Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 27, 2024 @ 8:50pm

Aizat Saha Berat Hati Tinggalkan Kerjaya Di Awan Biru, Anggap Ada Hikmah – “Ibu Saya Paling Risau Bila Saya Bertugas”

Pempengaruh Aizat Saha mengakui berat hati apabila membuat keputusan untuk tidak lagi berkhidmat sebagai pramugara demi memberi fokus kepada kerjaya lakonan.

Bercakap kepada XTRA, Aizat yang poular di TikTok itu menganggap keputusan tersebut adalah yang terbaik dalam hidupnya.

“Berat hati juga sebab ia satu kerjaya yang saya impikan sebelum ini. Berat sebenarnya untuk melepaskan kerjaya itu. Rindu nak ‘fly’.

“Tapi saya yakin, apa sahaja keputusan yang saya buat mungkin yang terbaik buat perjalanan hidup saya, Insya-Allah,” katanya ketika ditemui.

Tambah anak kelahiran Kota Tinggi, Johor ini lagi, keluarganya juga memberi sokongan penuh apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi terbang di awan biru.

“Keluarga juga menyokong apabila saya berhenti kerana selama saya bekerja sebagai anak kapal, ibu saya adalah orang paling risau kalau saya bertugas.

“Saya bertugas di awan biru, jadi ibu saya adalah orang yang selalu bertanya ‘dah sampai ke belum?’. Pekerjaaan itu satu risiko.

“Mungkin ada hikmah bila saya tinggalkan kerjaya itu untuk kurangkan kerisauan ibu saya,” ujarnya.

Tambah Aizat, kerjaya sebagai pelakon adalah salah satu impiannya sejak dari kecil, malah pernah menyertai beberapa ujibakat lakonan sebelum ini.

“Daripada dulu saya impikan untuk jadi pelakon, dulu ada juga saya pergi ujibakat lakonan dan pernah juga berlakon drama.

“Tapi ketika itu mungkin bukan waktu terbaik untuk saya ke arah itu. Jadi saya tolak tepi dahulu dunia lakonan itu.

“Tapi sekarang pendedahan daripada TikTok terutamanya memberi saya semangat untuk masuk dan cuba semula dalam industri,” kongsinya.

Berkongsi mengenai perancangan kariernya, Aizat memaklumkan dia bakal muncul dalam beberapa buah drama yang akan ditayangkan di TV3 kelak.

“Saya juga baru habis jalani penggambaran drama TV3 dan kemudian ada juga penglibatan saya menerusi iklan TV dan muzik video.

“Ada juga dapat tawaran beberapa drama tapi saya belum putuskan lagi,” tutupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan Video ‘Abang POV’, Aizat Saha Ditawar RM500,000 Jadi ‘Anak Ikan’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Oct 2018

#DramaTonton; GHAIB Buat Shukri Yahaya Meremang

Sebenarnya saya bukan seorang yang penakut tetapi bila berada di situ, saya jadi…

Trending Fri, 29 Nov 2019
Drama Tue, 21 Apr 2026

Tampilkan Gandingan Raden Zaharatul Bersama Hafidz Roshdi & Syarul Ezani, Singkap Rahsia Terbongkar Dalam Naskhah ‘Cinta Kedua’

Drama terbaharu Cinta Kedua tampil sebagai naskhah Tonton Eksklusif yang bakal menyentuh emosi penonton menggandingkan lakonan Raden Zaharatul, Hafidz Roshdi & Syarul Ezani.

Trending Thu, 10 Dec 2020
Hiburan Thu, 11 Jan 2024

Ibu Bapa Berpisah Sejak Darjah 3, Aufahanie Jadi Lebih Berdikari Uruskan Hidup…Kini Fokus Belajar Sambil Menyanyi

Kepada wanita di luar sana, contohilah Aufahanie…tak salah nak kejar cita-cita, tapi utamakan jugak pendidikan yer!

Hiburan Thu, 5 Jun 2025
Trending Mon, 22 Oct 2018

Tempoh Reman Suspek Langgar Lari Disambung

Yang dibebaskan semalam dengan jaminan polis ialah seorang lagi lelaki warga Libya dan seorang wanita tempatan.

Featured Fri, 3 Apr 2026

“Tuduhan Ini Tidak Benar, Berunsur Fitnah” – Didakwa Punca Pasangan Selebriti Bercerai, Pihak Pengurusan Alya Iman Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Pihak pengurusan Stars Powerhouse Entertainment menegaskan bahawa dakwaan yang mengaitkan aktres naungan mereka, Alya Iman sebagai punca perceraian pasangan selebriti adalah tidak benar.

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

‘Kena Kecam Netizen? Saya Tak Kisah’- Reen Rahim

Pelakon yang terkenal dengan watak Kak Su dalam Pujaan Hati Kanda ini memberitahu lebih selesa menjadi diri sendiri. 

error: Content is protected !!