Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Khairil Khusyairi March 22, 2024 @ 2:13pm

Kes Pecah Rumah Usahawan & Influencer Wanita Hilang RM3.5 Juta, Polis Jumpa Semula Peti Besi Dalam Sungai

Usahawan dan pempengaruh wanita yang kerugian RM3.5 Juta selepas peti besi mengandungi jongkong emas dan wang tunai dilarikan dua minggu lalu dapat menarik nafas lega apabila berjaya ditemui semula.

Susulan penahanan empat suspek berusia antara 22 hingga 36 tahun itu, polis turut menemukan semula peti besi yang dilarikan, selain empat jongkong emas, pelbagai barangan kemas, beg berjenama serta wang tunai yang semuanya dianggarkan bernilai RM2.1 juta.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, mengesahkan semua suspek itu ditahan pada 5 Mac lalu oleh Unit Risikan Jenayah (D4) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor di batu Pahat, Johor.

“Menerusi tangkapan itu, polis Selangor merampas pelbagai jenis barang kemas, jam tangan serta pelbagai beg berjenama yang dipercayai hasil pecah rumah.

“Semua suspek direman Polis Selangor sehingga 16 Mac lalu sebelum diserahkan kepada Polis Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes pecah rumah yang berlaku di Padang Balang itu.

“Mereka direman sembilan hari sehingga 25 Mac ini dan hasil soal siasat, suspek mendedahkan lokasi peti besi yang dilarikan dalam kes itu.

“Pada 19 Mac lalu, dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, kita berjaya menemui peti besi berkenaan yang dibuang dalam Sungai Sembrong di Batu Pahat,” katanya.

Allaudeen berkata, pemeriksaan pada peti besi itu menemukan semula empat jongkong emas bernilai RM1 juta yang gagal ditemui suspek kerana disimpan dalam petak tersorok dalam peti besi itu.

“Secara keseluruhan, kita menemui semula empat jongkong emas, 15 rantai emas, 14 gelang emas, dua cincin emas, tujuh beg berjenama dan masing-masing satu loket emas dan subang emas dengan nilai dianggarkan RM2.1 juta.

“Pihak polis turut menemui semula wang tunai RM60,000 daripada keseluruhan RM400,000 yang dilarikan dalam kes ini dan kita masih mengesan bakinya,” katanya.

Allaudeen berkata kumpulan ini dipercayai terbabit dengan beberapa kes pecah rumah di Kelantan dan Selangor, selain di ibu kota dengan modus operandi mereka menyasarkan ahli perniagaan dan pempengaruh media sosial.

“Siasatan mendapati suspek berusia 36 tahun adalah dalang utama kumpulan ini dan semakan mengesahkan lelaki itu mempunyai 20 rekod lampau berkait kes jenayah dan dadah. Tiga suspek wanita turut mempunyai beberapa rekod lampau.

“Menerusi penahanan semua suspek ini, kita percaya berjaya menyelesaikan kes pecah rumah di Padang Balang pada 4 Mac lalu. Kita juga merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Pecah Rumah Larikan RM3.5 Juta Milik Usahawan & Influencer Wanita, Polis Ambil Keterangan Keluarga

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 26 Jun 2026

Aisha Retno Bersuara Gara-Gara Dikecam Tukar Lirik Lagu ‘Rollerblade’

Aisha Retno akhirnya tampil membuka mulut mengenai isu penukaran lirik lagu Rollerblade.

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Tahniah! Mawar Rashid Kini Hamil Dua Bulan

Mawar Rashid mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman instagram beliau semalam

Featured Wed, 8 Sep 2021

PPV Walk In Di Lembah Klang Diberhentikan Mulai 15 September

Susulan jumlah penerima vaksin yang semakin meningkat di Lembah Klang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba sebentar tadi memberitahu yang vaksinasi secara walk- in di Lembah Klang tidak lagi akan diberikan selepas […]

Featured Tue, 21 Apr 2026

Siti Nurhaliza Selalu Sokong Peniaga Tempatan, Aazief Khalid Komen: “Mak Iti Memang Rajin Beli Makanan”

Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi perhatian warganet apabila didakwa aktif membeli makanan daripada peniaga tempatan menerusi platform Threads sejak kebelakangan ini.

Hiburan Wed, 7 Aug 2019

Cakra Khan Tidak Mahu Lagi Bersedih!

Sibuk berulang-alik dari Jakarta ke Kuala Lumpur.

Hiburan Tue, 31 Dec 2024

Disyaki Miliki Ganja Ketika Tunai Umrah, Pelawak Kena Tahan Di Jeddah

Seorang pelawak terkenal dilaporkan telah ditahan di Jeddah selepas dipercayai memiliki dadah jenis ganja ketika dalam perjalanan menunaikan umrah.

Hiburan Thu, 20 Sep 2018

Bob Lokman Jual Nasi Ayam Goreng Kampung Demi…

Untuk peminat di luar sana yang rindu nak jumpa Bob Lokman, jangan lupa sokong perniagaan Nasi Ayam Goreng Kampung dia ok? Pasti sedap!

error: Content is protected !!