Selebriti By: Atiqah Johari April 21, 2024 @ 12:13pm

Enggan Ingat ‘Kisah Hitam’, Noralbaniah Kongsi Kehidupan Anak Baik Selepas Bebas Penjara – “Dia Belajar Dari Kesilapan”

Sebelum ini, media melaporkan anak perempuan kepada pelakon Noralbaniah iaitu Syarra Sudarman ditangkap dan menerima hukuman penjara atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Artikel Berkaitan: Anak Ditangkap Gara-Gara Najis D*dah, Noralbaniah Terima Ujian Dengan Reda – “Janganlah Kecam & Kata Saya Salah Didik Anak”

Terbaharu, memetik laporan Harian Metro, pelakon era 90-an itu percaya bahawa anak tunggalnya itu mampu untuk menjalani kehidupan sendiri selepas dibebaskan pada Mei 2023.

Katanya, dia enggan mengungkit ‘kisah’ hitam yang pernah terjadi dan memilih untuk memandang sisi positif sahaja.

“Alhamdulillah kehidupan dia okay dan berjalan seperti biasa. Dia pun hidup sendiri sekarang, tapi kami ada berjumpa. Dia baik-baik saja.

“Perkara itu pun sudah lama berlaku dan tiada apa yang terbaru untuk dikongsikan. Sudah-sudahlah. Dia juga dah keluar (penjara) bulan lima tahun lepas,” jelasnya.

Walaubagaimanapun Albaniah memilih untuk tidak mengulas lanjut dan menganggap perkara yang terjadi ini sebagai pengajaran hidup buat anaknya.

“Boleh tak kalau saya tak mahu cakap pasal perkara ini lagi? Bagilah dia belajar dari kesilapan yang dia buat itu. Masa kecil dulu kita bela, tapi sudah besar sama seperti saya, kita tak tahu apa yang akan terjadi pada esok?

“Walaupun esok itu pilihannya di tangan kita, tapi kadang-kadang kita tersasar juga. Macam bila kita kejar bas pun, kadang-kadang boleh tertinggal. Jadi, saya tak mahu cakap apa-apa lagi sebab nanti terkena balik.

“Saya terima, saya reda. Lagipun, ini tahun lepas punya cerita. Itu sajalah yang saya boleh kongsi sebab ia pun sudah berakhir. Alhamdulillah syukur,” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan: Anak Artis Wanita Popular Dipenjara 13 Bulan

Terdahulu, Syarra didapati memiliki dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu seberat 1.72 gram di sebuah hotel di Kuala Pilah pada 12 Oktober 2022.

Susulan itu, Syarra dikenakan hukuman penjara lapan bulan bermula tarikh ditahan.

Manakala, menerusi dakwaan kedua, Syarra didakwa kerana memberikan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine kepada diri sendiri mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kemudian, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima bulan untuk kesalahan tersebut.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 21 Aug 2023

[VIDEO] Gara-Gara Puji & Backup Ira Kazar Tak Ganggu Hidup Orang, Ramai Kritik Aliff Syukri

‘Ira sangat humble.. yang penting tak kacau hidup orang, diam saja’ – Datuk Seri Aliff Syukri 🫣🤔 Alamak! 🥶

Hiburan Thu, 18 Oct 2018

‘ Cari Pelakon Baru Yang Boleh Berlakon, Jangan Menyusahkan Semua’ Shukri Yahaya Sindir Siapa?

Uish…marah betul ni. Sabar jap! Tapi betul juga apa yang Shukri tulis, teknik lakonan harus padu, pandai cari kamera. Untuk individu dimaksudkan itu, lain kali jangan buat lagi yer?

Featured Thu, 1 Dec 2022

Muat Naik Video Tarian, Ramai Netizen Nak DeFam Comeback! Tapi Sebenarnya….

Sudah pasti ramai yang mengenali anggota kumpulan penyanyi wanita DeFam iaitu Cik Manggis, Azira Shafinaz dan Sophia Liana yang sering mencuri perhatian peminat industri seni dengan nyanyian dan tarian mereka. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang […]

Hiburan Mon, 19 Dec 2022
Trending Tue, 4 May 2021
Hiburan Wed, 6 Feb 2019

Sufian Suhaimi Ajak Anak Dating, Apa Komen Sharifah Shahirah?

Video yang dimuatnaik di laman Instagramnya itu mendapat perhatian ramai termasuklah rakan selebriti seperti Linda Rafar dan Nad Zainal.

Events Thu, 26 Dec 2019