Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 20, 2024 @ 5:06pm

“Kami Memaafkan Semua Yang Terlalu Taksub Pada Manusia Yang Belum Pasti Kebenarannya” – Ibu Aliff Aziz

Ibu penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil meluahkan rasa kesal apabila menerima tohmahan dan cacian netizen ekoran kontroversi anaknya ditangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies.

Menerusi perkongsian di Instagran, Hafiza kecewa apabila kata-kata hinaan itu turut dilemparkan kepada ahli keluarganya yang sudah tiada.

“Kami mohon pada saudara-saudara se-Islam hentikan kata-kata kesat atas almarhum ibu dan ayah saya dan juga almarhum orang tua suami saya.

“Ada yang hingga mengkafirkan mereka, memunafikkan orang tua kami, memaki, menghina dan banyak lagi.

“Jika ingin hina, hinalah kami kerana kam ibu dan ayah dan tanggungjawab kami hingga ke liang lahat,” katanya.

Sementara itu, Hafiza menyifatkan netizen yang mengecam seolah-olah tidak memahami perasaaan dilalui mereka kerana aib masih terjaga.

Bagaimanapun, Hafiza memaafkan netizen dikatakan terlalu taksub kepada manusia yang belum pasti akan kebenarannya.

“Kami terima dengan hati yang terbuka. Dengan rendah hati, kami mohon kemaafan dan juga memaafkan semua yang terlalu taksub pada manusia yang belum pasti kebenarannya.

“Yakinlah Allah masih menutup keaiban anda dan jika Allah buka keaiban anda pasti akan merasa apa yang kami rasa. Taksub lah hanya kepada Allah pencipta kita,” tulisnya lagi.

Aliff Aziz

Sebelum ini, XTRA melaporkan Hafiza didakwa sudah tidak mengikuti laman sosial menantunya, selebriti Bella Astillah.

Terdahulu, Aliff dan Ruhainies ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) pada 9 Mac lalu atas dakwaan khalwat.

Susulan kontroversi tersebut, Bella memfailkan penceraian pada 11 Mac lalu dan kes tersebut akan berlangsung pada 4 April ini.

Artikel Berkaitan: Anak Dah Balik Ke Pangkuan Keluarga, Ibu Aliff Aziz ‘Unfollow’ Bella Astillah – “Setiap Kesulitan Pasti Ada Kemudahan”

Artikel Berkaitan: Didakwa Perangkap Aliff Aziz, Ini Jawapan Bella Astillah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 May 2025
Hiburan Thu, 5 Sep 2024
Hiburan Tue, 7 May 2019

Bengang Dengan Bekas Suami, Ezlyn Bagi Amaran Bayar Hutang!

Dia boleh tuduh Siti Saleha pulak, kesian budak tu tak pasal dia kena!

Hiburan Sun, 25 Sep 2022
Hiburan Sun, 30 Dec 2018

草蜢性感程度爆灯!被男粉丝吹口哨狂撩

《草蜢17385世界巡回演唱会》来到云顶站,草蜢三子极尽妖艳之能事,无论是透视装、深V、鱼网装、裙装……性感程度无极限,让粉丝大喷鼻血,还遭男粉丝猛吹口哨狂撩!

Featured Thu, 25 Apr 2024

Sarah Yasmine Dedah Caprice ‘Dalang’, Siap Susun ‘Plan’ Untuk Aliff Aziz & Ruhainies – “Semua Benda Datang Dari Dia”

Pergh! Better jaga tepi kain sendiri je lah Cap. Tak pasal-pasal family awak terpalit kecaman😪

Hiburan Fri, 2 May 2025
error: Content is protected !!