailee Jun Depan – “Saya Ibaratkan Dia Seperti Kakak Saya Bila…”

Penyanyi Aina Abdul mengakui teruja apabila berpeluang bakal membuat persembahan pembukaan di konsert penyanyi dan penulis popular Korea Selatan, Ailee, I Am: Here pada Jun depan.

Bercakap kepada XTRA, Aina menyifatkan tawaran tersebut ibarat penyembuh lukanya pada hari dia menerima tawaran tersebut.

“Saya menjadi peminat dia apabila saya kali pertama melihat persembahan dia menyanyikan lagu Halo nyanyian Beyonce.

“Ketika dia menyanyi ramai yang terkejut, dia juga ada pengaruh besar di Amerika.

“Saya tak sangka bila saya dapat tahu bakal beraksi di konsert dia. Pada hari itu, saya ada mesyuarat yang tegang, saya juga ada dapat satu khabar tak baik dalam karier saya, jadi saya menangis.

“Kemudian pengurus saya dapat panggilan daripada pihak pengurusan LOL Asia, mereka maklum mereka memilih saya untuk buat persembahan pembuka tirai untuk konsert Ailee,” katanya kepada pemberita.

Aina ditemui pada sidang media Konsert By Ajai & Mega Friends di sebuah hotel di Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelantun lagu Terus Hidup itu turut menyifatkan bintang kesayangan ramai itu seperti seorang kakak buatnya dan mengagumi bakat penyanyi sensasi itu.

Malah, Aina juga memaklumkan dia banyak mempelajari teknik vokal daripada Ailee dengan menonton video-video persembahan.

“Biarpun saya belum pernah berjumpa dengan dia tapi apabila saya dengar nyanyian dan tahu kisah hidup dia, saya rasa ia ibarat kakak saya.

“Saya rasa dekat sangat dengan dia. Saya juga banyak belajar teknik nyanyian dia, saya tengok video-video nyanyian dia.

“Saya seorang peminat dia,” ujarnya lagi.

Aina yang sentiasa mencuri tumpuan umum dengan fesyen-fesyennya itu turut mengakui dia bakal memperagakan busana yang ringkas sahaja pada persembahan itu nanti.

“Saya datang ‘simple’ saja, saya rasa malam itu untuk saya mewakili peminat Ailee di Malaysia yang sayangkan dia.

“Itu malam dia, bukan malam saya. Dan saya juga mahu mengalukan kedatangan dia dengan baik.

“Sudah lama dia menantikan dan ini kali pertama dia beraksi di Malaysia,” ujarnya.

Antara lagu-lagu popular Ailee ialah I Will Go To You Like The First Snow, I Will Show You, Heaven, Breaking Down dan banyak lagi.

Konsert Ailee, I Am: Here yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 22 Jun depan dibawakan oleh LOL Asia dengan sokongan daripada A2Z Enterntainment, Hot FM dan Fly FM.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 19 Jul 2018

Bila ‘Wanita Jadian’ Masuk Tandas Wanita Tulen, Ini Jadinya…

Perkongsian daripada Susylawati Faizol mendapat hampir 5,000 shares netizen yang kebanyakkan mereka tidak puas hati akan tindakan tersebut.

Trending Mon, 18 Jan 2021

BPR 2021: Cara Mudah Kemaskini Permohonan

Korang dah kemaskini ke belum? Jom buat sekarang!

Trending Thu, 28 Apr 2022
Events Tue, 2 Jan 2018

MENANGI 30 PASANG TIKET DAN PAS PERCUMA KE AFTER PARTY RATED XTRA AJL32

Menangi 30 pas percuma dan rasai sendiri acara After Party Rated Xtra dengan hanya menjawab soalan ini

Hiburan Tue, 27 Feb 2018

South Korea’s All-Rounded Superstar Turns into a Pro Gamer

They say that you can be as great as you strive to be, but there will always be that one Asian kid who does it better.

Trending Thu, 14 Oct 2021

“Kalau Kurus Sihat Sangat Ke? Perut Besar, Macam-Macam Penyakit Ada!” – Tular Di Twitter, Video Penjelasan Pakar Bariatrik Ini Buka Mata Netizen

Video penerangan pakar perunding pembedahan dan bariatrik, Dr Mustafa Mohammed Taher mengenai perbandingan saiz perut individu berbadan kurus yang berpenyakit dengan individu berbadan gempal yang kurang komplikasi meraih perhatian warganet. Penjelasan Dr Mustafa yang terkenal […]

Hiburan Tue, 11 Jul 2023