Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi April 3, 2024 @ 2:07pm

Menteri Komunikasi Minta MCMC Ambil Tindakan Sesuai Terhadap Video Raya Aliff Syukri

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengambil tindakan bersesuaian berhubung sedutan klip video raya yang dimuat naik oleh usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini.

Menurut laporan Sinar Harian, Fahmi berkata, beliau mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial yang meminta tindakan diambil berhubung sedutan klip video itu yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

“Saya telah menonton sebahagian video yang telah dimuat naik dan saya telah minta MCMC untuk meneliti perkara ini dan mengambil tindakan bersesuaian… tetapi pada masa sama, ramai yang mungkin mengambil maklum keputusan Datuk Seri Aliff Syukri untuk tidak memuat naik (klip penuh) video tersebut.

“Buat masa ini, kita biarkan dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi menasihati pencipta kandungan dan pempengaruh media sosial supaya menghasilkan kandungan yang sesuai dengan semua lapisan umur terutama kanak-kanak.

“Kita perlu memikirkan kandungan yang kita hasilkan dengan lebih mendalam sama ada sesuai memandangkan pada waktu ini, kita tidak tahu (sama ada) yang menonton kandungan itu berumur 90 tahun, 19 tahun atau sembilan tahun.

“Pada masa ini, pihak media sosial ambil sikap lepas tangan, mereka cuma meletakkan verifikasi yang dengan mudah sesiapa sahaja boleh berbohong tentang umur mereka,” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Aliff Syukri memuat naik sedutan klip video raya yang berjudul Love Raya yang didakwa mempersendakan agama dan kesucian bulan Ramadan.

Namun, selepas dihentam teruk, Aliff Syukri mengambil keputusan untuk tidak melancarkan video penuh lagu raya tersebut di semua platform media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Malukan Mak, Hidup Mak Dah Akhir-Akhir” – Bonda Rozita Kecewa, Minta Aliff Syukri Jangan Buat Lagu Raya Lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Padam MV Lagu Raya ‘Menggeletis’, Aliff Syukri Mohon Maaf, Netizen Perli: “Setiap Tahun Drama, Skrip Sama”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kepada Anda Semua April Fool! Lagu Raya Saya Tahun Ni Tak Ada Pun” – Aliff Syukri

ARTIKEL BERKAITAN:“Orang Macam Dia Tetap Hibur & Cari Masalah Untuk Tontonan Kita” – Sharnaaz Ahmad Bersuara Isu MV Raya Aliff Syukri

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Jun 2018

Calon Dah Jumpa, Zizan Bakal Kahwin?

Zizan rasa korang semua pun dah tahu siapa orangnya, cuma buat masa ini namanya perlu dirahsiakan dulu.

Drama Fri, 12 Jun 2026

Bila Bola Sepak Jadi Orang Ketiga, Jom Saksikan ‘Offside Husband’ Lakonan Elfira Loy & Imran Aqil

Offside Husband mengisahkan Hafiz (Imran Aqil), editor sukan yang terlalu obses dengan bola sepak sehingga tanpa sedar mula mengabaikan isterinya, Alya (Elfira Loy).

Featured Thu, 9 Dec 2021
Featured Thu, 24 Jun 2021

“Doakan Yang Terbaik..”- Aprena Manrose Enggan Ulas Isu Tampil Berhijab

Pelakon Aprena Manrose menjelaskan dirinya tidak ingin membuat sebarang pengumuman berikutan isu dilihat tampil mengenakan hijab sejak akhir-akhir ini. Aprena ketika ditemui di sidang media Drama Akasia Hatimu Sedingin Salju enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai […]

Fab Foodies! Tue, 4 Sep 2018

Halia Membantu Dalam Menyembuh Penyakit

Halia biasa di gunakan dalam masakan tidak kira kaum tetapi jika dapat membantu dalam menyembuhkan beberapa penyakit kenapa tidak diamalkan

Trending Sun, 22 Nov 2020
Trending Thu, 24 Jun 2021

Wajib Baca… Ini 5 Petua Perubatan Bagi Pesakit Diabestis Yang Perlu Anda Ketahui!

Diabetes atau kencing manis merupakan penyakit yang amat digeruni semua orang. Setiap pesakit kencing manis wajib tahu pengurusan diabetes yang betul seperti pengamalan tabiat pemakanan dan kehidupan yang aktif agar tiada sebarang komplikasi serius akan […]

Hiburan Wed, 3 Apr 2024

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Innalillahwainnailaihirrojiun

error: Content is protected !!