Featured By: Salma Syahbuddin March 11, 2024 @ 11:35am

“Dia Tak Nampak Benda Tu Salah Sebab Ada Contoh Depan Mata” – Abby Abadi Masih Tunggu Kesahihan Status Perkahwinan Marissa Dania

Pelakon sensasi Abby Abadi mendedahkan masih menunggu kesahihan status perkahwinan anaknya, Marissa Dania Hakim dengan lelaki pilihan, Ahmad Aslam yang sebelum ini didakwa telah berkahwin di Songkhla, Thailand.

Menurut Abby, selagi status perkahwinan anaknya masih belum diketahui, dia tidak akan pernah meletakkan dirinya sebagai mempunyai menantu dek kerana perkara itu tidak berlaku dalam pengetahuannya.

“Benda yang tak ada depan mata saya jadi buat apa saya nak beria-ria. Benda itu tak berlaku dalam pengetahuan saya.

“Saya tak pernah letak diri saya ni sudah ada menantu ke belum… tak ada menantu dalam kamus hidup saya.

“Kerana status itu belum disahkan lagi. Dan saya dah ajak dah dia (Marissa) pergi tapi dia kata dalam masa terdekat,” katanya.

Perkara itu dikongsi Abby atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, menerusi sesi temu bual podcast yang dihoskan pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam baru-baru ini.

Mengaku terkejut dengan isu kontroversi Marissa,  Abby menjelaskan dia tidak menyangka perkara ini akan terjadi memandangkan anaknya itu mungkin beranggapan, menjadi orang kedua dalam rumah tangga tidak menjadi kesalahan apatah lagi melihat contoh didepan matanya.

“Saya memang terkejut dan ia di luar pengetahuan saya.

“Mungkin antara sebab dia tak nampak benda tu satu kesalahan (nak jadi orang kedua dalam rumah tangga orang lain) sebab dia nampak contoh-contoh yang ada depan mata dan mungkin dia menganggap dia boleh jadi seperti itu. Sebab itu dia tak nampak benda tu salah.

“Saya rasa Marissa ikut perangai bapanya, dahulu hubungan Norman dengan Memey pun di luar pengetahuan saya,” ulasnya.

Tegasnya lagi, dia tidak pernah memukul anaknya disebabkan kontroversi yang berlaku, sebaliknya menganggap kesalahan itu adalah berpunca dari khilaf ibu bapa sendiri.

“Kalau orang tanya saya pukul ke tak, nak pukul macam mana… kalau pukul pun ia tak menyelesaikan masalah.

“Saya dengan anak-anak tak pernah kasar macam tu. Cumanya saya rasa banyaklah kelemahan dari ibu bapa ataupun sebenarnya saya daripada dulu anak-anak tu memang Allah suruh jaga dengan agama dan saya dah bagi agama pada anak-anak dan jaga sehabis baik tapi apa yang berlaku ini saya anggap ia sebagai ujian,” jelasnya.

Namun begitu, Abby terbuka menerima ketentuan Tuhan sekiranya perkahwinan Marissa sah disisi undang-undang.

“Sekiranya betul nikah tersebut adalah sah dan mereka boleh lalui kehidupan dengan baik kenapa tidak? Saya tidak pernah kata tidak menerina kenyataan tapi kalau statusnya sah saya sebagai seorang ibu, reda.

“Dan, apa pun yang dibuat selepas ini teruslah berpegang kepada Allah dan jangan lupa mak ayah,” ujarnya.

 

Terdahulu, Abby memaklumkan Marissa tidak berada di rumah dan menghilangkan diri selepas terpalit dengan kontroversi berkenaan.

Malah, mereka pertama kali bertemu semula di acara reviu berbuka puasa yang berlangsung baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Kalau Rasa Perlukan Mama, Baliklah” – Marissa Dania Melarikan Diri, Abby Abadi Berserah Pada Allah

ARTIKEL BERKAITAN:Anggap Aslam Tak Mampu Berpoligami, Abby Abadi Luah Marissa Dania Berubah 360 Darjah – “Sampai Tahap Itu Dia Boleh Buat”

ARTIKEL BERKAITAN:Peluk Cium Marissa Dania, Kemesraan Keluarga Abby Abadi Dikagumi Ramai – “Hebatlah Family Ni”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Sep 2022
Hiburan Mon, 8 Oct 2018

Menang Kategori Sama Lakar Sejarah Tersendiri Buat Fattzura

Kami berterima kasih dengan drama Hero Seorang Cinderella yang memberi banyak kenangan manis dan juga menjadi lokasi pertemuan kami, bercinta dan berkahwin.

Featured Tue, 2 Aug 2022

[VIDEO] “Lari Bang Lari” – Selamba Ajak Hael Husaini Makan Bersama, Ratu Farah Diva Terima Pelbagai Reaksi Netizen

Fuhh! Ratu punya konfiden memang cenggini 👍 Ada jual dekat shopee tak konfiden macam Ratu ni? Min nak beli jugak! 😂

LIFESTYLE Thu, 12 Apr 2018

8 Misconceptions About Botox Debunked by an Aesthetic Doctor

It’s not as bad as we all think it is.

Hiburan Sun, 26 Nov 2017

Alana Martina, Anak Keempat Cristiano Ronaldo Selamat Dilahirkan

, Anak Keempat Cristiano Ronaldo,Alana Martina Selamat Dilahirkan

Featured Tue, 4 Apr 2023

Hakim Tak Benarkan Penyerang Kamal Adli Diikat Jamin

Semoga Kamal Adli dapat keadilan yang sewajarnya

Hiburan Wed, 8 Jan 2020
familuv Thu, 12 Jul 2018
Hiburan Mon, 27 Jan 2020
Featured Sun, 17 Apr 2022