Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 25, 2024 @ 3:03pm

Xpose, Dina Nadzir Bergabung Dalam ‘Raya Di Rumah Dinda’

Kumpulan Xpose tampil bergandingan dengan penyampai radio Dina Nadzir menerusi lagu raya terbaharu mereka yang berjudul, Raya Di Rumah Dinda.

Difahamkan, ini merupakan pertama kali Xpose berduet dengan penyanyi wanita dan merasakan merupakan permulaan yang baik.

Lagu yang mengetengahkan konsep seloka ini berkisarkan tentang sepasang kekasih yang meraikan raya bersama keluarga dan sahabat handai.

Menurut Xpose, idea lagu ini tercetus kerena mereka amat meminati lagu raya yang santai dan mudah untuk diikuti.

Malah, dengan gabungan Dina Nadzir yang sememangnya mempunyai perwatakkan ceria, menambahkan lagi kemeriahan lagu ini.

“Bila sebut hari raya, semua orang tidak kira tua atau muda semuanya akan gembira. Segala persengketaan juga akan dilupakan.

Penyatuan dan keharmonian sesama insan tidak kira bangsa. Ini yang kami cuba ketengahkan didalam lagu ini”, kata Eppy selaku komposer dan penulis lirik.

Orang ramai boleh mendengar lagu “Raya Di Rumah Dinda” boleh dimuat-turun di iTunes dan strim menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX dan Spotify.

Malah, muzik video lagu ini juga telah pun dimuat naik di Youtube Suria Records, semalam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 17 Jun 2022

Netizen Indonesia Dakwa Malaysia Tiru Budaya, Haneesya Hanee Tampil Bersuara!

Setiap budaya dan tradisi ada keunikan tersendiri 🫶🏼 Kita kan serumpun, hormat lah antara satu sama lain 🤝🏼

Hiburan Thu, 18 Sep 2025
Hiburan Wed, 8 Jan 2025
Hiburan Fri, 20 Dec 2019

城市巨响音乐节1月4日举行!台湾人气歌手9M88领衔26组歌手演出

第二届城市巨响音乐节1月4日举行,台湾人气歌手9M88领衔26组歌手展现音乐巨响力量!

Featured Thu, 1 Sep 2022
Featured Sun, 16 Apr 2023
error: Content is protected !!