Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari April 18, 2024 @ 6:27pm

“Mak, Abah… Selamat Hari Raya” – Kongsi ‘Tetamu Ghaib’ Datang Beraya, Ramai Sebak Tonton Video Diva AA

Pengacara kontroversi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menyentuh hati warganet dengan video yang dimuat naiknya.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, dia merakam video yang memaparkan ‘tetamu’ hadir ke rumahnya untuk beraya baru-baru ini.

Apa yang membuat ramai sebak adalah ‘tetamu’ yang hadir ke rumahnya itu tidak kelihatan namun dia menyatakan arwah ibu bapanya dan ahli keluarga yang telah meninggal dunia datang untuk beraya bersama.

“Oh mak… Selamat Hari Raya mak, lamanya tak jumpa mak… masuk masuk.

“Nenek ingat lagi Wan (Azwan) tak? Abah, Selamat Hari Raya dah bertahun tahun tak jumpa Abah.

“Atok Selamat Hari Raya. My cucu comel pun ada… masuk masuk. Sorry lah tengah memasak. Ingat siapa bagi salam,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa sedih dengan Diva AA malah menganggap dirinya amat merindui insan-insan tersayang yang telah menghadap Ilahi.

Diva AA

Artikel Berkaitan: Serik Pernah Dikhianati, Azwan Ali ‘Jemput’ Ahli Keluarga Sudah Meninggal Dunia Ke Rumah Terbuka – “Walaupun Jasad Mereka Tiada, Namun
”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 Oct 2025
Hiburan Sat, 17 May 2025
Featured Wed, 4 Jan 2023

[VIDEO] “Kaya Nombor 2” – Fatin Afeefa Nafi Kahwin Aliff Awang Sebab Harta, Akui Tertarik Dengan Ketampanan

Sama cantik, sama padan! She tak pandang kekayaan.. She kan wanita berkerjaya đŸ€©đŸ€© Never settle for less orang kata đŸ€Ł

Hiburan Thu, 28 Nov 2024

“Jangan Tegur Pelakon Baharu Sampai Memalukan Mereka” – Liza Abdullah

Liza Abdullah berpendapat pelakon senior perlu jaga air muka pendatang baru

Featured Thu, 8 Jul 2021

Nia Ramadhani Dan Suami Ditahan Polis, Akui Ambil Syabu Sejak 5 Bulan Lalu

Aktres jelita Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie dilaporkan ditahan oleh pihak polis hari ini berhubung dakwaan terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Menurut sumber berita Indonesia, perkara itu diakui sendiri oleh pasangan suami isteri itu ketika […]

Hiburan Tue, 18 Apr 2023
error: Content is protected !!