Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 13, 2024 @ 4:05pm

[VIDEO] Anak-Anak Tak Terkesan Isu Panas Aliff Aziz, Bella Astillah Harap Penceraian Dapat Perbaiki Diri Masing-Masing

Pelakon, Bella Astillah tidak menghalang suaminya, Aliff Aziz untuk bertemu anak-anak meskipun selepas mereka bercerai nanti.

Bella atau nama lengkapnya, Dayang Nabellah Awang Astillah berkata dia masih belum memaklumkan keputusan untuk berpisah kepada kedua-dua anaknya, Mohd. Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

“Belum masanya lagi, terutamanya Ara baru empat tahun. Saya tak nak ganggu emosi anak-anak.

“Ayden baru mula sekolah dua hari, tak nak dia fikir. Tapi dia faham sebab saya rapat dengan dia dan dia pun tak banyak tanya.

“Anak-anak tak terkesan apa-apa, sebab saya sentiasa beri alasan daddy kerja. Mereka pun tak main phone.

“Ayden dia pergi sekolah Cina, jadi dia tak dengar sebarang berita. Dia tetap hantar wish Ramadan dekat daddy dia, Ara pun.

“Pada Aliff, awak sentiasa boleh jumpa anak-anak. Saya tak akan tetapkan apa-apa syarat untuk berjumpa mereka,” katanya.

Bella Astilah

Dalam pada itu, Bella yang nekad untuk bercerai dengan Aliff berharap agar mereka dapat berpisah secara baik serta memperbaiki diri masing-masing ke arah kebaikan.

“Saya harap perkara ini berlalu dengan cepat, sama-sama boleh lalui kehidupan masing-masing.

“Semoga dengan apa yang terjadi dapat memperbaiki diri masing-masing,” katanya lagi ketika ditemui XTRA.

@xtra_my

Replying to @Cik kentang🖤💙 Bella Astillah tetap memberi kebenaran kepada Aliff Aziz untuk melawat anak-anak dan tidak meletakkan sebarang syarat #fyp #xtramy #bellaastillah #cerai #aliffaziz #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Bella hadir ke mahkamah hari ini bagi sebutan kali pertama yang ditemani oleh ibunya, Zarinah Astillah dan adik, Didi Astillah pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Aktres drama rantaian Aku Tanpa Cintamu memfailkan penceraian permohonan cerai pada 11 Mac lalu.

Terdahulu, Aliff sekali lagi dilanda kontroversi apabila ditangkap khalwat kerana didakwa bersekedudukan dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah pada Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan: “Ini Mungkin Yang Terbaik” – Bella Astillah Fail Cerai Secara Ekspres Terhadap Aliff Aziz

Artikel Berkaitan: “Dia Setuju Untuk Cerai” – Aliff Aziz Tak Hadir Ke Mahkamah, Bella Astillah Mahu Proses Berjalan Lancar

Artikel Berkaitan: Guna Alasan Nak Cipta ‘Chemistry’, Individu Dedah Ruhainies, Aliff Aziz Siap Ada Panggilan ‘Baby’?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isu Dakwaan Berkhalwat Tak Ganggu Emosi, Ruhainies Tetap Komited Dengan Kerja – “Saya Tak Takut, Berani Sebab Berada Di Pihak Yang Benar”

Artikel Berkaitan: Ruhainies Hanya Kawan Aliff Aziz, Belum Sedia Beri Kenyataan Rasmi – “30 Minit, Bukan 3 Jam”

Artikel Berkaitan: Spekulasi Terjawab… Aliff Aziz ‘Kantoi’ Berkhalwat, Bella Astillah Mohon Ruang

Artikel Berkaitan: Ditangkap Khalwat, Aliff Aziz Buka Mulut – “Bukan Ingin Menegakkan Benang Yang Basah…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 15 Oct 2019

“One of the Most Intricate Creations”, Sarawak’s Kek Lapis Became the Spotlight of a Famous British Baking Show

Food has always been a pride for Malaysians; and when any of our foods got featured on the big screen, everyone went wild!

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Pelawak Popular Indonesia Sule Bakal Kahwin Lagi?

Selamat pengantin baru Pak Sule!

Hiburan Fri, 19 Apr 2019

‘Kalau Ada Yang Sudi,Apa Salahnya’- Mamak Teringin Jadi Duta Produk Pemutih?

Betul kata Mamak, kenapa perlu ambil duta produk yang sedia maklum sudah cantik? Kalau syarikat mahu melihat testimoni lebih asli, apa kata…

Hiburan Wed, 13 Sep 2023
Trending Fri, 20 Mar 2020

Amy Search “Sound” Kru Produksi, Nabila Huda Selamat Sampai Rumah

KITA semua sedia tahu, perintah kawalan pergerakan telahpun diarahkan oleh Perdana Menteri Malaysia berkuatkuasa 18 Mac sehingga 31 Mac bagi mengurangkankan penularan wabak covid-19. Sepanjang tempoh kawalan pergerakan, rakyat Malaysia diperintahkan supaya mengkuarantinkan diri rumah […]

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Harap Magis Hi Hi Bye Bye

Harap dipermudahkan.

Trending Fri, 20 Sep 2019

Guna Kamera Badan Bakal Tingkat Keberkesanan Tugas – Muhyiddin

Ia bukan bertujuan mencari salah pihak penguatkuasaan sama ada polis, imigresen atau kastam