Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 18, 2024 @ 12:39pm

Syamel Pening Pujuk Khawla Merajuk, Ernie Zakri Dedah Punca – “Saya Yang Tengah Drama Pagi Tu…”

Penyanyi Syamel tampil berkongsi gelagat anak perempuannya, Khawla Soleha tiba-tiba merajuk sekali gus meraih perhatian ramai.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Syamel menerusi sebuah hantaran di TikTok, baru-baru ini.

Namun, Khawla kembali reda selepas Syamel memuji kecantikannya.

“Pujukan yang sama. Pengalaman mengajar Bangmel,” tulisnya di kapsyen.

@syamel_official Pujukan yang sama. Pengalaman mengajar Bangmel. #HmMajok #Ernietravelsize ♬ original sound – Syamel

Dalam pada itu, turut tular video ketika isterinya, Ernie Zakri mendedahkan punca puteri kesayangan mereka itu merajuk kepada penyampai radio, Elly Mazlein.

Menurut Ernie, besar kemungkinan anaknya itu merajuk dek kerana terdengar perbualannya bersama Syamel ketika ingin mendapatkan kepastian bahawa dirinya masih cantik atau tidak.

“Semalam dia baru merajuk Kak Lina dia kata dia tak cantik sebab mungkin agaknya dia ingat daddy dia rasa dia tak cantik.

”Jadi, mak dia dekat tepi dah pening kenapa dia cakap macam tu. Sebab saya lupa saya yang tengah drama pagi tu. Saya rasa dia terdengar saya tanya Syamel saya dah tak cantik ke?

”Saya rasa Khawla dengar dan meneruskan karakter tu sampai ke malam. Wanita kan ada hari-harinya. Hari-hari yang di mana kita macam pakai baju kelawar dan rasa tak cantik.

”Lepas tu dia jawab, sayalah wanita paling cantik di mata dia. Tapi kita tak sedar Khawla ada kat belakang ketika itu dan teruskan perjuangan itu sampai malam,” jelasnya.

@secretlover.ez Ini lah punca Lala majok😂 #fypシ #erniezakri #syamel #syamelernie #nurkhawlasoleha #erafm #merajuk ♬ original sound – Ernie Grande❤️🔐

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 5 Feb 2020
Featured Mon, 16 Jan 2023
Hiburan Wed, 6 Nov 2019

‘Kejoraku Bersatu’ Bawa Tuah…Apex Dinobat Juara Minggu Ke-5 Mentor Milenia 2019!

“Ini merupakan satu wake-up call untuk kesemua protege yang berada di sini. Tak semestinya anda juara minggu lepas, anda terbaik untuk minggu ini atau minggu yang akan datang. Anda semua perlu berusaha dan sentiasa merendah […]

Featured Fri, 20 Jun 2025
Hiburan Thu, 26 May 2022
Trending Wed, 27 Nov 2019

Secret Recipe Malaysia Came To The Rescue When A Malaysian Uncle Can Only Afford His Wife A Burger On Her Birthday

This is the sweetest thing we’ve ever seen and we really hope the wife had the birthday of her lifetime.

Hiburan Tue, 26 Mar 2024
Hiburan Tue, 16 Oct 2018

Gagal Gugur Tuduhan, Farid Kamil Dibicara Bermula 27 November

Jabatan Peguam Negara menolak representasi pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari, 37, untuk menggugurkan lima pertuduhan jenayah yang dihadapinya. Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris memaklumkan perkara itu semasa sebutan kes di hadapan […]

error: Content is protected !!