Euforia Bola 2026
Hiburan By: Atiqah Johari March 25, 2024 @ 6:04pm

Pilih Jejaka Cina Mualaf, Joy Revfa Maklum Sudah Nikah Sebelum Ramadan – “Patut Majlis Kami Jun Ini Tapi…”

Ushawan kosmetik, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin memaklumkan bahawa dia telah berkahwin dengan lelaki pilihannya, Dr Adrian Yeah sebelum Ramadan.

Berita tersebut dikongsi sendiri olehnya menerusi hantaran di Instagram.

“Syukur Alhamdulillah… dengan sekali lafaz, Joy dan suami (Dr. Adrian Yeah) telah selamat diijabkabulkan secara biasa-biasa saja sebelum Ramadan lagi,” tulisnya.

Dalam pada itu, Joy memaklumkan bahawa perkahwinan tersebut sepatutnya berlangsung pada Jun depan namun mereka memilih untuk akad nikah dahulu.

Bukan itu sahaja, pernikahan tersebut berlangsung sebelum Ramadan kerana suaminya itu seorang mualaf dan mahu belajar agama bersama.

“Patut majlis wedding kami pada bulan June 2024 tapi kami rasa macam lama sangat nak tunggu, jadi kami nikah je la dulu kemudian baru bersanding.

“Kesian pada suami sorang sorang bulan Ramadan tahun ni sebab dia cina mualaf… bila dah halal ni senang sikit sahur, berbuka puasa, solat & belajar agama sama-sama,” ujarnya lagi.

Malah, dia juga mengumumkan pernikahannya ini bagi mengelakkan fitnah jika ada yang melihat mereka tinggal bersama.

“Joy upload ni sebab tak nak timbul fitnah bila ada yang nampak Joy dan suami tinggal bersama-sama & kehulu kehilir sama-sama kan,” katanya.

Untuk rekod, Joy pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dan memiliki seorang anak lelaki bersama iaitu Arryan Firdaus, 10 kemudian bercerai.

Usahawan wanita itu juga pernah mendirikan perkahwinan kali kedua dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun pada Mei 2017 namun berpisah selepas tiga bulan.

Artikel Berkaitan: Wajah Hafiz Hamidun Diburu Di Indonesia, Wanita-Wanita Tuntut Janji Nak Kahwin – “Bukan Seorang, Sehari Ada 15, 16 Orang…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Sep 2025
Hiburan Thu, 10 Jan 2019

蔡迪伸被问到怕!新曲直白《你不要再问我几时结婚》

蔡迪伸被问到怕!全新创作《你不要再问我几时结婚》直接了当的唱出其真实感受。

Hiburan Wed, 25 Jun 2025
Trending Tue, 4 Aug 2020

Melaka Berdepan Gangguan Bekalan Air Bermula 5 & 6 Ogos Ini

Simpan dan jimatkan penggunaan air anda!

Hiburan Thu, 18 Jul 2024

Ku Percaya Jadi Taruhan Kat Roshan

Lagu ini tentang menjelajahi kesulitan cinta dan hubungan.

error: Content is protected !!