Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 27, 2024 @ 3:50pm

Alami ‘Contraction’ Ketika Live, Aisyah Hijanah Menunggu Masa Untuk Bersalin… Sifatkan Kehamilan Ketiga Berjalan Lancar

Pempengaruh media sosial dan usahawan Aisyah Hijanah mendedahkan dirinya mengalami ‘contraction’ ketika membuat live di TikTok dan kini sedang menunggu masa untuk melahirkan anak ketiganya bersama, Alif Teega.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Aisyah menerusi sebuah perkongsian di Instagram, malam tadi.

Menurut Aisyah, kehamilan ketiganya kali ini amat dipermudahkan dan berbeza dari ketika melahirkan anak pertama dan keduanya, Khadeejad dan Hassan.

“This time, its a tough journey.  Tak pernah expect akan melalui this phase in my entire life. But Alhamdulillah, hikmah yangg cukup besar Allah berikan untuk Aisyah dan Alif.

“Delivery kalini, we both sgt sebak & more appreciate each moment. Setiap saat sangatlah precious & all I can say is Subhanallah, it’s like the first baby again,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, Aisyah sempat berkongsi dirinya tidak mengalami sebarang alahan sepanjang mengandungkan anak ketiganya

“Baby kalini memang baby yang sangat kuat. Tak ada alahan sikit pun. Normal macam tak mengandung daripada awal. Ingat lagi, siap panjat puncak Rawa.

“Aisyah selalu doa “Ya Allah jadikan proses bersalin normal, tidak sakit dan bayi yang senang dijaga”. Alhamdulillah, memang waktu Aisyah buat live tiktok last night, dah rasa contraction, tapi tak sakit.

“Habiskan live, makan kejap dan then terus siap-siap pergi hospital. Sampai hospital, rupanya bukaan dah tiga cm, terus masuk Labour Room. Tapi Alhamdulillah painless

“Alhamdulillah, doktor datang untuk proses epidural. Unlike 1st dan 2nd pregnancy. Waktu Khadeejah, memang shivering teruk dan rasa gatal-gatal kaki.

“Waktu Hassan pula effect dia sampai sesak nafas dan blood pressure pun drop sangat. Rasa nak mati dah waktu tu. This time, shivering sangat minimal dan gatal pun minimal sangat.

“So far, memang Allah mudahkan dan sangat smooth. Doakan agar bayi yang lahir ini adalah bayi yang sihat, cerdas, aktif dan kuat. Allahumma Aameen,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Gelagat Artis Malaysia Menari #KekeChallenge Memang Cool!

Inilah antara gelagat artis Malaysia menyahut cabaran #kekechallenge

Hiburan Sun, 2 Nov 2025

“Segala Buruk Yang Jadi Salahkan Diri Saya, Jangan Salahkan Majlis Ilmu” – Betty Rahmad

Betty Rahmad majlis ilmu berperanan penting membantu individu kembali ke jalan yang betul

Trending Mon, 9 Apr 2018
Hiburan Sun, 29 Sep 2019

陶晶莹震撼报喜!首次来马办大型售票演唱会

陶晶莹震撼报喜!首次来马举办大型售票演唱会,11月23日正式开锣~

Featured Mon, 3 Jul 2023
Featured Thu, 29 Sep 2022

[VIDEO] Fizz Fairuz Jaga Almy Nadia Berpantang Cuit Hati Netizen – “Suami Contoh, Siap Ada Nama Dekat Baju Scrub”

Comel je pasangan bahagia ni 😚 Cukup package kan Datuk Fizz Fairuz ni? Kelakar, baik, pandai ambik hati isteri ❤️ Moga dipermudah segalanyaa

Hiburan Mon, 8 Sep 2025
Trending Tue, 5 May 2020
error: Content is protected !!