Kisah Viral By: Khairil Khusyairi March 26, 2024 @ 3:38pm

Masih Trauma Kes Rumah Dipecah Masuk, Kak KM Bakal Pindah  – “Saya Tak Boleh Tunjuk Sangat Apa Yang Saya Ada”

Usahawan dan pempengaruh, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM mengakui trauma dan susah tidur mengenangkan kejadian pecah rumah yang berlaku terhadapnya baru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, Kak KM turut meluahkan rasa syukur apabila barangan berharga yang dilarikan perompak berjaya ditemui semula oleh pihak polis.

“Saya masih trauma dengan kejadian yang berlaku. Sampai sekarang tak boleh tidur malam. Takut pejam mata dia datang. Walaupun sekarang mereka sudah ada dalam penjara.

“Alhamdulillah. Allah hilangkan sekejap dan dah dapat balik semula. Terima kasih kepada PDRM (Polis Diraja Malaysia) kerana dalam masa 24 jam dapat tangkap penjenayah terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, anak kepada pelakon, Normah Damanhuri itu turut memaklumkan dia sekeluarga bakal berpindah ke kediaman baharu dalam masa terdekat.

Malah, merancang untuk mengambil pengawal peribadi demi keselamatannya.

“Saya sekeluarga akan pindah rumah selepas ini. Rumah yang sedia ada saya akan pastikan semua pintu dan tingkap ditutup.

“Sebagai langkah keselamatan, saya juga merancang nak ambil pengawal peribadi dan pemandu untuk mengikut saya ke mana saja selepas ini,” katanya.

Berkongsi lebih mengenai kejadian itu, Kak KM berkata penjenayah tersebut sudah membuat perancangan rapi ketika dia dan keluarga tiada di rumah.

“Rumah saya memang kosong ketika itu. CCTV (kamera litar tertutup) ada, tapi semua sudah kena potong.

“Mereka empat orang dan saya tak kenal. Cuma, saya tahu mereka mengaku ‘followers’ (pengikut) saya,” kongsinya.

Tambahnya, kejadian itu juga menjadi satu pengajaran buatnya dan sukar mempercayai seseorang.

“Saya sekarang sudah tak percaya pada sesiapa pun. Ia pengajaran supaya saya kena sekat semua benda selepas ini.

“Saya juga tak boleh tunjuk sangat apa yang dimiliki. Rumah baru nanti mungkin saya tunjuk dalam rumah saja,” katanya.

Terdahulu, polis menahan empat suspek berusia antara 22 hingga 36 tahun serta menemukan semula peti besi yang dilarikan, selain empat jongkong emas, pelbagai barangan kemas, beg berjenama serta wang tunai yang semuanya dianggarkan bernilai RM2.1 juta.

Awal bulan lalu, tular laporan seorang ahli perniagaan wanita dan keluarganya kerugian kira-kira RM3.5 juta selepas kediaman mereka di Padang Balang, Sentul, dipecah masuk.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Apr 2023
Fab Foodies! Thu, 28 Mar 2019
Featured Wed, 31 May 2023

“Saya Takut Beranak, Tapi Buatnya Sed*p” – Kongsi Pengalaman Melahirkan 6 Orang Anak, Rebecca Nur Islam Pilih Proses Pembedahan

Alamak! Cerita dalam kain ni kalau diambil dari sudut positif maka banyak benda korang boleh belajar okay!

Hiburan Mon, 7 Mar 2022
Hiburan Mon, 12 Nov 2018

#Mentor7 : Akur Pilihan Siti Nordiana, Mimi Mahu Cuba Nasib Lagi Tahun Depan

Syamimi juga merupakan anak didik penyanyi Amir Ukays di mana dia sering mengadakan persembahan bersama di majlis-majlis perkahwinan.

Hiburan Sun, 10 Nov 2019

Wah…Eyka Farhana Siap Sedia Jadi Penyanyi

Wah…tak sabar nak dengar suara Eyka!

Fab Foodies! Mon, 22 Apr 2019

The Nasi Lemak Fiesta is BACK in IKEA Malaysia for a Limited Time Only!

It’s for a super limited amount of time so don’t miss out.