Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari April 29, 2024 @ 6:52pm

Saling Kongsi Foto Bersama, Zarina Anjoulie & Fathia Latiff Dah Berbaik? – “Dia Sentiasa Ada Tempat Dihati Saya”

Baru-baru ini, pelakon Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie memuat naik foto bersama mendapat perhatian warganet yang mana mengetahui persahabatan mereka sebelum ini mempunyai konflik.

Fathia Latiff Zarina Anjoulie Zarina Anjoulie Fathia Latiff

Terbaharu, Zarina atau mesra disapa sebagai Anju tampil memberi penjelasan mengenai situasi yang terjadi.

“Ringkas saya nak cakap, saya dan Fathia dah berkawan sejak berumur 19 tahun. Kami gaduh, kami viral apa semua tapi satu perkara yang orang kena tahu dia sentiasa ada tempat dihati saya.

“Dia sentiasa jadi sebahagian daripada saya, begitu juga saya untuk dia sebab itu muka kami pun sama kalau korang sedar. Saya salah seorang yang memahaminya dan dia tahu tiada orang lain dapat faham dia macam saya dan banyak lagi.

“Kami gaduh macam anjing dan kucing tapi masing-masing adalah sebahagian daripada hidup kami,” katanya.

Malah, Anju mengakui bahawa dia mengenali Fathia sebagai seorang insan yang baik walaupun terkadang sikapnya membuat orang jadi gila.

“Kadang-kadang saya tak faham dia, kadang-kadang dia buat saya gila, saya juga buat dia gila. Tapi, dia salah seorang yang baik yang pernah saya kenal.

“Tapi, kadang-kadang saya akui saya tak dapat faham dia, dia buat saya gila. Tapi, saya tak kisah… kita pun dah semakin nak tua dah ni. Saya tak nak fikir benda yang buruk pasal orang.

“Dan saya tak nak tengok perkara buruk pasal orang. Apa yang saya nak ingat adalah perkara baik pasal orang, memori yang baik.

“Kita ni dah makin tua apa kata kita cipta memori indah dan ingat benda yang elok. Saya tak mahu ingat benda yang negatif. Ingat benda yang positif je pasal orang,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Anju juga berharap bahawa orang lain juga berfikiran positif terhadapnya.

Selain itu, dia turut menzahirkan rasa rindu terhadap sahabatnya itu walaupun mereka berjauhan atau memiliki salah faham.

“Harap dengan perbuatan dan pemikiran saya macam tu, saya harap orang pun boleh berfikiran positif terhadap saya. Lagipun, hidup ini singkat untuk bergaduh, fikir benda tak baik pasal orang.

“Fathia dengan saya… macam mana kami jauh pun atau bergaduh. Kami sentiasa rindu satu sama lain. Macam mana pun dia, saya kenal ‘the sweet’ Fathia,” luah Anju.

Artikel Berkaitan: Dakwa Pernah Terima Nasib Sama Dengan Zahirah Macwilson, Zarina Anjoulie Dedah Sikap Fathia Latiff? – “This Is Exactly Why..”

Artikel Berkaitan: Dakwa Fathia Latiff Juga Kaki Dadah & Sl*t, Zarina Anjoulie Malas Layan Drama – “Acah Suci”

Artikel Berkaitan: Berang Dilabel Busuk Hati, Fathia Latiff Bidas Zarina Anjoulie… Tak Teragak Bawa Kes Ke Mahkamah? -“Kau Memang Pela*ur! Kau Bawah Tapak Kaki Aku!”

Artikel Berkaitan: “I Tak Takut Nak Cakap Benda Betul” – Fathia Latiff Petik Nama Ismail Izzani, Tuduh Buat ‘Sesuatu’ Dengan Zarina Anjoulie?

Artikel Berkaitan: “Nak Cakap Laki Aku Buruk… At Least Aku Ada, Kau?” – Gara-Gara Tunang Dihina, Zarina Anjoulie Dedah Fathia Latiff Minta Khidmat Guaman Secara Percuma

Artikel Berkaitan: ‘Back Up’ Fathia Latiff, Fara Mendoza Pula Tempelak Zarina Anjoulie? – “Cermin Diri Sendiri Sebelum Cakap Pasal Orang!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Sep 2024

“Fattah Amin Belum Sedia Lepaskan Fazura” – Peguam

Allahu, sebak kin tengok Fattah ni💔💔💔

Hiburan Wed, 19 Nov 2025

Tidak Terasa Hati, Amad Dayyan Anggap Usikan Rakan ‘Jangan Nyanyi Pegang Bahu’ Sekadar Gurauan

Amad Dayyan bersikap positif, tak kecil hati rakan mengusik nyanyi pegang bahu

Hiburan Thu, 8 Aug 2019

Peminat Tegur Pakaian Eyka Farhana Makin ‘Berani’?

Upload gambar salah…tak upload nanti tanya ke mana hilang pula. Ayooo, netizen!

Hiburan Fri, 20 Dec 2019

‘Sertai Program Realiti Bukan Cari Glamor Tapi…’ – Waris

Sebelum ini ada juga netizen yang kecam dan menuduh Waris membuat aktiviti amal untuk popular

Hiburan Fri, 4 Oct 2024

Individu Dakwa Gangguan Makhkuk Halus Berpunca Daripada Simpan ‘Benda’, Zara Zya Tampil Bersuara!

Allahuakbar, tak baik la nak fitnah orang sampai macam tu sekali 🥹

Trending Sun, 20 Mar 2022

Enggan Terus Diboikot, Akhirnya Shila Amzah Mohon Maaf Kepada Media Tempatan

Pemenang Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36), Shila Amzah, 32, akhirnya memohon maaf kepada pihak media tempatan. Biarpun ada pihak yang mengatakan kemenangan Shila dan SOG menerusi lagu Pelukan Angkasa di AJL 36 tidak diraikan […]

Hiburan Sun, 31 Dec 2023
error: Content is protected !!