Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 17, 2024 @ 9:00pm

Gambar Raya Bersama Gayatri Cetus Persoalan, Ini Penjelasan Zul Ariffin

“Sejak dulu lagi, arwah mak saya sayang sangat dekat dia, dah anggap dia macam anak sendiri.”

Demikian penjelasan pelakon Zul Ariffin mengenai spekulasi yang tercetus selepas Gayatri Su-lin Pillai hadir menyambut ketibaan Syawal bersama keluarganya.

Hantaran Instagram Gayatri meraikan Hari Raya bersama Zul dan dua kakaknya menjadi sorotan warganet dan ia menimbulkan spekulasi mengenai hubungan mereka.

Menurut Zul, keluarga terutama arwah ibunya, Allahyarham Robiah Nasir sudah menganggap penerbit popular itu seperti keluarga sendiri.

“Pada setiap tahun, dia akan datang dan menyambut raya bersama keluarga saya, sudah menjadi sebahagian daripada kami.

“Sejak dulu memang mak saya sayang dia walau macam mana sekalipun. Sudah anggap seperti anaknya sendiri,” kata Zul.

Dalam pada itu, pelakon filem Sangkar ini menafikan dakwaan foto bersama Gayatri menandakan hari bahagianya makin hampir.

Menyangkal gosip terbabit, Zul meminta orang ramai memberi ruang untuk kehidupan peribadinya.

“Cerita ‘hari bersejarah’ itu sudah wujud sejak lima tahun lepas tapi tak hampir-hampir pun. Selagi itulah saya akan beritahu apa yang orang ramai mahu dengar sebab itu bukan satu kepentingan bagi memuaskan hati masyarakat.

“Saya seorang pelakon, tidak kiralah baik atau buruk, orang pasti nak tahu tentang diri saya. Apa yang saya ada saki-baki kehidupan peribadi. Bukan tidak mahu kongsi dengan orang, tetapi, itulah satu-satunya yang saya ada

“Saya akan kongsi pada semua kalau ada berita kahwin. Saya tak doa untuk kahwin cepat tetapi minta dipermudahkan urusan, dijauhkan daripada fitnah, sekiranya perkara itu benar-benar berlaku.

“Saya sudah kenal dengan ramai wanita yang memiliki macam-macam perangai. Saya perlu buat pilihan yang tepat dan saya ada pilihan yang tepat,” katanya kepada XTRA.

Zul ditemui XTRA usai majlis tayangan perdana filem Sheriff di Mid Valley Megamall pada Selasa.

Mengulas mengenai filem terbabit, Zul membawa watak utama anggota polis bernama Sheriff.

“Saya terima tawaran ini kerana watak ini berbeza berbanding yang pernah saya bawakan. Cerita dan plot disampaikan sangat menarik. Saya berharap filem ini mendapat sambutan baik kelak,” katanya.

Filem usahama dua penerbit terkemuka iaitu Skop Productions dan Astro Shaw ini membariskan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi

Shefier bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara dan Singapura bermula esok.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Aug 2024
Hiburan Fri, 20 Feb 2026

Pengikut Instagram Tak Ramai, Izzul Faiq Teruja Diberi Peluang Bintangi Filem Arahan Adrian Teh

Izzul Faiq membawa karakter antagonis dalam filem terbaharu arahan Adrian Teh.

Hiburan Mon, 10 Feb 2025
Featured Tue, 7 Mar 2023
Hiburan Sun, 12 Jan 2020

“Lentik Tak Lentik, Tunggulah..” – Bob Yusof

“Ini bukan lagu saya, jadi saya perlu minta izin,” jelas Bob Yusof apabila ditanya tentang persiapannya menjelang Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-34 pada 9 Februari nanti.  Bob yang diberi kepercayaan untuk menggantikan penyanyi tersohor […]

Hiburan Tue, 7 May 2024
Hiburan Tue, 28 Jan 2020

Jennifer Lopez Kongsi Kata Semangat Buat Isteri Mendiang Kobe Bryant

Hari yang sedih bagi seluruh dunia yang merasai kehilangan Kobe…

Hiburan Tue, 7 Jan 2020
error: Content is protected !!