Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari March 20, 2024 @ 6:06pm

Ditanya Lama Tak ‘Update’ Tentang Anak, Ini Penjelasan Shakilla Khoriri – “Harap Ameena & Daddy Seronok Bersama”

Pelakon dan usahawan, Shakilla Khoriri memaklumkan bahawa dihujani soalan mengenai keadaan puteri tunggalnya, Ameena Sofia di media sosial.

Susulan itu, Shakilla menyatakan bahawa anaknya itu sekarang berada di bawah penjagaan bekas suaminya, penyampai radio Hot FM, Fizi Ali.

Malah, dia sendiri juga hanya melihat hantaran bekas suami untuk mengetahui keadaan anaknya itu.

Kongsinya lagi, dia memberi kebenaran untuk Ameena tinggal bersama Fizi Ali lebih daripada sepatutnya untuk meluangkan masa bersama.

“Ramai yang tanya kenapa Umi (Shakilla) takde update apa-apa pasal Ameena. Ameena OK ke? To be honest Umi pun tak tahu Ameena OK ke tak.

“Sebab Ameena still dengan daddy dia since Friday. Sepatutnya semalam Ameena dah balik tapi Umi kasi chance lama dengan daddy sampai this Friday.

“So bila you all tanya Umi, jawapan Umi adaalahhh ENTAH. Umi pun tengok update pasal Ameena dekat Instagram daddy dia je. Other than that Umi tak tahu sebab takde update pun,” tulisnya.

Dalam pada itu, Shakilla percaya bahawa bekas suaminya itu mampu menjaga Ameena dengan baik dan menjalani kehidupan masing-masing dengan harmoni.

“Hopefully Ameena OK and sekolah macam biasa. Inshallah. Umi percaya daddy Ameena jaga Ameena THE BEST….!

“Hopefully Ameena & daddy have a great time together. Inshallah. Doa yang baik-baik untuk perjalanan kami bertiga dengan kehidupan masing-masing yang lebih baik dan harmoni especially for our AMEENA SOFIA,” kongsinya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Artikel Berkaitan: “Di Mata Anakmu, Andalah Yang Terbaik…” – Shakilla Khoriri

Artikel Berkaitan: Tak Mahu Mental Anak Terkesan, Shakilla Khoriri Enggan Kes Hadanah Berlarutan… ‘Happy’ Fizi Ali Nak Jumpa Ameena

Artikel Berkaitan: “Tak Kisah Dikritik Terpaling Bapa, Konon Nak Rebut Awak” – Fizi Ali Titip Ucapan Untuk Ameena Sofia

Artikel Berkaitan: Syukur Dapat Bertemu Kembali, Fizi Ali Tak Sia-Siakan Masa Dengan Ameena – “Satu Perasaan Yang Tidak Dapat Digambarkan”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Baim Wong, Isteri Tersenarai Antara Vlogger Terkenal Dunia

Hebat penangan suami isteri ni, sentiasa terhibur tengok telatah mereka di Vlog Bapau. Cuba try layan, menghiburkan!

Trending Mon, 18 Jun 2018

Kes Kelar Anak, Isteri Saya Seorang Ibu Penyayang Sehinggalah…

Saya bersyukur dua lagi anak lelaki berusia tujuh dan lima tahun tidak berada di rumah kerana mengikut datuknya beraya ke Triang. Jika tidak pasti mereka trauma melihat kejadian itu.

Trending Mon, 9 Aug 2021

“Dia Cakap, Dia Takut Tapi…” – Shuib Kongsi Pesan Terakhir Siti Sarah

Semoga Allahyarhamah Siti Sarah beroleh syurga❤

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Al-Fatihah…Bapa Joe Flizzow Meninggal Dunia

Kami dengan rasa sedih ingin mengumumkan bahawa Ishak Nengah telah meninggal dunia pada pukul 12.35 tengah hari pada Isnin 6 Ogos 2018.

Hiburan Tue, 10 Oct 2023
Featured Wed, 1 Jul 2026

Dari Taipei Ke ‘Be Like Water’, Ini Perjalanan 22 Tahun Siti Nurhaliza Menakluk Muzik Mandarin

Be Like Water menjadi lagu penuh pertama dalam bahasa Mandarin yang pernah dirakamkan Siti sepanjang lebih 30 tahun bergelar anak seni.

Featured Fri, 1 Apr 2022

Syed Saddiq Jawab Salam Yasin Sulaiman – “Bukan Satu Tugas Mudah, Tapi..”

Syed Saddiq menegaskan akan tetap berpegang teguh kepada pendiriannya..

error: Content is protected !!