Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 6, 2024 @ 7:03pm

Produk Salmon Skin Salted Egg Disita Hampir RM90,000, Vida Sedia Beri Kerjasama – “Saya Tak Tahu Apa-Apa”

Usahawan popular, Datuk Seri Vida tidak tampil memberi respons mengenai serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ke atas premis perniagaan miliknya yang mengusahakan produk makanan ringan salmon skin salted egg.

Menurut laporan Kosmo, Vida nama sebenarnya, Hasmiza Othman, memaklumkan dia tidak tahu-menahu mengenai serbuan tersebut.

“Saya tak tahu apa-apa. Saya baru bangun tidur dan baru pulang dari oversea (luar negara).

“Buat masa sekarang, saya kena ambil tahu apa sebenarnya yang terjadi. Saya kena baca dulu apa laporan media berhubung dakwaan yang awak maklumkan pada saya ini,” katanya.

Dalam masa sama, Vida turut memaklumkan dia akan memberi kerjasama penuh terhadap pihak berkuasa.

“Saya sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa untuk disoal siasat. Takkan saya nak lari pula.

“Tapi, sekarang saya tak tahu sangat tentang serbuan yang diadakan sebab ketika kejadian, saya tiada di tempat serbuan,” ujarnya lagi.

Terdahulu, KPDN mengenakan tindakan sita ke atas semua dokumen perniagaan, produk dan balang plastik yang tertera logo halal dengan jumlah keseluruhan RM88,582 untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Serbuan sekitar jam 11 pagi itu dilakukan di Kawasan Industri Jelapang, Ipoh pada Isnin membabitkan makanan produk salmon skin salted egg.

ARTIKEL BERKAITAN: Produk Salmon Skin Salted Egg Popular Disita KPDN Gara-Gara Guna Logo Halal Tak Sah, Netizen Harap Bukan Cik B Punya

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 27 Sep 2019

Kolaborasi Pertama BTS J-Hope dan Becky G Dalam Lagu Remake “Chicken Noodle Soup” Buat Peminat Teruja!

Army Malaysia apa kata korang? Mesti tak sabar nak dengar lagu ni kan!

Featured Thu, 5 Feb 2026

Atikah Suhaime Bersuara Soal Nafkah, Minta Wanita Jangan Tanggung Segalanya

Atikah berkata, setiap wanita selayaknya dilayan seperti puteri meskipun mampu hidup berdikari.

Featured Thu, 9 Mar 2023

[VIDEO] Suami Buat Kejutan, Siti Elizad Menangis Gara-Gara…

Awww so sweet tapi sebak sangat bila sentuh bab zuriat!

Featured Mon, 20 Sep 2021
Trending Hari Ini Tue, 30 Jun 2020

Gempa Bumi Gegar Kawasan Kudat Sabah Hari Ini

Baru sahaja berlaku pagi ini.

Hiburan Wed, 9 Oct 2019

“Terima Kasih Tuhan” Shakilla Khoriri Luah Rasa Syukur Saat Imbau Zaman Susah

Semoga Kisah Shakilla ini jadi inspirasi buat semua

error: Content is protected !!