Kisah Viral By: Khairil Khusyairi March 5, 2024 @ 5:55pm

Produk Salmon Skin Salted Egg Popular Disita KPDN Gara-Gara Guna Logo Halal Tak Sah, Netizen Harap Bukan Cik B Punya

Gara-gara disyaki menggunakan logo halal yang tidak sah, sebuah premis memproses produk makanan ringan popular diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menurut laporan Sinar Harian, atas maklumat awam serbuan sekitar jam 11 pagi itu dilakukan di Kawasan Industri Jelapang, Ipoh pada Isnin membabitkan makanan produk salmon skin salted egg.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, semasa pemeriksaan dilakukan, premis itu sedang beroperasi dengan memproses makanan produk tersebut.

Menurutnya, siasatan lanjut kemudiannya menjumpai sejumlah produk makanan ringan yang telah ditandakan dengan logo halal.

“Semakan awal mendapati logo halal ini digunakan untuk tujuan perdagangan secara tidak sah.

“Pengurus premis terbabit turut gagal mengemukakan sebarang perakuan halal yang diperakukan oleh pihak berkuasa apabila diminta KPDN,” katanya.

Beliau berkata, KPDN mengenakan tindakan sita ke atas semua dokumen perniagaan, produk dan balang plastik yang tertera logo halal dengan jumlah keseluruhan RM88,582 untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Tambah Kamalludin, produk makanan ringan itu dikesan dijual secara dalam talian dan mendapat sambutan ramai pengguna.

“Kita minta setiap peniaga dan pengusaha supaya mematuhi perundangan yang berkuat kuasa termasuk mendapatkan perakuan halal yang sah daripada agensi kerajaan,” katanya.

Siasatan dilakukan atas kesalahan melanggar Subperenggan 4 (1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 Akta Perihal Dagangan 2011 yang menjadi kesalahan di bawah Subperenggan 8 (a) perintah.

Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu, manakala denda tidak melebihi RM250,000 bagi syarikat atau pertubuhan perbadanan.

Dalam pada itu, menjengah ke media sosial, rata-rata netizen mula berteka-teki siapakah pemilik produk makanan ringan popular tersebut.

Malah, ada juga yang mendakwa dengan mempersoalkan adakah produk tersebut milik anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin.

Sumber; Sinar Harian 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 3 Nov 2022

[VIDEO] Edar Makanan Kepada Gelandangan, Kerja Amal Iman Troye Dipuji Warganet.

Penyanyi Iman Troye melakukan kerja amal mengedarkan makanan kepada golongan gelandangan di ibu kota.   View this post on Instagram   A post shared by 𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗬𝗦𝗦𝗔 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗕𝗨𝗗𝗜𝗡 🌻 (@imantroye) Menerusi perkongsian yang dimuat naik […]

Hiburan Fri, 6 Oct 2023
Hiburan Tue, 14 Mar 2023
Trending Thu, 21 Jun 2018

母牛以为自己要没命了「吓到狂流泪」没想到等待着它的却是天堂!

万物皆有灵性,动物在面对生命终结时,也会出于本能地感到恐慌与惧怕!

Featured Sat, 12 Aug 2023
Hiburan Tue, 27 Aug 2019

Terima Panggilan ‘Ibu’, Betul Ke Syahrini Kini Hamil?

Media tempatan Indonesia cuba mendapatkan pengesahan mengenai khabar angin tersebut.

Featured Mon, 26 Jul 2021

“Drama Paling Gedik Pernah Kami Buat..”- Kelainan Drama SitikTok Curi Perhatian Penonton

Drama terbaru yang ditayangkan di TV3 SiTikTok yang baru sahaja menemui penonton pada 22 Julai lalu ternyata mencuri perhatian ramai di media sosial. Drama bersiri 16 episod yang diarahkan oleh Joon Goh ini menampilkan pelakon-pelakon […]