Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 15, 2024 @ 4:33pm

Yayasan Nurjiwa Aktif Bantu Golongan Memerlukan, Bakal Buka Sekolah Tahfiz Di Kedah

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur apabila kempen Infaq Ramadan menjadi salah satu kesinambungan program yang dianjurkan oleh pertubuhan miliknya iaitu Yayasan Nurjiwa.

Bercakap kepada XTRA, Siti memaklumkan yayasan yang ditubuhkannya bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu aktif memberi bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

“Infaq Ramadan adalah usaha berterusan daripada Yayasan Nurjiwa, setiap tahun kita aktif membuat sumbangan kepada yang memerlukan.

“Alhamdulillah ramai yang sama-sama terlibat beri sumbangan, kami dipertanggungjawab untuk menyampaikan sumbangan tersebut.

“Seperti tahun lalu, kami cari sendiri golongan yang memerlukan seperti miskin bandar menerusi program pencarian Nur Muhammad,” katanya.

Siti ditemui pada pada majlis pelancaran Kempen Infaq Ramadan di Bamboo Hills, di ibu negara, baru-baru ini.

Tambah pelantun lagu Salju KasihNya itu, dia gembira apabila masyarakat mula meletakkan kepercayaan terhadap badan kebajikan itu dan turut sama menghulurkan sumbangan.

“Yayasan Nurjiwa ini telah ditubuhkan sejak 17 tahun lalu, usia tersebut sama seperti usia perkahwinan saya.

“Alhamdulillah, dua tahun kebelakang ini orang mula mempercayai dan mengetahui. Apabila saya ada anjurkan konsert dan pembukaan sekolah Afwa Al-Afiyah di Gaza itu buatkan ramai orang lebih tahu dan bantu.

“Syukur sekarang kami bergerak lebih aktif dan saya rasa perkara yang baik ini tak perlu tunggu, saya gembira juga kita menggunakan khidmat Kita Fund untuk membantu,” ujarnya.

Berkongsi lanjut mengenai kempen Infaq Ramadan yang dilancarkan, ibu kepada dua cahaya mata itu memaklumkan Yayasan Nurjiwa akan membangunkan sebuah pusat pengajian Tahfiz di Kedah.

“Infaq Ramadan tahun ini kami teruskan dengan membantu dengan pelbagai bentuk bantuan seperti buat sumbangan barangan mentah kepada golongan miskin.

“Selain itu, bentuk makanan sedia ada (RTE) juga kami beri dan juga bantu masyarakat di luar Kuala Lumpur terutamanya buat golongan daif.

“Kami juga telah berusaha mendirikan sebuah pusat pengajian Tahfiz di Kedah serta kerja baik pulih masjid dan surau.

“Sepanjang bulan Ramadan ini, pihak Yayasan akan mencari sendiri golongan yang memerlukan,” kongsinya.

Sementara itu, Yayasan Nurjiwa turut merancang untuk mengadakan edaran bubur lambuk kepada orang ramai serta memberikan sumbangan baju raya kepada anak-anak yatim, golongan asnaf serta golongan kurang berkemampuan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 31 Jul 2025
Trending Tue, 18 Sep 2018

Will Rosmah Mansor Really Be Put in Jail?

Datin Seri Rosmah Mansor is expected to formally answer charges of money laundering very soon!

Featured Tue, 25 Oct 2022

[VIDEO] Pertama Kali Bergandingan Dengan Aedy Ashraf Dalam Telefilem Dania TV3, Puteri Balqis Terbawa Emosi

Berat watak yang dibawa Aqish dalam telefilem Dania ni ❤️ Suka tengok gandingan Aqish dengan Aedy, moga lepas ni ada peluang lagi 🤩🤩

Trending Sat, 2 May 2020
Featured Mon, 5 Dec 2022
Hiburan Sun, 25 May 2025

“Saya Akan Bagitahu Satu Dunia, This Is Our Movie!” – Ceddy Ang Bangga Dengan Kehebatan Ejen Ali The Movie 2

Filem Ejen Ali The Movie 2 menerima reaksi luar biasa daripada penonton dan pempengaruh tempatan!

LIFESTYLE Thu, 6 Sep 2018

‘ Saya Pilih Jadi Isteri Ketiga Sebab…’ Wanita Ini Kongsi Pendapat Pilih Hidup Poligami

Menerusi perkongsian seorang wanita bernama Haryani Ithnen, dia menjelaskan mengapa memilih jalan untuk bergelar isteri ketiga.

Featured Tue, 12 Oct 2021

“Ini Impian Arwah Masa Hidup”- Ibu Tiri Teruskan Legasi Perniagaan Siti Sarah

Kerinduan kepada mereka yang telah tiada pastinya tidak pernah akan dapat ditanggung. Kehilangan penyanyi Siti Sarah Raissuddin meninggalkan kesan yang mendalam buat mereka yang pernah mengenali allahyarham. Walaupun sudah dua bulan pemergiannya, peninggalan legasi perniagaan […]

error: Content is protected !!