Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 19, 2024 @ 6:22pm

“Dia Tak Suka Bergaul, Tak Lekang Berdakwah” – Bimbang Sahabat Kembali Buat Perkara Tak Elok, Shahidan Izwan Minta Beri Ruang Pada Aliff Aziz

Dua tahun mengenali penyanyi, Aliff Aziz, pelakon, Shahidan Izwan sebagai rakan menyifatkan selebriti berkenaan seorang yang sangat baik dan tidak lekang berdakwah.

Mengakui terkejut mendengar berita Aliff ditangkap khalwat pada 8 Mac lalu, Shahidan bagaimanapun yakin rakan baiknya itu tidak melakukan sebarang perkara terkutuk seperti didakwa ramai.

“Dia (Aliff) belum berkongsi apa-apa secara terperinci. Saya tak berani nak cakap apa-apa sebab saya tiada di tempat kejadian.

“Saya hanya tahu melalui bacaan di media sosial. Tetapi secara peribadi saya yakin Aliff tak buat perkara tersebut.

“Saya hanya doakan agar dia kuat sebab takut juga Aliff kembali melakukan perkara tak elok seperti kontroversi sebelum ini.

“Tapi rasanya keadaan dia baik, cuma berilah dia ruang dan tidak diganggu,” katanya.

Shahidan yang mula rapat bersama aktor berkenaan sejak menjalani penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah memaklumkan Aliff seorang yang tidak suka bergaul.

“Dia dengan saya baik, selalu tegur apa salah saya. Dia tak lekang dengan berdakwah juga sebenarnya.

“Peribadi dia okay, jenis tak bergaul dengan orang. Kemana-mana kalau nak pergi beli barang shooting, ‘man talk’, dengan saya.

Malah, kata Shahidan lagi Aliff pernah meminta nasihat berhubung penceraian sekitar dua tahun lalu.

“Dia pernah meminta nasihat saya mengenai cerai, saya minta dia fikir betul-betul sebab dia ada dua orang anak.. Tapi itu masa kontroversi sebelum ini.

“Tentang cerai yang terbaharu ni saya tak berani nak komen sebab belum jumpa Aliff dan Bella.

“Saya pun tak tahu dia berada di mana sekarang, biar tuan badan sendiri yang jawab.

“Kami hanya berhubung melalui panggilan telefon dan mesej sahaja. Daokan yang baik-baik untuk dia,” katanya ketika ditemui XTRA dalam majlis berbuka puasa, semalam.

Terdahulu, selebriti sensasi Aliff sekali lagi dilanda kontroversi apabila ditangkap khalwat kerana didakwa bersekedudukan dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah pada 8 Mac lalu.

Dalam pada itu, menerusi satu kenyataan dimuat naik di Instagram, Ruhainies mengatakan dia hanya mengajak Aliff yang merupakan rakan baik selama 10 tahun untuk makan bersama ahli keluarga di kediaman miliknya.

Susulan kontroversi tersebut, isteri Aliff, Bella Astillah memfailkan permohonan cerai pada 11 Mac lalu.

Artikel Berkaitan: Isu Khalwat, Rakan Baik Yakin Ruhainies Tak Buat Perkara Terkutuk – “Kini Dia Lebih Banyak Diam”

Artikel Berkaitan: Didakwa Perangkap Aliff Aziz, Ini Jawapan Bella Astillah

Artikel Berkaitan: “JAWI Sampai Jam 11 Malam, Bukan 3 Pagi” – Dedah Bukti Mesej Dengan Ruhainies, Risteena Harap Netizen Tak Terus Menghukum

Artikel Berkaitan: “Kenapa Tak Ajak Bella Or So Called ‘Bestfriend’ Makan Sekali?”- Eyra Hazali Pertikai Kenyataan Ruhainies Isu Tangkap Khalwat

Artikel Berkaitan: “Ini Mungkin Yang Terbaik” – Bella Astillah Fail Cerai Secara Ekspres Terhadap Aliff Aziz

Artikel Berkaitan: “Mungkin Perceraian Sebagai Hadiah Ulang Tahun Saya” – Enggan Berdendam, Bella Astillah Maafkan Ruhainies

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak-Anak Tak Terkesan Isu Panas Aliff Aziz, Bella Astilah Harap Penceraian Dapat Perbaiki Diri Masing-Masing

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Macam Tak Ada Apa” – Ruhainies, Aliff Aziz Dalam Tempoh ‘Bertenang’, Fokus Shooting Saat Bella Astillah Tuntut Cerai

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 4 Feb 2019

Elfira Loy, doa kemenangan buat bekas tunangnya, Sufian Suhaimi, dari Makkah. 

Sufian menang Persembahan Terbaik di AJL 33 semalam

Hiburan Sun, 22 Dec 2019

Muna Shahirah Kongsi Pengalaman Ditinggal Kekasih Dalam Suratan Luka

Besar harapan saya agar Suratan Luka dapat dimainkan di corong radio seterusnya diterima baik oleh pendengar.

Featured Wed, 24 Jul 2024

Gara-Gara Kongsi Ketagihan Berjudi, Menang Wang RM68,000 Sampai Kena Kepung Gangster… Shuib Mohon Maaf

Shuib pun dah mengaku khilaf so, janganlah panjangkan isu ni lagi okay!👀🔥

Hiburan Thu, 31 May 2018

Anita Sarawak Kini Hidap Kanser?

Sebelum ini, Anita Sarawak atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Nita juga dikatakan sudah berhenti dari karier nyanyiannya dan menjual rumah beliau di Las Vegas

Kisah Viral Wed, 26 Mar 2025

Nafi Tiru Rekaan Samping Motif Keris, Elrah Exclusive Tak Teragak Ambil Tindakan Undang-Undang 

Elrah Exlusive dakwa tuntutan meniru rekaan kain samping motif keris tidak berasas

Hiburan Sat, 29 Mar 2025
Events Wed, 31 Aug 2022

Terpaling Juara: Di Pintu Syurga Didakwa Sumbang, Netizen Syak Air Mata Gimik Murahan.. Ini Penjelasan Ifa Raziah!

Bak kata Kak Ifa, bila ingat ibu bapa automatik akan mengalirkan air mata😭😭😭

Featured Thu, 28 Apr 2022
Hiburan Tue, 29 May 2018

Peminat Siri Kartun Pingu Pasti Sedih Dengar Cerita Ini…?

Karier Tony yang begitu aktif dan produktif menunjukkan penerimaan terhadap buku serta komik kanak-kanak yang turut diterima dengan begitu meluas

error: Content is protected !!