Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 26, 2024 @ 3:10pm

[VIDEO] Gelagat Tiara Minta Achey Gendong Bikin Netizen Berdekah – “Beralih Buah Pinggang Ayah Awak Nanti”

Pelawak dan penyanyi, Achey mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek berdurasi 21 saat menerusi platform TikTok miliknya.

Menerusi perkongsian video tersebut, Achey kelihatan sedang duduk di meja makan sambil menghadap komputer riba sebelum anaknya, Tiara datang kepadanya.

Tiara kemudian menunjukkan telefon bimbit memaparkan video pelakon, Hairul Azreen menggendong anaknya, Alisa Aisyah dengan ‘skill’ terkini.

Terkejut melihat klip video berkenaan, Achey kemudian memandang Tiara sambil memberitahu, dia tidak mampu untuk melakukan aksi sama seperti Hairul menggendong Alisa.

“Si Hairul Azreen pun…Maaf anak, kalau ayah buat badan pun belum tentu nakkk,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat dua beranak itu.

Mana taknya, melihat kepada susuk badan Achey, mereka beranggapan bahawa pelawak itu tidak mampu melakukan ‘skill’ seperti mana yang ditunjukkan Hairul.

“Ini kena suruh Hairul Azreen tolong.

“Beralih buah pinggang ayah Tiara nanti nak.

“Member sudah lah ada slip disc. Tak pasal beralih alam nanti.

“Kelakar! Aku gelak bila ayahnya tengok Tiara atas bawah.

“Kalau Achey buat, confirm dapat berlakon dalam filem Paskal nanti,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telahpun meraih lebih 1 juta tontonan sejak ia dimuat naik.

Tidak habis disitu, Achey bagaimanapun memuat naik video sambungan menerusi Instagram miliknya demi menyahut cabaran warganet.

“Selepas saya melakukan latihan berkali-kali dengan Tiara, saya yakin… saya mampu membuatnya,” katanya.

Namun, aksi yang ditunjukkan oleh Hairul Azreen dan Alisa itu mengandungi ‘plot twist’ selepas Tiara dilihat lebih ‘kuat’ berbanding bapanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Dec 2022
Featured Thu, 28 Dec 2023
Events Thu, 28 Feb 2019

Extra Shows Added to Ola Bola The Musical Season 2!

Tickets are selling out like hot cakes!

Featured Mon, 20 Feb 2023
Hiburan Wed, 22 Jan 2025

Masih ‘Struggle’ Dapatkan Kewarganegaraan, Josiah Hogan Tak Akan Guna ‘Pintu Belakang’

Josiah Hogan tak akan guna pintu belakang percepatkan dapat IC biru

Featured Fri, 29 Apr 2022
Hiburan Wed, 2 Jan 2019

’Saya Nak Tanya Tapi Segan’- Zaaim Teringin Duet Dengan Mentor

Ala Zaaim… apa nak segannya. Rugi tau segan-segan ni!

Hiburan Wed, 3 Apr 2019

‘Baru Episod Pertama, Saya Sudah Buat ‘Sangkak’’- Pengarah Nur 2 Mohon Maaf

Silap sebutan jadi lain maksudnya. Esok bakal ditanya nanti. Takutnya. Sudahlah amalan saya tak banyak mana…

error: Content is protected !!